Part 10

966 41 3
                                    

Tahun menginjak ke tahun..Sedar tak sedar aku dah nak masuk ke Tingkatan 3. PMR tahun ni..Matlamat utama aku nak tunjuk kat mak aku yang aku pun boleh buat even aku tak duduk asrama macam sepupu aku..Sikap suka banding membanding ni yang aku tak suka sangat..Aku lelaki di bandingkan dengan sepupu aku tu perempuan.. Memang tak la kan..terang-terang dia duduk rumah baca buku..Aku..?merayau sakan..Al maklumlah..lelaki..kalau duduk rumah je dah macam lelaki separuh siap..hahahaha..

For your information.. Sepupu aku ni satu sekolah dengan aku..Dan kami masing-masing buat tak tau dan tak kenal..Lagipun kami lain kelas..So..baguslah tak ada aku nak hadap muka dia hari-hari..Keluarga dia ni macam berlagak la sikit sebab dulu anak dia pandai..UPSR dapat 4A1B..aku just 3A1B1C..Jadi kelas dia tinggi sikit dari kelas aku..By the way kawan-kawan aku semua tak tau si minah ni sepupu aku..Ok lah..malas nak cerita pasal dia..Buat serabut kepala buat apa.. Kita tunggu dan lihat je nanti..Jangan kau ternganga nanti sudahlah..Hahaha..berlagak la siak aku ni..

Esok hari pertama persekolahan pada sesi tahun 2016..Aku dengan agak kekoknya melangkah masuk ke sekolah sebab dah hampir 2 bulan tak pegang alat tulis, tak pakai baju uniform sekolah..Aku tengok semua pelajar kemas termasuk beg baru, kasut baru, lelaki dan perempuan sama je..Bra dengan spender agak-agak baru tak..?hahaha..

"Faris...!!" terkejut aku bila seseorang menepuk bahu aku yang membuatkan aku tersedar dari aktiviti scan pelajar-pelajar..

"Eah Fik..pergh..makin hensem, sado pulak tu.." aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fik..Lama tak berjumpa dengan Fik sebab dia dan aku balik ke kampung semasa cuti..2 kampung berbeza dengan jarak yang jauh gila..sorang utara..sorang selatan..

"Eah..tak de la..aku biasa-biasa je..kenapa..?aku nampak lain sangat ke..?" tanya Fik sambil menyambut huluran tangan aku..

"Erm..ada kelainan sikit..Badan kau agak berotot dari sebelum ni.." balas aku..Memang betul pun dia agak berotot dari sebelum ni..Urat kemain banyak terbit di sekitar tangan.

"Erm..mungkin sebab aku kerja kait kelapa sawit kat kampung dulu..Tolong atok dengan paksu aku.."sambung Fik sebelum kami beriringan menuju ke kelas..

Seperti biasa meja aku di sebelah meja Fik..Kimi dan Hanif masing-masing di hadapan kami..Kami kan dah jadi buddies..Walaupun kami Kadang-kadang tak sekepala lebih-lebih lagi si Kimi tu..Dia kan mana biasa nak gelak-gelak sakan ni..Budaknya baik je..Walaupun begitu, kami tak pernah abaikan dia..Awat kami kami ni..ingat kami ni orang kedah ka.?Eah..Stop kami kami..hahaha

"Korang..Minggu depan birthday Kimi..Buat suprise nak..?" Hanif toleh ke belakang sambil menyatakan cadangan dia..Hakimi kebetulan dia ke bilik guru berjumpa dengan Puan Hanitah, guru kelas kami..

"Ha..ok jugak..Kita buat kat KFC..aku booking tempat.." balas Fik sambil memberi cadangan tempat yang sesuai..Fik ni anak orang kaya..Tapi perangai dia baik..Tak kedekut..Suka belanja orang terutamanya aku..Hahaha..

OK..semua dah setuju..Pada tarikh dan masa yang ditetapkan kami siap membuat persiapan..Hanif menjeput Kimi kat rumahnya..Manakala aku dan Fik tunggu di KFC...

"Suprise..!!" aku, Fik dan Hanif menjerit serentak bila dia masuk ke pintu KFC..Muka Kimi terkejut gila..Dan nampak di riak wajahnya sedih bercampur gembira bila kawan baiknya membuat kejutan..Kami dan Kru KFC nyanyikan lagi Happy Birthday untuk Kimi..

"Thanks korang..Aku ingat korang dah lupa birthday aku..Mak ngan Ayah aku pun lupa..Sekarang dia orang dekat Hawaii untuk urusan kerja.." Kimi memeluk satu persatu antara kita orang..Sampai ke Hanif..Pelukan Kimi semakin erat..Aku perasan yang Kimi sedang menahan sedih di hatinya..

"Dah..Jom makan..Aku lapar ni.." aku bersuara memecah heningan yang sedang berlaku..Saja tak nak tengok drama...Lagipun memang perut tengah bergendang ni..

"Tu la kau..Pantang nampak KFC..kebulur je.." Hanif mula bersuara selepas Pelukan Kimi lepaskan dan di sambut dengan gelak tawa Fik, Kimi dan Kru KFC..Tak terkecuali Hanif jugak..Aku dah buat muka dah..Lapar tahap dewa..Hahahah..Tak di sangka Fik menyuapkan kentang putar ke mulut aku..Aku jadi tersipu malu..

************************************

Done Part ni..Sorry kalau bosan.. Dan di sebabkan lama aku tak update..aku buat laju skit..mungkin nnti ada masa lagi lama tk update sebab nk siap2 kemas beg nak balik sarawak..

KERANA SESEORANG Where stories live. Discover now