Di matamu hina,
tanpa kau sedar,
najis yang dibasuh,
hancing kencing menikam hidung,
berbuak muntah dihias nanah,
Adalah dari orang tuamu.
Di fikiranmu enteng,
peluh yang memercik,
kejang tangan manyuap nasi,
digagahi kudrat memberi layanan,
biar duka terpaksa disembunyi,
yang dijaga mungkin saudaramu.
Mungkin jenaka bagimu,
tersadung jatuh kerna berlari,
bertubi arahan perlu dipatuhi,
terkelu akal menanggung amanah,
beban tergalas dibahu kerdil,
demi menyelamat nyawa anakmu.
Mungkin ringan bicaramu,
beribu kata dihambur,
Kejian bagaikan irama,
menghiasi melodi cacian,
jangan pula kau terpaku,
saat ajalmu dijemput tuhan.
Hiasi akalmu sebelum berbicara,
sejukkan hatimu sebelum melatah,
usah kau keji usah kau hina,
pada susuk seorang jururawat,
disebalik anggapan nakalmu,
terukir jasa pada segalanya.
**Sajak yang didedikasikan khusus untuk golonganjururawat. Ia bagi membela nasib mereka yang sering dipadang hina olehmasyarakat.
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoetryUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.