"Farisssss..!!!" nyaring suara Hanif memanggil namaku..Sebelum aku merasa badan aku tumbang..Aduh..Sakitnya badan aku..Aku tersedar ada tangan yang sedang memeluk aku sambil menangis..Lalu aku terlena dalam dakapannya..Aku pengsan..
"Faris bangun Faris.. Faris.." Cikgu Nizam menampar lembut pipiku membuatkan aku sedar dari mimpi aku..Ramai kawan-kawan aku berada di samping aku..Tak terkecuali Hanif dan Fik..
"Kenapa ramai sangat ni..?Saya kat mana ni.?" aku berusaha untuk duduk dari pembaringan..Sakit kepala tetiba menyerang...aduh..Aku menekan sedikit kepala aku..
"Awak pengsan tadi..Mungkin awak terkejut..Hanif selamatkan awak dari dilanggar kereta...Syukur Hanif sempat menarik awak.." balas Cikgu Nizam menerangkan apa yang berlaku..Aku segera melihat Hanif sambil mataku berkaca air mata..Aku kembali dalam pembaringan..Sakit sangat kepala...
"Ok semua pelajar..Bagi ruang untuk Faris rehat.."arah Cikgu Nizam sebelum para pelajar secara perlahan meninggalkan aku...Tangan aku menarik tangan Hanif lembut..Pergh tangan dia yang putih menimbulkan urat-uratnya serta badannya yang separa sado meningkatkan auranya yang tersendiri..Baru aku perasan.. Aku kat hospital..Cikgu Nizam dah telefon ibu dengan ayah aku..Mereka sekarang sedang dalam perjalanan dari Perlis untuk pulang selepas menerima panggilan dari Cikgu Nizam..
"Temankan aku.."aku bersuara lemah apabila semua pelajar telah keluar dari bilik..Mata aku sekali lagi berkaca apabila menatap wajah sucinya..Dia hanya mengangguk sambil duduk di sebelahku..
"Thanks sebab selamatkan aku..Aku tak tau apa jadi kalau kau tak ada" aku menggenggam tangannya seperti tidak mahu kehilangannya..Tanpa aku sedar air mata aku jatuh berjuraian..
"Dah la..Aku ada je ngan kau ni..Jangan nangis..Aku janji aku akan ada ketika kau memerlukan aku..Aku sayang kau SAHABAT.." balas Hanif sambil mencium dahi aku...Aku rasa seperti di hargai dan disayangi...
"Tidur sini..Teman aku.."pinta aku sebelum mata aku mula untuk terpejam mungkin kerana ubat yang di beri tadi terlalu berkesan...Aku melihat Hanif hanya mengangguk sebelum aku terus dibuia mimpi indah....
Dalam dibuai mimpi..Rupanya ada 2 pasang mata yang melihat kami..Sepasang mata yang bersinar kecemburuan..Sepasang mata lagi hanya melihat dengan sayu..Iyanya ialah Kimi dan Fik..
***********************************
2 hari selepas kejadian itu..Aku dah dibenarkan pulang dari hospital dan boleh ke sekolah semula..Sekarang aku kat sekolah tengah waktu rehat ni."Faris, Fik jom makan..lapar teruk doh..dah la pagi tadi tak sarapan.." ajak Hanif sesudah tiba waktu rehat...
Aku pun angguk je la..Tapi Fik tak nak sebab dia kata dia ada kerja yang belum siap.."Aku belikan kau tapau..?" aku menyuakan cadangan..
"Eah..Tak pe la..Ada orang bagi nasi lemak pagi tadi..kejap lagi aku makan.." balas Fik sambil tekun membuat kerja..
"Pergh..patutla semerbak bau nasi lemak sebelah aku ni..Ok lah..aku gerak dulu ngan Hanif.." sambung aku sambil berlalu meninggalkan Fik..
"Eah..kenapa Kimi tak datang..?Dia demam ke..?" aku tanya Hanif sambil menuruni tangga untuk ke kantin sekolah...Kelas aku berada di tingkat 2..So kena la turun naik tangga untuk ke tandas dan ke kantin mahupun ke bilik guru..Kurus la budak-budak sekolah ni..
"Hurm..Entah la..aku tak tau pulak..Jap lagi masa balik kita singgah rumah dia.." jawab Hanif..Kami pun berlalu menuju ke barisan untuk membeli makanan..Dalam aku beratur..Aku terfikir..Kenapa sejak kebelakangan ni Fik diam je..jarang bercakap dengan aku..Aku ada buat salah apa-apa ke..? Banyak sangat mengelamun sampai makcik kantin memanggil aku pun aku tak perasan.. Kena ketuk kepala dengan Hanif baru aku tersedar..
"Adik..Cepatla nak apa..?Ramai budak nanti lagi susah adik.." cakap makcik kantin aku ni..Terus aku menyambar nasi lemak ayam dan menghulurkan note 5 ringgit kepada makcik tadi..Dia memulangkan baki 2 ringgit dan aku pun berlalu untuk membeli air dan terus ke meja makan..Tidak ketinggalan juga Hanif di sebelah aku.. Dalam fikiran aku still tanda tanya mengenai perangai Fik harini..
************************************
Teruskan membaca. Aku tak tau la kalau hambar cerita ni..Nanti akan ada part yang best..Konflik bagai..
😃😃
YOU ARE READING
KERANA SESEORANG
AcakPunca berlakunya conflict yang menyebabkan penyesalan seumur hidup.. Cari kawan biar yang betul-betul sayangkan kita sebab kawan..Bukan atas sebab lain..Seperti Nafsu.. Kalau Bodoh..Memang senang kena tipu..Kalau pandai senang menipu.. Lumrah kehidu...