bab 21

79 7 2
                                    

Arra diminta untuk berjumpa dengan guru disiplin. Apakah nasibnya. Dia langsung tidak bersalah, tapi kenapa dia harus dihukum.

"Arra, betul awak yang mencuri duit hana ?" tanya guru disiplin dengan nada serius. Arra hanya memandang ke lantai dengan mata berkaca. Lalu dia menggeleng perlahan.

"Habis tu, macam mana duit hana boleh ada dalam beg awak ?" Tanya guru disiplin lagi.
"Saya.. saya tak tahu.." kata arra.
"JANGAN BERBOHONG !" marah guru displin. Pada saat itu, kepala arra terasa berat. Separuh pandangannya kabur.
"Sa..ya.. saya.. tak.. men..curi.." kata arra dengan nada yang ingin menangis.

Akhirnya guru disiplin berputus asa kerana arra enggan mengaku kesalahannya.

"Haih.. baiklah. Saya lepaskan awak kali ni. Tapi ingat, saya akan terus memerhatikan awak. FAHAM !" marah cikgu disiplin lagi. Arra sekadar mengangguk.
"Awak boleh keluar.." kata cikgu disiplin.

Dengan langkah yang perlahan, arra keluar dari bilik guru. Sofie, sofia dan firash sedang menunggu arra di hadapan bilik guru. Arra memandang satu per satu wajah mereka dengan pandangan sayu dan berlalu pergi.

"Arra.."

Panggilan sofia itu langsung tidak dilayan oleh arra, sebaliknya terus pulang ke kelas. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Pasti ramai murid kelasnya makin mengutuknya.

Sampai sahaja di kelas, semua pelajar mengasingkan diri mereka daripada arra termasuklah hana. Hana juga telah menukar tempat semula. Bukan di sebelah arra tapi di sebelah melliesa.

Perlahan-lahan arra menghampiri hana.

"Hana.." panggil arra tapi panggilan itu langsung tidak dijawab oleh hana sebaliknya hana mengalihkan pandanganya ke tingkap.

Menyaksikan tingkah laku hana tadi, arra faham bahawa hana telah seratus peratus membencinya. Tak mungkin hana akan menerimanya lagi. Arra kembali ke tempat duduknya dengan perasaan yang sedih. Dari luar kelas, sofie , sofia dan firash hanya menyaksikan arra dipulaukan oleh rakan kelasnya.

Arra dapat mendengar apa yang dikatakan oleh rakan kelas terhadap dirinya.

'Ee, dah lah miskin. Mencuri pula tu'

'Muka pucat tu mesti hisap dadah'

'Mencuri untuk beli dadah la tu'

'Perempuan pengotor'

'Budak macam tu memang layak tak ada kawan'

'Pergi mati jelah'

'Kau tak layak ada dalam kelas ni'

'Pengotor'

'Mencuri'

'Penagih dadah'

Segala kata cacian dilotarkan kepada arra. Sumpah memang bukan dia yang mencuri dan dia bukan penagih dadah. Mulut manusia, memang tak boleh ditutup. Dia hanya berharap supaya masa berlalu dengan cepat supaya dia dapat pulang ke rumah.

~~~~

Tibalah saat yang dinantikan oleh arra untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, arra berjumpa dengan hana untuk menjelaskan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Hana.. dengarlah dulu. Aku tak bersalah. Bukan aku yang mencuri duit tu.." pujuk arra. Hana langsung tidak megeluarkan suaranya walaupun sepatah perkataan sebaliknya hana berlalu pergi bersama melliesa.

Rakan kelasnya yang lain hanya ketawa menyaksikan arra ditinggalkan oleh hana.

"Weyh budak kotor !, orang macam kau tak layak berkawan. Pergi mati jelah !" Kata salah seorang perempuan dalam kelasnya. Pelajar lain hanya ketawakannya.
"Kalau aku jadi kau, dah lama aku bunuh diri sebab malu jadi penagih dadah." Kata perempuan itu lagi.

Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now