MEMOIR BUAT SI PENCINTA LAUT

8 0 0
                                    


Aku ingin menjadi laut,

Agar kau selalu merinduku,

sentiasa hadir padaku,

mencipta setiap memori,

Saat kau mencari damai,

Pada resah kusut jiwamu.



Tapi aku takut,

andai aku membawa badai,

dengan rakus memecah nyaman,

membawa pergi segala tenang,

lalu kau menangis ketakutan,

Dan aku terpinggir kembali.



Duhai angin berinsutlah engkau,

usah kau kejutkan ombak,

kusembunyi dia dalam perutku,

Luas tiada penghujung,

Biar sahaja badai terus tidur,

Agar laut sentiasa dihatinya.



Seahorse Dive Lodge, Pulau Mabul

Semporna Sabah


**Sajak yang ditujukan khas untuk sahabat penulisyang begitu obses dengan laut.

Sang Pencipta MimpiWhere stories live. Discover now