Melewati hari berlalu,
Mendakap duka membelai pilu,
Sepi bertakhta di hati,
Resah menguasai jiwa.
Apa yang sedang kuburu?
Hingga aku terkorban,
Apa matlamatku?
Sungguh aku keliru.
Tidak ku tahu hujungnya,
Tidak ku pasti pangkalnya,
Ku hanya berjalan,
Tanpa ku tahu arahnya.
Kini aku derita,
Kerana ku biar diriku hanyut,
Puas ku berdoa,
Minta terlepas dari kecewa.
Dimana pengharapanku?
Betulkah itu pergantunganku?
Perlukah aku teruskan?
Atau berundur demi kebaikan.
Memburu ketidakpastian,
Tiada yang lebih menderitakan.
Sedikit demi sedikit,
Diriku dimamah lumat.
Tak mampu ku ramal akhirnya
Kerna pertarunganku tiada asasnya
Alangkah indah jika ia lebih mudah,
Agar pedihnya tidak menusuk kalbu.
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoetryUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.