bab 18

53 7 0
                                    

Sebulan telah berlalu. Hubungan persahabatan antara arra dan hana bagaikan langit dan bumi. Langsung tak bertegur. hana juga telah menukar kedudukannya disebelah melliesa. Keadaan kesihatan arra juga semakin merosot. Tiada sesiapa yang ingin berkawan dengan arra kerana melliesa menfitnah arra dengan pelbagai perkara palsu.

Kata melliesa, muka arra pucat kerana arra menghidap dadah. Tambahan pula, badanya kurus dan tak bermaya. Padalah, arra bukanlah menghisap dadah tapi mengalami penyakit leukimia. Namun, tiada seorang daripada murid di kelasnya yang tahu tentang penderitaan yang dihadapi oleh gadis yang bernama arra humairah itu.

Arra hanya membisukan diri apabila difitnah dan dicaci oleh rakan sekelasnya. Arra hanya membiarkan hana dan melliesa bersama walaupun arra sangat cemburu melihat mereka bersama. Siapa saja yang tak cemburu melihat sahabat sendiri rapat dengan orang lain berbanding diri sendiri.

Hana juga bukanlah seperti hana yang dulu. Hana yang dulu sorang yang lemah lembut, baik hati, penyayang, sopan dan manja. Kini, hana menjadi semakin liar sejak berkawan dengan melliesa. Benarlah kata orang, kita hendaklah bijak memilih kawan.

Rutin harian arra kini hanyalah ke sekolah, dan ke kedai bagi kerja dan pulang ke rumah.

                          - - - - - - - -

Cuaca yang sangat baik untuk arra ke sekolah. Seperti biasa, dia perlu memekakkan telinganya dengan segala kutukan dan cacian rakan sekelasnya. Dia hanya berharap, masa dapat berlalu dengan pantas.

Selepas tamat waktu persekolahan, arra ke kedai roti seperti biasa. Sejak arra berkerja di situ, arra semakin rapat dengan firash. Entah bagaimana, arra seperti menyimpan perasaan terhadap firash.

Pada hari itu, tak ramai pelangan yang datang. Puan sarah juga tiada kerana ke klinik. yang ada hanyalah firash dan arra yang menjaga kedai.

Sedang arra mengelap meja yang tidak kotor, dirinya disapa oleh seseorang.

"Arra~♡"

Arra seperti mengenali suara gadis itu. arra memusingkan kepalanya ke arah suara itu. Betul sangkaannya, suara itu milik sofia, seorang budak yang sangat manja.

"Sofia, buat apa kat sini ?" Tanya arra. "Hehehe.. nak makan rotilah, takkan nak beli baju kot. Hehe" kata sofia dengan manjanya.
"Kau ni sofia, tak payah la gedik sangat. Menyampahlah.." kata sofie.
"Biarlah.. hump !" Marah sofia.

Arra hanya tersenyum melihat gelagat pasangan kembar seiras di hadapannya. Si kakak, sofie seorang yang matang dan tegas. Si adik, sofia seorang yang manja dan ceria.

"Kau kerja sini ke ?" Tanya sofie. " ye.. kenapa ?" Kata arra. "Eh ? Kenapa muka kau pucat sangat ni ?" Tanya sofia.

Arra memegang mukanya.

"Aku.." belum sempat arra menghabiskan ayatnya, firash muncul di sebelahnya.

"Hai sofie, sofia. Lama korang tak datang. Nak order ape ? Macam biasa ea ?" Kata firash.
"Yupp. Macam biasa~" kata sofia. "Okay, korang duduk dulu." Kata firash.

Sofie dan sofia mengambil tempat di dalam kedai kerana cuaca agak panas di luar.

Beberapa minit kemudian, pesanan sofie dan sofia sampai. Mereka menikmati pesanan mereka dengan berselera. Memandangkan pelanggan pada masa itu tak ramai, maka arra dan firash mengambil kesempatan untuk turut berborak bersama si kembar.

Banyak juga perkara yang mereka borakkan. Setiap saat, mereka asyik ketawa sahaja. Entah apa yang kelakar pun tak tahu. Selepas satu jam si kembar duduk melepak di kedai roti kegemaran mereka, mereka pun mengatur langkah keluar dari kedai.

Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now