Seperti yg dijanjikan. Hana dan arra menunggu firash di hadapan sekolah. mereka yang sampai dulu di hadapan sekolah. Tiba-tiba seseorang menyergah mereka dari belakang.
"BOO !"
Hana dan arra terkejut dan menjerit kecil. Firash pula gelakkan mereka berdua. Rupanya firash yang menyergah mereka.
"Hahahahahahahaha😂" kejam sungguh gelakkan firash itu.
"Firash ! Tak baik la buat macam tu" marah hana.
"Yela. Kalau kitaorang ada sakit jantung tadi macam mana ?" Marah arra pula.
"Hahaha. Comel la korang ni bila marah. Yela.. aku tak buat lagi" puji firash.hana dan arra membisu terdengar apa yang dikatakan oleh firash. Muka hana pula merah kerana malu.
"Dah la. Jom kita pergi" kata firash.
Disebabkan hana malu, hana meminta untuk arra jalan di sebelah firash. Bermakna, arra berada di tengah-tengah antara firash dan hana.
keadaan di pusat game itu tidaklah terlalu sesak kerana hari itu merupakan hari persekolah. Mereka bertiga menuju ke kaunter untuk membeli token untuk bermain.
"Banyaknye" kata hana
"Banyak ke ? Sikit je ni" kata firash
"Tak membazir ke ?" Kata arra
"Tak la. Nah" kata firash kemudian dia memberikan separuh token kepada arra dan hana.Permainan pertama mereka ialah mesin menari (tak tahu la apa nama mesin tu😂). pertama mereka perlu memilih lagu.
"Jom main game ni" ajak firash
"Ok.." kata hana
"Tapi.. aku tak pandai main game ni. Lagipon aku tak suka menari" kata arra
"Tak apa arra. Aku dan firash boleh ajar kau" kata hana.Sebaik sahaja firash dengar kata-kata arra tadi, dia berkata,
"Tak apa la. Aku pon tak suka menari. Kita main game lain la" kata firash
"Hm.." kata hana dengan bersedih.Arra perasan muka hana sedih. arra terpaksa berbohong supaya arra kembali ceria.
"Eh. Aku dah ingat la cara nak main. Jom main hana" kata arra.
"Betul ke ? Jom~♡" kata hana kembali ceria.Wajah hana kembali ceria. Arra perlu menjauhkan dirinya daripada firash supaya hana tidak berfikiran lain.
Walaupun arra tidak pandai bermain, tapi dia perlu berlagak pandai bermain supaya hana gembira.
Lagu pertama itu dimenangi oleh hana. ini kerana, arra sememang tidak pandai bermain. cara dia menari pun seperti robot.
"bestnye. Hana, jom main lagi" kata arra.
"Jom~♡" kata hana.Tiba-tiba firash mencelah
"Macam seronok pula tengok korang main. Hana, aku main dengan arra sekejap boleh?" Kata firash kepada hana
Hana dan arra berpandangan sesama sendiri. Hana hanya menundukkan mukanya. Arra jadi serba salah.
"Bo-boleh.." kata hana
suara hana menjadi sayu.
"Hana, jom main yang tu" kata arra sambil menunjuk ke arah mesin yang lain. Cepat-cepat, arra menarik tangan hana ke arah mesin itu. Ianya merupakah mesin mengepit anak patung.
"Hana, main ni nak tak ?" Kata arra.
"Biar aku buatkan. Aku ni master dalam permainan ni" kata firash.Firash ke depan dan mencuba nasib untuk mengepit anak patung. Pusingan pertama, firash gagal. Kali kedua, firash tetap gagal.
"Sini. biar aku cuba pula" kata hana.
Firash kebelakang. Hana ke depan. Arra mendekatkan dirinya dengan mesin itu.
"Hana hana.. aku nak patung arnab yang putih tu" kata arra.
"Okay. Biar aku amikkan untuk kau" kata hana.Dengan sekali cuba sahaja, hana berjaya mendapatkan patung arnab itu. Seronok la arra kerana patung arnab itu. Menjadi miliknya.
