Tutt.. tutt..
Telefon hana berbunyi menandakan bahawa ada mesej baru yang diterima. Hana yang masih mamai mengambil telefonnya dengan malas. Sebaik sahaja hana membaca pesanan mesej itu, hana tersenyum riang. Rupanya mesej itu daripada sahabat baiknya iaitu arra.
Kemudian hana bangun dari katil dan bersiap untuk ke sekolah.
Persahabatan antara hana dan arra mula terjalin tahun lepas.
-setahun yang lepas-
Dalam kelasHana duduk di mejanya sambil membaca. Maklumlah, hana seorang murid yang pandai dan cermelang. Dia juga merupakan harapan guru untuk berjaya. Tapi, hana juga seorang yang selalu bersendirian. Ini kerana dia tidak mempunyai kawan sejak bersekolah di situ. Masanya terluang dengan membaca.
"Semua, cikgu dah sampai !!" Ketua kelas
"Duduk tempat masing-masing" pelajar lain. Keadaan kelas menjadi diam dan teraturDari jauh, cikgu berjalan menujuk ke kelas dengan seorang murid yang tak dikenali. Sebaik sahaja cikgu masuk ke kelas..
"Selamat pagi cikgu~" pelajar
"Selamat pagi. Sila duduk" cikguSebaik sahaja dibenarkan duduk, hana meneruskan membacaannya tanpa menghiraukn orang lain.
"Baiklah pelajar. Hari ni, kita akan menerima pelajar baru. Sila kenalkan diri ya" cikgu membuat pengumuman. Semua pelajar bising kerana seronok menerima pelajar baru dalam kelas. hana pula masih lagi membaca.
"Na..ma saya.. Arra Humairah.." pelajar baru itu memperkenalkan diri dengan malu.
Sebaik sahaja mendengar nama 'Arra Humairah', hana menghentikan pembacaannya dan memandang ke depan. Kini fokusnya tertumpu pada arra."Baiklah arra, kamu boleh duduk di sebelah hana." Kata cikgu
"H-hana..?" Tanya arraTiba-tiba hana berdiri. Semua memandang hana.
"Aku.. aku hana" kata hana kepada arra. Dengan segan, arra menuju ke arah sebelah tempat duduk hana. Mereka duduk dengan serentak.
"Pelajar, bukak buku teks mukasurat 50" arah cikgu.
Hana menjadi ingin tahu tentang arra. Dari pemerhatian hana, arra seorang yang lemah lembut. Hana terasa ingin berkawan dengan arra.
-KRINGG-
Waktu rehat.Semua pelajar berebut-rebut keluar dari kelas ingin ke kantin. Yang tinggal hanyalah hana dan arra. Hana mengambil kesempatan ini bagi mengenali arra. Hana memberanikan diri bagi menegur arra.
"Hai.. nama saya hana batrisha" hana kenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Arra memandang hana. Kemudian dia ketawa kecil. Hana kepelikan.
"Saya tahu la nama awak hana. Tadi kan awak dah cakap" kata arra sambil tersenyum.
Hana teringan peristiwa yang memalukan tadi. Serta merta dia menarik semula tangannya.hana menukar topik perbualan. "Oh ye. Selalunya kau rehat di mana ?" Tanya hana. "Di kelas je." Balas arra. "Di kelas je ? Tak bosan ke ?" hana kepelikan. Arra hanya mendiamkan diri. "Arra, tak perlulah guna saya-awak. Guna kau-aku je" kata hana kepada arra. Arra hanya angguk kecil. "Haa.. aku tau. Jom ikut aku" hana menarik tangan arra dan brlari ke luar kelas. "Eh.. kita nk kemana ni ?" Tnya arra. "Adalah.." kata hana sambil senyum sinis
Mereka berhenti di belakang sekolah dengan pemandangan bukit-bukit yang hijau. Arra terleka memandang permandangan itu.
"Aku suka datang sini bila ada masa lapang. Dekat sini sejuk, udara nyaman. Lagipon, tak ade orang yang tau pasal tempat ni" kata hana sambil memandang permandangan.
"Hana.. aku rasa.. aku dah mula sukakan tempat ni.." arra
"Baguslah.." kata hana sambil tersenyum.Itulah permulaan kepada persahabatan yang bagaikan adik beradik ini..
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...