Saat terlafaz sebuah akad,
dan bermula satu abjad,
yang tercoret menjadi kisah,
di setiap rentak kaki melangkah,
yang pasti membawa abadi.
Dulu dua jiwa yang asing,
setiap satu jauh terasing,
berpusing resah bersatu jua,
bersama izin yang termaktub kukuh,
pada lembaran takdir ilahi.
Terhalal sudah segala rasa,
tersimpul sudah satu ikatan,
maka berteguhlah pada janji,
dua hati bersatu jiwa,
semoga padu meraih mimpi.
Lahad Datu, Sabah
**Sajak yang dinukilkan istimewa untuk pasanganmempelai yang merupakan adik penulissendiri.
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoetryUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.