Hana menghampiri arra yang masih kaku di atas katilnya. Rantai dan cincin pemberian arra dipegang
"Arra.. apa patut aku buat ? Aku tau kau terseksa.. tapi aku tak nak kehilangan kau, arra.. bagilah aku petunjuk.." kata hana.
Entah kenapa matanya tiba-tiba rasa begitu mengantuk. Mungkin kerana terlalu banyak menangis sehingga dia tertidur di sebelah arra..
- - - - - - - - - -
"Hana... "
Perlahan-lahan hana membuka matanya. Dia terkejut dengan persekitarannya. Semuanya putih. Dimanakah dia ?
"Hana.."
Lagi sekali namanya dipanggil. Siapa yang memanggil namanya ? Suaranya seperti suara arra.
"Hana.. "
Hana memusingkan badanya mencari dari mana datangnya suara itu. Berkali-kali dia berpusing, suara itu tidak dijumpai.
"Arra ! Kau ke tu.. " jerit hana.
"Hana.."
Suara itu memanggil namanya lagi.
"Arra ! Mana kau.. ?" Jerit hana.
"Hana.. aku di sini.."
Suara itu dari arah belakangnya. Hana memusingkan badannya dan nampak arra berpakaian gaun putih pemberiannya sedang memanggil namanya.
"Hana.."
"Arra.. "
Hana berlari ke arah arra dan memeluknya. Betapa rindunya dia dengan sahabatnya itu. Selepas agak lama mereka berpelukan, pelukan mereka dilepaskan.
"Arra.. aku rindu sangat dengan kau.. dan.. wow.. kau nampak cantik sangat dengan gaun ni" kata hana.
"Aku pun rindukan kau, hana.." kata arra
"Aku tak sabar nak kita jadi macam dulu lagi.." kata hana dengan gembiranya.Tapi arra hanya membisu sambil memegang pipi hana dengan lembut.
"Arra.. kenapa ni.." tanya hana
"Maafkan aku.. kita mungkin takkan jadi macam dulu.." kata arra.
"Apa.. apa kau cakap nii.. " kata hana dengan mata yang berair.
"Kau pun tau kan.. kos untuk mesin life support tu mahal dan aku tak mampu.." kata arra.
"Tapi aku mampu. Aku akan tanggung kos mesin tu.." kata hana.
"Hidup aku tak lama, hana. Aku terseksa.. biarlah aku pergi.. ini takdir aku.." kata arra.
"Takk ! Kau tak boleh pergi.. tak boleh !" Hana tak dapat terima hakikatnya.
"Hana.. aku mohon.. tutuplah mesin tu.. demi aku.." kata arra.Akhirnya airmata hana gugur juga.
"Tak ! tak ! Kau akan bangun.. aku yakin kau akan bangun.. " kata hana dengan tanggisan di matanya.
Perlahan-lahan tangan arra bergerak dan mengelap airmata hana yang berguguran itu.
"Hana.. Andai kata aku pergi dulu.. janganlah kau datang dekat dengan jenazah aku.. sebab masa tu, tangan aku takkan mampu bergerak untuk lapkan airmata kau.. " kata arra.
"Arra.. jangan tinggalkan aku.. aku bodoh sebab tak percayakan kau.. jangan tinggalkan aku.. " tangisan hana semakin kuat.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomansaHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...