"yes ! Lagi ? Nak yang mana ?" Kata hana
"Aku nak... yang tu.." kata arra sambil menunjukkan ke arah patung kucing yang comel itu.Sekali lagi, hana mencuba nasib untuk mendapatkan patung kucing itu. Tapi, usahanya gagal. Firash segera mengambil kesempatan itu untuk mencuba nasib.
"aku cuba pula" kata firash.
Kali ini, firash berjaya mendapatkan patung kucing itu. Firash menyerahkannya kepada arra. Arra tidak terus mengambilnya kerana dia tahu apabila dia terus mengambilnya, hana mesti akan sedih.
Kemudian, arra mengambil patung itu dan menyerahkan kepadanya kepada hana. Kemudian cepat-cepat arra berlari ke permainan yang lain. Hana hanya memandang patung kucing itu. Tiba-tiba firash merampas patung itu dari tangan hana dan menuju ke arah arra. Hana hanya menyaksikan tindakkan firash tanpa sepatah perkataan. Perlahan-lahan hana menuju ke arah arra.
"Hana. Jom main game ni" kata arra sambil menunjukkan ke arah game bola keranjang.
"Tak apa la. Kau main la. Aku penat" kata hana.
"Ala.. kalau macam tu, aku pon tak nak mainlah" kata arra.
"Main je.. aku penat" kata hana
"tak nak" kata arra
"Yela.. aku main" kata hanaMereka berdua mengambil bola dan membalingnya kedalam jaring yang di sediakan.
Tiba-tiba, semasa arra hendak membaling bola itu, kakinya tergelincir sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh tapi sempat di sambut oleh firash. Hana yang sedang bermain, terhenti kerana terkejut melihat hana dan arra.
arra menolak badan firash ke belakang. hana terkaku melihat arra dan firash.
"Aku.. aku nak ke tandas" kata hana
Cepat cepat hana meninggalkan arra dan firash. Berkali kali arra memanggil hana, tapi tidak disahut. Jadi, arra mengambil keputusan untuk mengejar hana dan meninggalkan firash bersendirian.
Di tandas, hana berhenti di hadapan sinki. Matanya kaca berair. Akhirnya titisan air matanya jatuh berguguran.
Kemudian, arra masuk dan berdiri di belakang hana. Hana membasuh mukanya.
"Kau okay ?" Kata arra
"Okay. Aku okay" kata hana
"Jangan salah faham. Aku dah cuba untuk jauhkan diri dari firash tapi--" kata arra tapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, hana berkata.
"Aku tak marah la. Aku nak balik" kata hana
"Jom. Aku pon nak balik juga" kata arra
"Tak apalah. Kau temanlah firash main" kata hana
"Tak nak. Nak ikut kau" kata arra
"Yelah.." kata hana.Mereka berdua keluar dari tandas untuk pulang.
tanpa mereka sedar, mereka meninggalkan firash bersendirian di tempat permainan itu. Firash masih lagi menunggu mereka untuk datang semula ke pusat permainan itu. tapi dia tak sedar, hana dan arra terlebih dahulu pulang.
"oh ye. Mesti firash tengan tunggu kita kan" kata hana
"Eh. Aku lupa pasal dia" kata arra
"Nak patah balik ke amik dia ?" Tanya hana.Kemudian arra diam memikirkan sesuatu. Kemudian, arra tersenyum sendiri.
"kita biarkan je dia tu 😏" kata arra.
"Tak apa ke ?" Tanya hana.
"Kita buli dia. Biarkan je dia tu" kata arraHana tersenyum dengar kata kata arra tadi tanda memyokong dengan tindakan arra😏
Inilah yang terjadi bila 'bestie' menjadi 'gila', orang lain yang jadi mangsa.
Firash tetap menunggu mereka walaupun dah malam.
"Diorang ni dah balik dulu ke ?" Kata firash
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomantizmHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...