Kau si rama-rama,
Terbanglah melata di udara,
Kepaklah sayapmu seluasnya,
Tebarkan warna indah itu,
Biar dunia ini berseri
Wahai si rama-rama,
Walau sangkar emas buatmu,
Tetap kau takkan bahagia,
Maka bebaslah dirimu,
Habiskan usiamu itu,
Rama-rama cantik,
Kau buruan ramai,
Kerna kau penyeri hidup,
Namun andai kau derita,
Apa lagi ertimu di sini,
Duhai si rama-rama,
Tersenyumlah dikau,
Kena dunia disampingmu,
Usah kau bersedih lagi,
Biar duka bersama sangkar emas.
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PoesíaUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.