Disarankan untuk bukak lagu sedih sepanjang bab ni dibaca yaa dan untuk bab yang seterusnya juga.. ☆\(^ω^\)
_______________________________________Semua pelajar tingkatan 5 sudah pun bersedia untuk menghadapi peperiksaan spm pada hari ini. Separuh daripadanya sudah bersedia, separuh lagi ketakutan kerana ini merupakan masa depan mereka.
Hana melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan. Tempat duduk yang ditetapkan untuk arra yang kosong dan tak berpenghuni langsung tak dipandang oleh hana. Baginya, dia perlu fokus untuk spm. Lagipun, dia sudah tak kisah tentang arra lagi.
Sofie, sofia dan firash juga bersemangat untuk menduduki spm pada hari. Setelah penat mengulangkaji pelajaran, inilah masanya untuk mereka menentukan masa depan mereka.
Berlalulah 30 hari mereka menduduki spm dan digelar sebagai pelajar lepasan spm. Kesemua pelajar gembira kerana tak perlu menduduki peperiksaan lagi termasuk hana dan melliesa. Namun disebalik kegembiraan itu, ada insan yang berduka.
Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, firash terus menghilangkan diri. Sofie dan sofia faham dengan keadaan firash apabila mengetahui arra semakin tenat. Sofie dan sofia perlu cepat mencari hana, sebelum semuanya terlambat.
Tepat jangkaan mereka, hana sedang berborak dengan melliesa di kantin. Sofie dan sofia mendekati hana.
"Hana.."
Panggil sofie. Apabila mendengar namanya dipanggil, hana menolehkan kepalanya ke arah suara yang memanggilnya.
"Boleh kita bercakap.. berdua.."
Kata sofie. Hana bangun dari tempat duduknya dan mengikuti langkah sofie menuju ke tepi tangga dimana tiada langsung pelajar di situ.
"Apa dia ? Cepat sikit. Aku tak ada masa ni.." kata hana.
"Buat kali terakhir.. datanglah jumpa arra.." kata sofie.
"Lagi sekali ?! Kan aku dah cakap aku taknak dengar nama dia lagi, kau tak faham ke ?! Kalau dia nak jumpa aku, suruhlah dia jumpa aku. Aku tak ada masa nak pergi kat dia." Marah hana.Hana menolehkan badanya untuk meninggalkan sofie bersendirian..
"Arra sakit tenat !" Jerit sofie.
Serta merta langkah hana terhenti. Dia memusingkan semula badanya menghadap sofie.
"Apa.. apa kau cakap.. " mata hana sudah mula menunjukkan ingin menitiskan air mata.
"Arra menghidapi kanser leukimia tahap 4. Dia dah tak ada masa lagi.. dia cuma berharap dapat jumpa kau.. sebelum dia pergi.. " kata sofie.
"Tipu.. semua ni TIPU ! kalau betul, kenapa dia tak pernah bagitau aku sedangkan kitaorang kawan baik. Kenapa !" Akhirnya airmata hana gugur juga.
"Sebab dia taknak kau sedih.. dia taknak kau risaukan dia. Dia nak kau duduki spm dengan tenang tanpa perlu risaukan dia.." kata sofie.Sofie menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Ada benda yang kau perlu tau.." kata sofie sambil menghulurkan telefon bimbitnya yang menunjukkan video melliesa sedang mencuri duitnya dan memasukkannya dalam beg arra. Hana terkejut. Makin banyak air matanya yang mengalir. Terlalu banyak dosanya kepada arra.
"Arra tak curi duit kau. Aku ada tunjuk video ni kat arra tapi arra pesan jangan tunjuk kat kau. Sebab dia taknak kau dengan melliesa bergaduh.. dalam masa yang sama, korang pulak bergaduh. Tapi dia mengalah, dia biarkan kau pilih melliesa.. kau beruntung.. sebab ada dia.. tapi kau.. apa kau buat ? Kau diamkan diri masa dia dicaci, dihina, dikutuk oleh rakan kelas dia.. mana tanggungjawab kau sebagai sahabat ?! Di mana kau.. semasa dia perlukan kau.. ?!" Kata sofie dengan airmata yang berguguran.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...