bab 14

76 8 4
                                    

Hari ini merupakan hari minggu. Mereka tiada apa-apa plan untuk hari ini. Jadi kedua-duanya membuat hal masing-masing.

Sejak beberapa hari yang lepas, arra kerap mengalami sakit kelapa. Sakit yang dialaminya pula tidak seperti selalu. Jadi, pada hari ini, dia mengambil keputusan untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan.

selepas sarapan, arra terus keluar menuju ke hospital yang berdekatan.

Semasa dia mengambil angka giliran di kaunter yng disediakan, dia teringan kata-kata doktor semasa dia membuat medical check-up beberapa minggu lepas. Terus arra mengambil keputusan untuk hanya membeli panadol dan ubat di farmasi hospital.

Semasa dia membeli ubat, dia terserempak dengan pasangan kembar sofia dan sofie.

"Arra. Buat apa kat sini ? Mana hana?" Tanya sofia
"oh sofia. Sofie.. aku.. aku.. aku melawat nenek aku" kata arra dengan tergagap gagap.
"ouhhh" Kata sofia.

Tiba-tiba nama arra dipanggil oleh jururawat untuk menerima ubat.

"Arra Humairah ?"

Sofie dan sofia terkejut. Mereka memandang arra dengan pelik. Cepat-cepat arra ke kaunter untuk membuat pembayaran dan memerima ubat.

"Kau kata kau melawat nenek kau" kata sofia.
"Nenek kau ke atau kau yang sakit ?" Tanya sofie.
"Me-mesti la nenek aku ya-yang sakit" kata arra.
"Habis tu, kenapa nama kau yang disebut ?" Tanya sofia.

Arra terdiam mencari idea.

"Apa ni ?" Tanya sofia sambil menunjukkan ke arah plastik ubat yang mengandungi ubat yang dibeli oleh arra.
"Ni.. ni.. ni vitamin je.." kata arra.

Muka sofia dan sofie semakin pelik.

"Tak ada apa-apa lah. Aku nak balik ni. Banyak hal. Jumpa lagi. Bye" kata arra kemudian terus meninggalkan sofia dan sofie bersendirian.

Sofie dan sofia hanya memandang. arra tidak singgah mana-mana. Dia ingin terus pulang ke rumah. Tapi di perjalanan, dia terserempak pula dengan hana.

"Eh ? Arra. Kau buat ape kat sini ?" Tanya hana
"Aku.. aku pergi rumah sepupu aku tadi." Kata arra
"cepatnya ? Kau buat apa ?" tanya hana
"Ye. Aku amik barang je. Ni nak balik dah ni" kata arra.
"Barang tu ke ?" Tanya hana sambil menunjukkan ke arah plastik ubat.
"Aaa.. ha'ah.."kata arra
"Barang ape tu ? Macam ubat je. Plastik pon hospital punya." Kata hana.
"Ni... ha.. ni ubat gegat." Kata arra
"ubat gegat ? Dalam plastik ubat ?" Hana semakin pelik
"Kau buat apa kat sini ?" Kata arra terus menukar topic.
"Aku nak pergi kedai kejap. Beli keropok. parents aku tak ada kat rumah." Kata hana.
"Aku balik dulu la. Bye" kata arra terus berlalu. Hana membiarkannya dan terus meneruskan perlanannya untuk ke kedai.

Kemudian dia terserempak dengan sofie dan sofia.

"Hai sofie, sofia" sapa hana.
"Hai hana" sahut sofie
"Kau ada nampak arra tak ?" Tanya sofia
"ada. Baru tadi. Kenapa?" Tanya hana
"Dia tertinggal ubat ni. Tadi kitaorang terjumpa kat hospital. Tolong bagi kat dia boleh ?" Kata sofia
"Eh ? Ubat ? Dia kata dia pergi rumah cousin dia amik ubat gegat. Dalam plssrik ubat pulak tu. Pelik betul" kata hana
"Tadi dia cakap, dia melawat nenek dia kat hospital" kata sofie

Hana terdiam. Kenapa arra membohongi dirinya ? Apa yang terjadi sebenarnya ?

Hana mengambil ubat itu dan berkata..

"Hm... rasanya aku tau kenapa.." kata hana
"Ha ? Tau apa ?" Tanya sofia.
"Tak ada apa-apa. Nanti aku bagi arra. Bye" kata hana terus berlalu pergi.

"Dua-dua pelik.." kata sofia.

                          - - - - - - - - -

-Di rumah hana-

Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now