Aku sang pencipta mimpi,
berlarian bebas di padang rindu,
suci kasih terpancar,
pada ukiran marbel permata.
Dan kulewati lembah tandus,
keluh kesah jiwa meronta,
bertanya pada aurora,
mungkinkah mimpi menjadi realiti.
Kekalkah keindahan mimpi?
dalam menelusuri sekian hari,
seperti mana yang diraih,
aku si pencipta mimpi..
Tawau, Sabah
** Berjayakah mimpi itu diraih walau berada dalamseribu satu dugaan dan cabaran?
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoetryUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.