Part 15

850 41 2
                                    

Masa..Cepatlah berlalu..Aku tak sanggup dah nak menunggu...Untuk ke sekian kalinya aku merungut..Punca..?Hanif..Aku tak tau apa nak buat masa cuti ni..Aku duduk rumah atok aku ni pun bukan buat apa..Tolong Kemas-kemas rumah..Siram pokok orkid nenek aku yang berjenis-jenis ni..Nenek aku memang suka kat bunga orkid ni..

"Faris...Tolong nenek buang sampah ni kejap..Kat lubang luar belakang rumah tu.." nenek aku panggil dari arah dapur..Aku pun antara cucu kesayangan atok dengan nenek..Semua yang aku minta dia orang boleh je bagi..Tapi aku bukanlah pengikis harta atok dengan nenek aku..

"Kejap nek...Nanti Faris buang.." aku jawab ringkas.. Biasa dah buat kerja rumah ni kan..tak kesah jugak la..Aku pun terus la ke dapur untuk buang sampah tu..

"Hai..Faris kan..?" sapa seseorang dari belakang rumah nenek ni..Terkejut beruk aku..Ingat setan mana la yang keluar ni..Bongok punya orang..

"Erkk..Iyup..Faris.." tergamam sekejap bila aku melihat seorang mamat ni..Bersinglet sahaja dan badan agak tegap dan cantik bentuk badan dia..

"Saya Imran..Cucu atok yang duduk kat bawah tu..Tok Wok.." mamat tu memperkenalkan dirinya..Oh..Baru aku tau..Atok bawah tu ada cucu hensem..Hahahahah...

"Oh..Hai Imran..Buat apa kat dalam semak ni..?Terkejut saya..Ingatkan bahabi hutan..Hahaha.." sapa aku bila dia datang ke arah aku..

"Ahahaha..Tak de la..Kebetulan nak cari daun limau kat rumah atok Faris ni..Lagipun lama nak tegur Faris tapi tak berkesempatan.." Imran menerangkan kemunculan dia... Dia nak salam aku..Tapi aku tunjuk tangan aku yang kotor ni..

"Btw.. Imran form 5 sekolah kat SMK Berang..Duduk dengan atok je.." Imran sambung lagi..

"Oh..Sekolah yang kat depan tu eah..?Dekat je..Faris baru form 3.." aku pun sembang je la dengan dia..Aku ajak masuk dalam dia kata tak apalah..Dia pun kejap je..Dia pelawa aku kalau bosan boleh je datang rumah bawah... Aku hanya mengangguk je..

Selepas Imran beredar..Aku pun masuk..Aku cuci tangan kat sinki sekali dengan beberapa butir cawan ngan pinggan dalam sinki..

"Borak dengan Imran eah tadi..?"tetiba nenek aku tanya..Macam mana nenek tau..?

"Ha a..Nenek kenal ke dia..?" jawab aku sebelum aku tanya nenek balik..

"Dia selalu tanya pasal kamu..Kamu tu kan tak pernah keluar rumah..Nenek ada ajak dia datang rumah kalau nak bersembang dengan kamu.." nenek bersahaja cakap sebelum ke biliknya..Atok macam biasalah rehat tetengahari macam ni..Nampaknya nenek pun bakal sama jugak macam atok..

Hurm..Kembali bosan la aku kat rumah atok ni..Jap..kenapa aku tak mintak nombor telefon abang Imran tadi eah..?Boleh chat dia..Hurmmm..Sebal..Aku duduk kat beranda luar rumah atok ni sambil pandang ke arah rumah Atok Wok..Tak nampak pulak abang Imran ni keluar rumah..Sedar tak sedar aku terlelap..

"Faris..oh Faris..Kenapa tido kat sini ni..?" aku mendengar dengan mamai seseorang menyebut nama aku..Aku pun dengan separa sepet melihat gerangan pengejut tidur aku ni..Oh Mai..Abang Imran rupanya..Terus aku duduk dari pembaringan.. Abang Imran tersenyum melihat telatah aku..

"Tunggu abang Imran lah.." tetiba mulut aku menjawab soalan abang Imran tadi..Hadoi..Terus aku tekup mulut aku yang terlepas cakap ni..

"La..kan abang dah cakap kalau bosan datang je rumah..Bak telefon tu.." sambung abang Imran sebelum minta telefon aku..Aku sedang mamai terus bagi ke abang Imran..Tut tit tut tit tit tut tit tut tut..Bunyi keypad..

"Nah..ni no abang..Apa-apa boleh Whatsapp..Abang nak gi main futsal ni..Malam karang kita chat la...bye.." abang Imran berlalu meninggalkan aku..Sempat lagi dia menggosok kepala aku...Aku pun dengan mamai mengangguk sebelum sambung tidur kat dalam rumah...Beruntungnyalah dapat kenal dengan abang Imran ni..Hensem, sado dan baik...

************************************

Sorry sebab lambat update..Tak ada masa nak update sebab banyak kelas kena attend lepastu nak kena buat assignments... Nanti ijam cuba update selalu mcam sebelum ni...

KERANA SESEORANG Where stories live. Discover now