bab 9

62 7 1
                                    

Ini ialah malam terakhir mereka tidur di homestay itu. Arra yang sedang tidur berasa yang tekaknya gatal. Pada mulanya arra hanya minum air. Tp ianya tidak berkesan. Lama kelamaan di terasa nak muntah. Cepat cepat arra menuju ke tandas. Tapi perbuatannya itu telah menyebabkan hana terkejut jaga.

Pintu tandas dikunci supaya hana tak dapat masuk. Hana mengetuk-getuk pinty tandas sambil memanggil nama arra.

"Arra ! Arra ! Kau ok tak ?! "

Tapi semua itu tidak dilayan sebaliknya arra segera muntah. Muka arra bertambah takut kerana muntah yang dikeluarkan ialah muntah darah. Walaupun sikit, tapi arra percaya itu ialah darah. Arra jadi panik. Tambahan pula hana asyik ketuk pintu. Risau akan ibu bapa hana akan terjaga. Cepat2 arra membersihkan muntahnya supaya tidak diketahui oleh hana. Kemudian arra membuka pintu.

"Arra, kau ok tak ?"

"Aku.. aku.."

"Tadi tu kenape ?"

Arra terdiam memikirkan apa alasan yang nak diberi kepada hana.

"Aku... aku basuh kaki tadi. Sebab.. aku tak boleh tidur tadi 😅" kata arra
"Kalau ye pon, tak payah la kunci pintu. Buat aku risau je. Haih.." nada suara hana serius.
"Dah dah.. jom kita masuk tidur balik ye.. " kata arra sambil menarik hana ke katil.

Hana dapat rasakan ada sesuatu yang arra sorokkan daripadanya tapi dia tak dapat meneka. 

                          - - - - - - - -

Kini, tibalah hari untuk mereka pulang. Semua org sibuk mengemas barang untuk masuk ke dalam kereta.

Selepas melakukan 'double check', mereka masuk dalam kereta dan memulakan perjalanan.

Sepanjang perjalanan, arra asyik pegang tisu. tapi hana berfikiran baik, mungkin arra panas dan berpeluh. Keadaan dalam kereta itu memang sunyi bagaikan kenduri arwah. Tiada sesiapa  berani mengeluarkan suara. Hanya kedengaran bunyi radio sahaja.

Sekali2 , ibu hana ada juga memandang ke belakng bagi memeriksa keadaan si kembar. Tapi kedua-duanya diam seribu bahasa bagai dipinang jejaka tampan.

Tiba-tiba arra batuk. Arra meletakan tisu yang dipegang tadi ke mulut. Dan mendapati ada darah sedikit di tisunya. Cepat2 arra mengelap mulutnya dan membuang sampah tisu itu ke luar.

"Arra, kau ok tak ?" Tanya hana.
"Ha ? Ok. Aku ok je" kata arra.
"Aku bosan la.. " kata hana kebosanan.
"Haih.. aku pon.." kata arra.
"Jom main s.o.s ?" Pelawa hana.
"Boleh jugak" kata arra.

Keadaan dalam kereta itu kembali meriah dengan permainan di kembar. Tapi, tak lama kemudian, kedua-duanya tertidur kerana kepenatan.

Setelah dua jam di dalam kereta, mereka tiba di hadapan rumah hana. Pada mulanya, keluarga hana ingin menghantar arra depan rumahnya, tapi dihalang oleh arra dengan alasan jalan ke rumahnya tak boleh dilalui oleh kereta kerana jalan masih dibaiki.

arra pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki. Sampai sahaja, dia terus tidur kerana kepenatan.

                            - - - - - - -

-keesokkan harinya-

Arra yang baru pulang daripada hospita itu terduduk di sofa rumahnya.

Di fikirannya terbayang apa yang dikatakan oleh doktor tadi.

-tadi di hospital~

Arra duduk di kerusi berhadapan dengan doktor. Doktor sibuk menganalisa data perubatan arra.

"Setelah kita lakukan ujian darah tadi, saya dapati ada sel kanser dalam darah awak." Kata doktor dengan serius.
"Kanser apa doc ?" Tanya arra.
"Buat masa ini, saya tak dapat pasti kanser apa kerana selnya baru nak membiak. Adakalanya ialah boleh jadi kanser dan adakalanya ianya hanyalah sakit biasa sahaja" terang doktor.
"Bahaya ke doc ?" Tanya arra lagi.

Doktor diam membisu.

"Boleh terangkan apa yang awak asyik alami kebelakangan ini ?" Kata doktor.
"Kebelakangan ni, saya selalu ada pendarahan kecil di hidung dan semalam saya ada munta darah tapi tak banyak. Saya pon kerap pening" terang arra.
"Pada pendapat saya, mungkin ianya sakit biasa. Mungkin cuaca panas. Tapi, ianya terserah kepada Allah. " kata doktor.

~~~~~~~~~

Arra mengenangkan nasibnya. Kalau ianya hanyalah sakit biasa, dia tak kisah. Tapi, kalau ianya kanser ?  Arra berharap sangat ianya hanyalah sakit biasa sahaja.

                           - - - - - - - -

Pejam celik pejam celik, hari ini persekolah bermula seperti biasa.

Pagi2 lagi arra bergerak ke rumah hana. Ianya telah menjadi salah satu daripada salah satu rutin harian arra. Hari ini, arra berpura2 sihat walaupun sebenarya dia sakit.

Mereka berdua berjalan menuju ke sekolah bersama-sama.

-di kelas-

Memandangkan hana dan arra duduk bersebelahan, ianya memudahkan mereka bagi berbual-bual. Keadaan kelas teramatlah bising.

Tiba-tiba seorang murid menerjah masuk ke kelas dan menjerit.

"Woy ! Cikgu datang !"

Kelam kabut semua duduk di tempat masing-masing.

Hana mengeluarkan buku untuk dibaca manakala arra hanya memandang ke hadapan.

Cikgu menlangkah masuk bersama seorang murid perempuan. Semua pelajar berbisik mengenai pelajar itu. Semua memandang murid itu kecuali hana kerana khusyuk membaca.

"Selamat pagi cikgu " pelajar
"Selamat pagi. Duduk" cikgu.

Hana masih lagi dengan pembacaannya.

"Pelajar, hari ini kita ada murid baru. Kenalkan diri" cikgu.

"Selamat berkenalan. Nama saya...

  Melliesa karlisha.."

Hana memberhentikan bacaannya dan terkejut melihat pelajar baru itu.



Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now