Hari ini ialah hari ahad. Hujung minggu. Arra mengambil keputusan untuk duduk berehat di rumah sahaja.keadaan rumah arra sangat sunyi. Ini kerana arra tinggal seorang diri. Setiap bulan, ibunya dari kampung akan mengirimkan wang untuk kegunaan harian arra.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Tuttt..tutt..
Terpampar di skrin telefonnya nama hana. Dia kembali tersenyum.
"Hello ?" Arra
"Kau buat ape tu" hana
"Tak ada apa-apa." Arra
"Kau ade buat apa-apa tak hari ni ?" Tanya hana
"Tak ada kot. Kenapa ?" Tanya arra.
"Datang rumah aku boleh. Aku ade bende penting nak cakap dengan kau ni" nada suara hana serius
"Ha ? Kenape tak cakap kat telefon je" tanya arra
"Sebab.. parents aku pon nak cakap dengan kau. Datang tau." Kata hana lalu matikan talian. Belom sempat arra membalas, hana dah matikan talian. Nampaknya mesti ade hal yang penting.- - - - - - - -
-Di depan rumah hana-
Belum sempai arra menekang lonceng, pintu rumah hana dah terbuka.
"Sampai pun. Cepat sini" kata hana lalu menarik tangan arra
"Eh.." arra hanya mampu merelakan tangannya ditarik. Mereka berlari anak hingga ke ruang tamu rumah hana. Di ruang tamu itu, ibu bapa hana sedang menantikan ketibaan arra."Sampai pun kamu arra" kata ayah hana dengan suara yang tegas tapi lembut.
"Maaf menganggu" kata arra menghormati orang tua.
"Jemput duduk, arra" pelawa ibu hana. Hana menarik tangan arra dan duduk di sofa. Ibu bapanya hanya tersenyum memandang gelagat mereka."Arra, cuti seminggu ni, arra ade buat apa-apa tak ?" Tanya ayah hana
"Rasa.. tak ada" kata arra
"Sebenarnya, kami nak ajak arra pergi bercuti di homestay kami di tepi pantai. " jelas ibu hana
"Ikut laa.. kesian aku tau.." pujuk hana.
"Kamu jangan risau, duit belanja, dan makanan kami yang akan tanggung" kata ayah hana.Arra masih lagi mendiamkan diri.
"Ikut la.." hana masih lagi memujuk.
"Kalau hana satuju, saya pon setuju" kata arra sambil memandang hana. Hana bersorak kegembiraan. Ibu bapa hana menarik nafas lega."Arra, boleh bagi kami nombor telefon ibu bapa kamu. Supaya kami boleh maklumkan kepada mereka" kata ibu hana.
"Kalau yang tu... saya yang akan uruskan" kata arra.
"Kitaorang pergi esok tau" kata hana. Arra hanya angguk kecil.Kemudia mereka berborak-borak kosong. Arra yang pada mulanya segan, kini menjadi semakin mesra dengan keluarga hana.
- - - - - - - -
-Malam itu di rumah arra-
Arra sedang mengemas pakaian yang hendak dibawa untuk bercuti. Ini kali pertama arra mengikut keluarga hana pergi bercuti. Baru dia teringat yang dia belum memberitahu ibunya tentang esok. Serta merta dia mencapai telefonnya dan menghubungi ibunya.
Keluarga arra berpecah belah sejak bapanya mula terlibat dengan dadah. Kini, bapanya telah menghilangkan diri dan ibunya tinggal bersama neneknya di kampung. Neneknya sememangnya tidak menyukai arra kerana arra ialah anak yang lahir daripada ibu bapanya yang kawin lari. Pada mulanya, ibu arra ingin membawa arra pulang ke kampung sekali. Tetapi dihalang oleh neneknya. Dengan alasan "di kampung ni tiada sekolah untuk arra. Arra perlu sekolah di bandar." Kerana itulah arra tinggal seorang diri. Namun, ibunya tetap mengirimkan wang untuk kegunaan harian arra.
Ibunya juga mengetahui tentang hana, kawan baik arra. Mereka berbual panjang kerana lama tak berjumpa. Selepas mendapatkan kebenaran ibunya, arra mematikan talian. Dan seperti biasa dia mencatat di buku ungu dan kemudian dia masuk tidur.
- - - - - - - -
Pagi-pagi lagi arra sudah bersiap untuk ke rumah hana. Pada mulanya hana ingin menjemputnya, tapi di halang oleh arra.
Tanpa bersarapan, arra menuju ke rumah hana dengan beg kecilnya.
Setibanya di hadapan rumah hana, arra lihat keluarga hana sedang mengemas barang di dalam kereta. Perlahan-lahan arra mendekatu keluarga hana.
"Maaf menganggu" arra
"Sampai pon kamu. Tepat pada masanya. Kami tengah kemas barang ni. Bagi sini beg kamu" kata ibu hana.Belum sempat arra mengeluarkan suara, hana dah mengambil begnya dan menyerahkan kepada ibunya.
