Aku lemah tiada bermaya,
Pandangan ku kabur,
Langkahku longlai menanti rebah,
Jiwaku terusik, hatiku menangis,
Segalanya kelihatan kelam.
Oh mengapa ku tertewas,
Tidak mampu menggapai cahaya,
Diri terasa begitu kotor,
Entah bagaimana dapat kusucikan,
Supaya berseri menghadap Ilahi,
Bimbinglah aku untuk terus berlari,
Pandulah aku di landasan keimanan,
Jangan dibiarkan aku tersesat,
Ku tak mahu tergelincir,
Kerana sayangnya aku padaMU
Pada siapa harus ku mengadu?
Bagaimana ku tahu KAU mendengarku,
Ku merintih padaMU mengharap balas,
Tapi kesunyian masih menamaniku
Oh TUHAN hadirlah bersamaku.
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
שיריםUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.