Aku jua ingin,
Meraih mimpi sepertimu,
setinggi bintang di langit,
Seluas lautan medan kembaraku,
tapi telah kau kecapi.
Aku jua ingin,
punya masa depan,
bebas berlarian,
mengejar cita,
menggapai impian sepertimu.
Aku jua ingin,
tidak lagi menangisi,
kelam sebuah kehidupan,
dibelenggu rantai kedhaifan,
dan bahagia sepertimu.
Jeti Palahu, Bandar Wilayah,
Lahad Datu
**Coretan melalui kacamata anak-anak sea gypsies(Pelahu) Lahad Datu yang dibelenggu kemiskinan dan hidup secara terbuang tanpaada Negara dan harta
YOU ARE READING
Sang Pencipta Mimpi
PuisiUsah takut untuk bermimpi, Kerna kita semua adalah Sang Pencipta Mimpi, Tapi jangan lupa untuk bangun, Kerana kita perlu meraihnya, Menukar kepada realiti, Biar tidak seindah dunia imaginasi.