DALAM DIAM AKU MERINDU

13 0 0
                                    



Ketamakan bukan sifatku,

Paksaan bukan caraku,

Rayuan mencabar egoku,

Meminta aku malu,

Cuma satu pintaku,

Izinku lihat kau tersenyum.



Biar jauh aku berkelana,

Hilang kau dari mata ku,

Tak terdengar hela nafasmu,

Dan riak wajahmu menghilang,

Khabarkan aku keindahan cerita,

Bahawa kau sedang tertawa.



Tak mengapa kau membenciku,

Ku tidak resah bila terbuang,

Sepi sudah lama bersamaku,

Tangisan itu temanku,

Hanya satu pengubat dukaku,

Bila kau jauh dari bersedih.



Disetiap nadiku,

Mengalir bersama kerinduan,

Hangat membasahi jiwa,

Juga tanpa pernah aku lupa,

Izinkan dia bergembira,

Itu pintaku padamu Tuhan..


Lahad Datu, Sabah


**Setelah jauh terpisah dari sang kekasih, hanyakerinduan yang menjadi pengubat hati.

Sang Pencipta MimpiWhere stories live. Discover now