Hari ini merupakan hari yang istimewa bagi hana kerana dia bakal membuat kejutan kepada arra.
Pagi itu, sebelum mandi, hana menuju ke meja belajarnya dan mengeluarkan sesuatu dari lagi. 'Sesuatu' itu berkotak dan sudah disiapkan dengan pembalut yang comel. Hana melihat bungkusan itu dan tersenyum girang.
"Hehehe. Tak sabarnya kau. Mesti dia lupa pasal hari ni. Hihi" kata hana seorang diri.
Selepas itu barulah hana mandi dan bersiap untuk ke sekolah.
-di rumah arra-
Pada pagi itu, arra terasa amatlah pening sehinggakan menyukarkan dia untuk bangun dari katil. Oleh kerana dia perlu menghadirkan diri ke sekolah, dia gagahkan diri untuk bangun dan bersiap ke sekolah.
selepas arra bersiap ke sekolah, dia menuju ke rumah hana.
Semasa perjalanan, dia mendapati pandangannya kabur. Cara dia berjalan juga terumbang ambing. Tapi dia tidak pedulikan semua itu. Yang penting, dia perlu ke sekolah kerana pada tahun ini, mereka akan menduduki peperiksaan SPM.
Oleh kerana arra terlalu lambat, hana telah terlebih awal menunggu arra di hadapan rumahnya. Arra sampai ke rumahnya dengan keadaan yang lesu.
"Arra, kau ok tak ?" Tanya hana
"Aku.. aku... okay.." kata arra dengan keadaan yang lemah.
"Betul kau ok ? Muka kau pucat" tanya hana risau.
"Ok.. aku makan panadal nanti, oklah" kata arra.Hana mula risaukan arra. Tetapi kerana kedegilan arra, hana terpaksa berpura-pura percayakan yang arra okay.
-di sekolah-
Selepas makan sebiji panadol yang dibeli dari koperasi, keadaan arra lebih baik dari sebelumnya. Tapi hakikatnya, arra masih lemah
"Arra. Ingat tak hari ni, hari apa ?" Tanya hana
"Hari.. hari selasa ?" Tanya arra semula
"Ish salahlah..aku dah agak kau akan lupa. hari ni.. hari lahir kau lahh.. suprice !!" Kata hana sambil menghulurkan bungkusan tadi.Arra terkejut kerana dia sendiri terlupa tentang hari jadinya tetapi, hana mengigatinya
"Macam mana aku boleh lupa ni ?" Kata arra malu.
"Sebab kau tu dah tua. Dah nyanyuk. Tengok ni, muka dan berkedut seribu😂" kata hana sambil ketawa.
"Eh. Ye ke ? Berkedut ke muka aku ?" Kata arra yang percaya kepada gurauan hana.
"Ish kau ni. Aku gurau je lah. Kau kan pelupa. Macam nenek-nenek. 😂 nah, hadiah untuk kau. Bukaklah" kata hana sambil menghulurkan bungkusan hadiah.Arra mengambil bungkusan itu dengan senyuman yang besar sampai ke telinga
"Ni, aku punya ?" Tanya arra. Hana hanya mengangguk kecil.
Dengan seyuman yang besar sampai telinga itu, arra membuka bungkusan hadiah itu dengan berhemah."Koyak je lah.. lambat sangat" kata hana.
"Tak nak. Aku kenelah hargai pemberian orang kat aku." Kata arra.Akhirnya lapisan kertas hadiah itu, dapat dibuka. Kotak hadiah itu berwarna merah. Perlahan-lahan, arra membuka kotak itu, alangkah terkejutnya arra. Kandungan hadiah itu ialah seutas rantai yang sangat cantik dan berkilauan.
"hana.. aku tak boleh terima ni. Mahal sangat." Kata arra.
"Ala.. bukan mahal pun. Ni bukan ori la" kata hanaHana terpaksa berbohong supaya arra dapat menerima hadiah itu. Ianya merupakan rantai ori yang mahal.
"Betul ?" Tanya arra
"Iye la kakakku yang comel la sangat" kata hana😂😂😂
"Terima kasih" kata arra
"Sama-sama" kata hana.Perbuatan mereka itu, diperhatikan oleh melliesa yang mencemburi mereka.
Tak lama selepas itu, firash mendekati pasangan kembar itu."Hai arra.. hana" sapa firash
"Hai." Jawab hana ringkasFirash naufal merupakan jejaka idaman hana batrisha
"Korang berdua, ada buat apa-apa tak ?" Tanya firash
"Hari ni ?" Tanya arra
"Eh tak. Maksud aku, selepas balik sekolah" kata firash.
"Tak. Kenapa ?" Kata arra
"aku ingat nak ajak korang berdua pergi tempat game kat mall yang baru bukak tu. Jangan risau. Aku belanja" kata firash
"Hm.. saya pergi kalau hana pergi" kata arra sambil memandang hana.hana menyiku arra.
"Arra..." bisik hana
"Jom la arra. Aku belanja" kata firash.
"Hm.. yelah yelah" akhirnya hana mengalah.
"Ok. Balik nanti jumpa aku kat depan sekolah tau. Bye." Kata firash kemudian berlalu pergi.Sebaik sahaja firash pergi, muka hana jadi merah kerana malu.
"Seronok la kau. Dapat main game dengan firash" kata arra
"Eh kau kan ada" kata hana
"Jangan risau. Nanti aku akan jalan kat belakang. Taknak la kacau korang berdua nanti😂" kata arra mengusik hana
"Tak payah la. Malu lah aku nanti" kata hana
"Ala.. malu tapi mahu. Mengaku jelah😂" kata hana.Semakin merah muka hana jadinya dengan gurauan hana.
"KEJAMNYAA KAU !! 😡" kata hana sambil memukul bahu arra. Arra hanya ketawa dengan perangai hana yang manja.
-waktu balik-
Satu kelas menjadi kosong. Yang tinggal hanyalah melliesa, hana dan arra.
Melliesa mendekati arra sambil meneluk tangan.
"Happy birthday, arra" kata melliesa.
"Te-terima kasih" kata arra
"Hari ni, hari kau. Tak lama lagi, hari 'orang' tu pulak" kata melliesa sambil memandang hana."Tak lama lagi, birthday hana" kata arra
melliesa dan hana kedua-duanya membisu.
Hana tidak tahan lagi dengan kata-kata manis yang palsu yang keluar dari mulut melliesa. Cepat-cepat, dia menarik tangan arra dan keluar dari kelas itu. Kebetulan juga, hana dan arra 'sibuk' pada hari itu.
Dari jauh, melliesa hanya tersenyum jahat berharap supaya racangannya kali ini berjaya sekali lagi.
Kejam sungguh senyuman melliesa itu..
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...