"Faris..Aku dengar macam-macam cerita buruk mengenai kau..Kau gay eah..?" Hanif telah menarik aku ke satu kawasan yang tidak ramai pelajar datang..
"Siapa yang cakap ni..?Kau kenalkan aku macam mana..?" balas aku dalam nada agak tinggi sikit..Tapi sebenarnya aku menyembunyikan kisah sebenar aku..Janganlah dia tau..Aku belum bersedia nak bagitau dia..Aku dah mula sayang kat Hanif ni..
"Kimi cakap kat aku..Dia kata kau bersembang dengan dia pasal budak Hisyam yang sombong tu..Kau dulu nak sangat kawan dengan dia..Lepastu kau rapat..Dan kau sayang sangat kat dia.." sambung Hanif lagi..Macam tak percaya apa yang aku dengar ni..Kimi..sampai hati kau..
"Aku sayang semua orang.. Aku sayang Fik..Aku sayang Kimi aku sayang budak kelas kita..Salah ke aku nak menyayangi orang lain..?" aku berusaha berdalih bagi menyembunyikan hal sebenar..Iye..aku memang ada hati sikit dekat Hisyam tu..Tapi itu dulu..Lepas dia mula mengutuk aku kat belakang aku..Aku terus muak nak tengok muka dia..Pergi mati dengan belagak dia tu..
"Tak salah..Aku pun sayang semua orang.. Dah la..Lupakan.. Ikut aku gi makan..Lapar.." Hanif mula menamatkan perbalahan kami..Aku seperti lembu mengikut je dia...Nanti dah tiba masanya aku bagitau kau ye Hanif..Maafkan aku sebab sembunyikan hal sebenar..
Aku dah makin serba salah..Sebab Kimi makin keseorangan..Hanif selalu lepak dengan aku..Dalam masa yang sama Kimi mengelak dari berjumpa aku..Aku tak memarahi dia..Aku tau sakitnya hilang orang yang kita sayang..Bukan aku perampas..
"Hanif..kenapa kau macam dah tak rapat dengan Kimi...? Korang gaduh ke..? tetiba aku tanya si Hanif ni..Selamat dia tak tersedak bila dengar soalan aku tu..Aku dah tak boleh bendung dalam kepala..Kena tanya jugak..
"Aku tak boleh go la dengan dia..Aku orangnya friendly..suka bersembang..dia senyap.. Even aku buat lawak pun dia tak gelak..Rasa macam nak terjun bangunan kau tau tak..?" balas Hanif..Aku rasa macam nak tergelak pun ada masa dia cakap macam nak terjun bangun tu..Apa dah punya lawak..
"Tak apa..Aku try buat lawak kat dia..Mana tau dia gelak ke..?" aku cuba meyakinkan Hanif..Tapi..Aku harap dia tak la senyap gak..Mau aku terjun KLCC nanti..Hahahhaha
"Suka hati kau lah..Jangan menyesal sudah.." Hanif menghabiskan sisa makanan dan air dia sebelum bangun untuk mencuci tangan..Kami pun berlalu ke kelas sebab waktu rehat dah nak habis..
************************************
"Eah Kimi..Jom balik sekali..Aku kena naik bas la harini.." aku menyapa Kimi selepas mengejar dia yang berada di pagar sekolah..Kimi memang selalu balik naik bas..Mak dengan ayahnya kerja..Tak ada sesiapa yang boleh ambik dia..
"Boleh je..Jom la.."jawab Kimi ringkas..Kami pun jalan menuju ke stesen bas yang terdekat..Dekat tak dekat jugaklah...Ada dalam 2kilometer jalan kaki..Penat bak hang..
Dalam aku berborak dengan dia..Ada juga aku selitkan beberapa lawak..Dannn...Kau tau apa terjadi..?Aku rasa nak bunuh diri je masa tu..Aku nak duduk tengah jalan biar kena langgar dengan bas..Dia sengih pun tak..Apa siak...Aku rasa aku dah jadi macam orang bodoh..Aku dah dapat rasa macam mana peritnya apa yang Hanif rasa..Tapi tak payah la sampai Hanif abaikan dia.. Kesian siak..
Sebelum peperiksaan PMR berlangsung..Ada cuti sekolah selama seminggu..Sebelum cuti tu Hanif ada bagitau aku something..Dia chat aku kat Whatsapp..
'Faris..Maafkan aku..Aku terpaksa buat semua ni..Aku akan block whatsapp kau..Aku tak kan ada kat rumah sepanjang cuti ni..Maafkan aku..😢😢'
Belum sempat aku nak balas...Dia dah block whatsapp aku..Aku dah tak tentu arah..Aku dah mula sayang kat dia..Dia buat aku macam ni pulak..Aku cuba call...Dia reject..Aku mesej dia tak reply.. Hanifffffff...Kenapa kau buat aku macam ni...Aku sayang kau la bodohhhhh...
************************************
Selamat membaca kawan-kawan..Hope korang enjoy...kalau hambar komen hambar..Terima kasih sebab vote dan baca..
YOU ARE READING
KERANA SESEORANG
AcakPunca berlakunya conflict yang menyebabkan penyesalan seumur hidup.. Cari kawan biar yang betul-betul sayangkan kita sebab kawan..Bukan atas sebab lain..Seperti Nafsu.. Kalau Bodoh..Memang senang kena tipu..Kalau pandai senang menipu.. Lumrah kehidu...