Perlahan-lahan firash melangkah masuk ke dalam wad yang dikhaskan untuk arra seorang sahaja. Firash kini berdiri betul-betul di sebelah katil yang menempatkan arra yang masih lagi tak sedarkan diri. Wajah arra dipandang sayu oleh mata firash yang masih lagi merah dan berkaca.
Di fikirannya, terbayang-bayang kata-kata arra yang menunjukkan dirinya kuat.
"Kenapa muka kau pucat ? Kau sakit ke ?" Tanya firash.
"Pucat ? taklah. Aku penat sangat kot" kata arra."Terima kasih sebab risaukan aku, tapi aku boleh jaga diri aku sendiri" kata arra.
Kata-kata arra itu bermain di ruang fikirannya. Gadis itu seolah-olah tidak mahu orang lain merasai penderitaam yang dihadapi olehnya. Bekal makanan yang dimasak oleh arra untuk hana diletakkan di atas meja dan dipandang oleh firash.
Lagi sekali, kata-kata arra bermain di fikirannya.
"Hana tu, bagaikan adik aku. Tugas seorang kakak ialah.. bersama dengan adiknya setiap masa..."
Kata-kata arra itu masih jelas di ruang fikiran firash. Sanggup hana membiarkan arra berdepan dengan penyakit yang berbahaya seorang diri. Apakah tugasnya sebagai seorang sahabat sedangkan dia tiada di samping arra di saat arra memerlukannya.
Akhirnya firash terfikirkan sesuatu. Dia kembali keluar dari bilik itu dan berjumpa dengan sofie dan sofia.
"Firash.." panggil sofie.
"korang baliklah.. biar aku jaga arra hari ni. Tolong maklumatkan kat cikgu yang aku tak datang esok sebab.. jaga ahli kelurga kat hospital." Kata firash tanpa memandang sofie dan sofia.
"Esok kitaorang datang balik.." kata sofie.Sofie dan sofia membuka langkah perlahan untuk pulang. Tiba-tiba nama sofie dipanggil oleh firash.
"Sofie.."
Langkah sofie terhenti dan sofie memusingkan badannya menghadap firash.
"Tolong.. bagitau hana tentang hal ni.."
Kata firash. Sofie memandang firash dengan muka yang serba salah. Perlukan hana tahu tentang ini selepas apa yang dilakukan kepada arra ? Akhirnya sofie hanya mengangguk perlahan walaupun dia tak setuju dengan cadangan firash. Selepas itu barulah sofie dan sofia menyambung semula langkahnya dan semakin lama, mereka semakin hilang dari pandangan mata firash.
Selepas kelibat si kembar hilang dari pandanganya, firash kembali ke bilik bagi memeriksa keadaan arra.
Semalaman firash berjaga bagi menjaga arra. Dirisaukan jika arra sedar apabila dia sedang lena tidur. Lagipun, bagaimana dia nak tidur lena apabila setiap saat dia terfikirkan keadaan arra, penderitaan yang harus ditanggungnya seorang diri.
Namun, firash hanyalah manusia biasa yang memerlukan rehat dan tidur malam. Akhirnya firash tewas dan tertidur di sebelah katil arra.
- - - - - - - - -
Keadaan kelas itu kecoh apabila mengetahui yang arra tidak hadir ke sekolah. Masing-masing tidak menunjukkan minat ingin mengetahui sebab ketidakhadiran arra terutamanya hana.
"Budak kotor tu dah tak datang. Agaknya teruk juga dia dibuli semalam." Kata salah seorang budak perempuan dalam kelas itu.
"Biarkan. Biar dia rasa !" Kata perempuan yang membuli arra semalam.Perbualan itu didengar oleh hana dengan jelas tapi dia hanya membiarkan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan.
Dari mula pembelajaran sehingga rehat, hana langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan dari mulutnya. Waktu rehat pula, dia memilih untuk duduk sahaja di kelas. Melliesa pula hilang entah ke mana.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...