CATATAN BAH KELANTAN 2014

10 0 0
                                    



Saat ini aku terkedu,

Lidahku kelu,

Akalku terpaku,

Hatiku kaku,

Jiwaku pilu,

Dan tangisanku mula syahdu.



Bumi yg pernah ku pijak dulu,

Bukan lagi tempat beradu,

Sukar menggapai tenang di kalbu,

Walau dihalaman rindu,

Berteman langit biru,

Setelah berlalu si awan gebu.



Bumi ini diuji getir baru,

Setelah derita lama berlalu,

Kini tangisan semakin mendayu,

Biar malu terpaksa merayu,

Duhai TUHAN ampunkan aku,

Duhai kawan ku mohon bantu.



Setelah tanah menyedut air itu,

Dan awan hitam berarak lalu,

Amukan bah mula lesu,

Ayuh semua kita bersatu,

Ketepikan semua seteru,

Bina semula daerah baru..



Kubang Kerian, Kelantan


**Banjir pada disember 2014 di Kelantan yang turutdikenali sebagai Bah Kuning dikatakan menandingi bah merah. Penulis terpanasewaktu menjejakkan kaki ke bumi Kelantan dan menyaksikan kemusnahan harta danjiwa.

Sang Pencipta MimpiWhere stories live. Discover now