bab 19

63 7 2
                                    

Melliesa berlari anak ke rumah hana, kononnya membawa berita tergempar. Biadap betul melliesa, masuk ke rumah orang tidak memberi salam. Terus masuk seolah-olah itu rumahnya.

"Aunty, mane hana ?" Tanya melliesa.
"Hana ada dalam bilik" kata ibu hana.
"Okay thanks aunty. Kalau ada air, bawaklah ke bilik hana. Hauslah.. " kata melliesa terus ke bilik hana. Belum sempat ibu hana memberikan kebernaran, melliesa sudah pergi dulu. Sudahlah datang tak diundang, sesuka hati menyuruh orang pula. Sememanya ibu hana kurang berkenan dengan peragai melliesa yang biadap itu.

Sudahlah masuk rumah sesuka hati, masuk bilik orang tanpa izin pula. Memang biadap !

"Kau ni mell, tak reti ketuk dulu sebelum masuk ke ?!" Marah hana.
"Dah tak ada masa nak ketuk-ketuk, aku ada berita penting ni" kata melliesa.
"Arra dulu boleh je ketuk dulu sebelum masuk. Arra.." entah kenapa hana tersebut nama arra. Mungkin rindu agaknya.
"Haih.. tak payah la nak sebut-sebut nama dia. Kau tau dia buat ape belakang kau ?" Kata melliesa.
"Buat ape?" Tanya hana. Melliesa mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar yang diambilnya tadi kepada hana. Senyuman jahat jelas terpampar di bibirnya.

"Mane kau dapat gambar ni ?" Tanya hana bagaikan tak percaya.
"Tadi, aku saja je shopping. Aku nampak dorang berdua sambil pegang cincin macam tu. Bukan main mesra lagi. Sahabat yang baik ke si arra tu. Dia tu perampas je. Memang talam dua muka. Depan orang, pijak semut pon tak mati. Belakang.. serupa syaitan." Kata melliesa.

Hana hanya terdiam memandang gambar itu. Perasaan rindu tadi kini bertukar menjadi perasaan benci dan iri hati.

"Ambil la balik, aku dah tak nak cakap apa-apa pasal arra walaupun dia mati sekalipun." Kata hana.
"Betul tu, baik kau fikir pasal birthday kau. Lagi beberapa hari je kan ? Kau kenelah buat majlis yang mewah" kata melliesa.
"Mama dengan papa takkan benarkan aku buat yang mewah." Kata hana.
"Kau kan satu-satunya anak dorang. Apa salahnya." Kata melliesa.
"Hm.. betul jugak kan. Nanti kau kene tolong aku. Aku nak orang yang ada kad jemputan je boleh datang" kata hana.
"nak bagi kat arra ke kad tu nanti ?" Tanya melliesa.

Hana terus terdiam bagaikan terfikirkan sesuatu. Apakah jawapan hana ? Ye ? Atau tidak ? Hana hanya terdiam. Melliesa menganguk tanda setuju.

"Kau anggap sebagai tak, okay ?" Kata melliesa.

Kejam betul melliesa. Tiada hati dan perasaan betul. Bukankah memutuskan tali silaturahim yang terbina itu berdosa.

                        - - - - - - - - - -

Hari itu merupakan hari sabtu, dimana ianya merupakan hari bagi arra untuk berehad. Namun, dia menggunakan masa yang ada untuk berkerja di kedai roti. Keadaan kesihatan arra semakin teruk. Hidungnya kerap mengalami pendarahan kecil dan rambutnya semakin nipis. Arra juga telah berhenti mengambil ubat dari hospital kerana kekurangan wang.

Cuaca yang panas menyebabkan langkah arra terasa perlahan. Perlahan demi perlahan, akhirnya arra sampai di hadapan kedai. Kelihatan si kembar dan firash sedang berborak sambil menikmati roti yang lazat. Baru arra hendak membuka langkah untuk menghampiri mereka bertiga, tiba-tiba arra pengsan..

"ARRA !"

                          - - - - - - - - -

Arra membuka matanya perlahan dan melihat suasana sekeliling seperti dia mengenali suasana tersebut. Ianya merupakan biliknya sendiri. Bagaimana dia boleh berada di biliknya ? Arra terdengar bunyi seperti seseorang sedang memasak di dapur. Pelik ? Siapakah yang memasak. Bukankah arra tinggal bersendirian. Arra menguatkan diri untuk bangun dan melihat siapa yang memasak di dapur.

Sampai sahaja di dapur, arra terkejut. Rupanya yang memasak adalah firash.

"Arra, kau dah sedar pon. Tadi kau pengsan depan kedai. Lagipun cuaca panas ni kan ?" Kata firash.
"Apa kau buat kat sini ? Kita berdua je. Nanti kena tangkap basah pulak." Kata arra.
"Mana ada kita berdua. Sofie ngn sofia pon adalah. Tu.." kata firash menunjuk ke arah sofie dan sofia yang sedang mengemas rumah arra.
"Baik kau rehat dulu. Kau lemah lagi ni" kata firash.
"Aku.. aku..  okay..." kata arra tiba-tiba hendak rebah, mujuk firash cepat menangkap arra sebelum arra terjatuh.

Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now