Orkid liar,
Kembang subur dicelah rumpun,
Biar terselindung,
Kecantikannya terserlah
Walau tak seharum cempaka,
tapi indahmu tetap ulung,
pantas mengetuk hati teruna,
Getar rasa ingin memiliki.
Meliuk lentuk ditiup angin,
tetap kukuh di rantingan,
Tangan yang menggapai
Pasti tertusuk selumbar.
Gua Musang, Kelantan
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoesiaUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.