Part 8

1K 44 3
                                    

Hakimi yang mesra di sapa Kimi merupakan kawan pertama yang rapat dengan Hanif..Hanif jenis orang yang friendly tapi berbeza pulak dengan watak Hakimi seorang yang pendiam dan serius..Tapi aku tak pernah pulak ambik tau macam mana dia orang boleh rapat..Hurm..abaikan..malas aku nak pikir..Hahahaha..

Tapi semenjak dua menjak ni aku nampak perangai si Hakimi dengan si Hanif tu lain macam..Setiap kali si Hanif datang kat aku..Aku perasan si Hakimi tu menjeling..Lepastu blah..Dia jealous kot..Hurm..Pelik-pelik..Aku dengan si Kimi ni pun tak adalah rapat sangat..Just tegur-tegur, buat kerja sama-sama..Dia memang rajin tu yang aku selalu buat kerja dengan dia.. Tapi silapnya aku tak dapat nak ngam sangat dengan dia sebab bila kita buat lawak orang lain gelak..but dia buat muka serius..ok..memang tak boleh masuk dengan dia..

"Faris..Pinjam buku Math" Hanif dengan muka selamba badak mintak buku Math aku..Ni mesti tak ada kerja lain..Nak tiru aku la ni..Tak pun nak check jawapan dengan aku..Nak kata aku pandai sangat Math ni tak jugak tapi selalu jugak dapat 98% dalam ujian..Hahahaha..Terus jadi anak angkat cikgu Math aku..Cikgu Azman...

"Kau nak buat apa..?" tanya aku sebelum aku bagi buku hak milik aku ni..

"Macam biasa la..nak check..sama tak dengan jawapan aku.."balas Hanif sambil tangannya bergerak-gerak tanda meminta..

"Aku guna pensil je..Takut salah boleh betulkan..Tak kemas sikit macam kau punya.." aku bagi buku latihan Math aku kat Hanif..Dia belek-belek sambil mengutuk aku..Lepas tu dia blah tanpa ucapkan terima kasih..Lahabau punya budak..

Hakimi tak kurang hebatnya dalam Math..Tapi still tak boleh challenge aku..hahaha..Kadang-kadang kalau dia tak dapat jawap dia tanya aku jugak..Aku ni jenis tak lokek ilmu..Tapi aku yang paling hangin kalau tak buat tapi nak tiru orang je..memang kena makan berleter dengan aku..Mana nak pandai kalau asyik meniru tak nak usaha..Hadoiiii..
Fiq pun kekadang kena gak berleter dengan aku sebab dia suka buat kerja last minute.. Dah tak sempat nak ajar..Nak buat macam mana..Terpaksa bagi je la..Sayang la katakan..

"Weh korang.. Jom gi tengok wayang nak..?ada cerita best ni..." Hanif ajak aku ngan Fik pergi tengok wayang dan for sure la yang si Kimi pun ikut jugak..aku tak kisah sebab aku pun tak hidup terkongkong sangat oleh mak bapak..

"Kimi..kau ikut sekali kan..?" tanya aku sambil tersenyum.. Aku agak suka jugak dengan penampilan si Kimi ni sebab dia ni muka comel je dengan kulit hitam manisnya..

"Erm..aku ikut.."jawab Kimi sambil tersengeh tengok aku..

"Ok good.. Malam ni pukul 8 jumpa kat Time Square Melaka..Hurm..tengok cerita Conjuring 2 tau..Hahahaha..tiket midnight..baru best" aku berkata semula dan sebulat suara semua seteju..Esokkan cuti..so boleh enjoy.. Haha..

Tepat pukul 8 malam semua dah terpacak kat depan pintu mall Time Square Melaka ni..Sebelum masuk panggung wayang isi dulu perut biar tak lapar kat dalam tu nanti..Kami berempat pun jalan mencuci mata di sekitar mall sebelum melangkah ke restoran fast-food iaitu KFC..Dah selesai order dah cari meja semua lepastu.. Kitorang bedal la..Hahaha..Aku memang lapar la sebab sebelum keluar tadi belum makan apa-apa..

"Kau kemain pelahab lagi Faris..kebulur ke apa...?" tanya Hanif bila nampak aku seakan gelojoh makan..Memang kebulur la..Tak makan dari tengahari tadi kot..Aku tak mempedulikan kata-kata Hanif lalu meneruskan aktiviti membokoh aku..Hahaha..Fik dan Kimi hanya diam menjamu makanan masing-masing..

Borak-borak kosong sedar tak sedar lagi 15 minit cerita kami dah nak bermula..Kami pun berkemas-kemas dan menuju ke pintu masuk panggung wayang..Selamat tiket dah beli dulu masa awal-awal datang...Kami pun masuk dan memilih kerusi yang telah ditempah..F10,F11,F12,F13..Fik, Aku, Hanif dan Kimi..3 bungkus popcorn dan 4 botol Coke di bahagikan sama rata.. Kongsi-kongsilah popcorn.. Budak sekolahkan..mana pegang duit banyak-banyak..Cerita pun bermula..

KERANA SESEORANG Where stories live. Discover now