"Ok. dah siap." Ayah hana menarik nafas lega.
"Arra, kamu dah sarapan ?" Tanya ibu hana.
"Dah, aunty" arra terpaksa berbohong supaya tak menyusahkan keluarga hana. Tapi pembohongan arra terbongkar apabila perutnya tiba-tiba berbunyi.~Gruuu~
Semua memandang ke arah arra. Arra menahan malu.
"Nampak sangat kau belum makan kan😂" kata hana sambil ketawakan arra.
"Arra, jangan malu-malu. Jom sarapan dengan kami" pelawa ibu hana.
"Baik aunty.." kata arra dengan malu.Ini kali pertama arra bersarapan di rumah hana jadi dia rasa agak kekok sikit. Sepanjang mereka bersarapan, hana asyik meletakkan makanan di dalam pingan arra. ibu bapanya hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Setelah selesai, mereka menuju ke kereta dan memulakan perjalanan. Keadaan di dalam kereta itu sangat meriah. Macam-macam yang mereka borakkan. Ada gurauan dan ketawa dengan gelagat 'si kembar'.
Tiba-tiba lagu 'arigatou' yang dinyayi kan oleh kokia didendangkan di radio.
"Sedap la lagu ni" arra memuji lagu.
"aku suka lagu ni sebab maksud lagu ni mendalam" kata hana
"Maksud kau ?" Tanya arra
"kalau kau nak tau, lagu ni pasal sahabat. Dia kata 'kalau saya jumpa kamu lagi, saya akan cakap terima kasih'. Seolah-olah macam dia akan pergi" terang hana
"Ouh.. macam kitalah kan." Kata arra.
"Kenape pula ?" Tanya hana
"Yela.. mungkin aku akan pergi. Jadi aku nak ucapkan terima kasih kat kau" kata arra
"Kau nak pergi mane ? Kau nak tinggalkan aku sesorg ? Sampai hati kau kan.." kata hana seolah-olah merajuk.
"Tak.. mane boleh aku tinggalkan kawan baik aku yang dah banyak berjasa pada aku ni" kata arra sambil melagakan sikunya dengan siku hana.
"Kau jangan cakap pasal nak tinggalkan aku lagi tau. Kalau tak, aku tak nak kawan kau" kata hana merajuk.
"Yela.. aku janji" kata arra meletak kepalanya di bahu hana.Hana merasakan ade yang pelik dengan arra. Tapi hana berfikiran baik. Mungkin itu hanyalah gurauan daripada arra.
Nasib baiklah masa itu, ibubapa hana tidak mendengar apa yang dibualkan oleh mereka berdua.
Disebabkan perjalanan yang masih jauh dan mengambil masa yang lama, kedua-dua pasangan kembar itu telah pon tertidur di separuh jalan.
Ibu hana yang perasan yang si 'kembar' tak lagi buat bising, memandang ke tempat duduk belakang dan ternampak yang hana dan arra telah tetidur. Ibu hana tersenyum sendiri kemudian memandang ke depan semula.
Tak lama selepas itu, arra terasa seperti ada cecair yang turun dari hidungnya. Cepat-cepat arra mengelap cecair itu dan terkejut bila dapat tahu yang cecair itu merah. Ianya ialah darah. dengan cepat arra mengambil tisu poketnya dan mengelap hidungnya.
Disebabkan arra terlalu banyak bergerak, hana telah terjaga dari tidurnya dan ternampak arra memegang hidungnya dengan tisu.
"Arra ? Apa yang kau buat tu ?" Kata hana yang masih mamai. "Eh ? Bu-buat ape ?" Kata arra seolah-olah tidak mengerti apa yang dikatakan oleh hana. "Kenape dengan hidung kau tu ?" hana terangkan dengan lebih terperinci
Arra sibuk memikirkan alasan untuk soalan hana tadi. "Aku.. aku.. oh tadi.. hidung aku ada hingus. Tu yang aku lap ni" kata arra.
"Eeee hingus😂" hana mengetawakan arra. Arra pula senyum sumbing.
Tiba-tiba ibu hana menyampuk."Kenapa ni ? " tanya ibu hana. "Hidung arra, mama. Ada hingus😂" kata hana yang masih lagi ketawakan arra. Kelihatan ibu hana pon ingin ketawa tapi ditahan. Arra terpaksa menahan malu.
"Arra, kamu nak tisu ?" Tanya ibu hana. "Tak apa aunty. Saya dah ade ni" kata arra sambil menunjukkan tisu poketnya. "Kalau tak cukup, mintak tau. Jangan buang sampah merata rata." Pesan ibu hana. Arra mengangguk kecil.
_______________________________________
Sorry dah seminggu tk update. Busy ngn sekolah and homework. Student's life, always busy dngn homework😂
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...