Sinaran pagi mula bangit menyinari bumi. Perlahan-lahan firash membuka mata kerana silauan matahari menganggu tidurnya. Dia memandang ke arah arra yang masih lena dibuai mimpi sambil tersenyum. Berpusing kepalanya memerhatikan setiap sudut bilik sambil mencari kelibat si kembar yang tiada dalam bilik itu. Matanya terhenti pada pakaian yang dilipat di atas meja yang disertakan dengan sekeping nota ringkas. Nota itu dibaca oleh Firash dengan teliti
________________________________________
Firash..
Akak percaya Ash boleh jaga Arra dengan baik..
Kak Zahra
________________________________________Nota ringkas itu telah berjaya membuatkan lelaki itu tersenyum. Ternyata dirinya masih boleh dipercayai.
Pintu wad Arra dibuka dan muncullah kelibat Sofie dan Sofia sambil membawa makanan.
"kau dah bangun rupanya. Ni ada sarapan. Makanlah." Kata Sofie.
"Kak Zahra mane ?" Tanya Firash sambil menlipat nota itu dan menyimpannya dalam poket seluarnya.
"Kak Zahra ada hal. Tadi kitaorang jumpa dia kat kafeteria. Dia pesan jangan bagi Arra terdedah dengan persekitaran luar wad. Antibody dia masih lemah" terang Sofie dengan panjang lebar.
"Yelah. Aku nak salin baju ni. Jaga Arra. Bagi dia makan jugak" kata firash sambil berlalu pergi.Firash mengatur langkah menuju ke bilik air yang berdekatan supaya dapat menjimatkan masa. Sampainya di bilik air, firash terus menyalin bajunya. Selesai menyalin baju, firash membasuh mukanya di singki. Mukanya yang basah diperhatikan di dalam cermin. perlahan tangannya bergerak menyeluk sesuatu dalam poket seluarnya dan mengeluarkan gelang tangan yang dibelinya semasa pulang dari sekolah semalam.
Gelang itu diperhatikan dan digilirkan dengan mukanya yang basah dalam cermin dan dia tersenyum sendiri. Jika ada orang lain dalam tandas itu, pasti Firash dianggap gila kerana tersenyum sendiri. Firash menyimpan semula gelang itu dan mengemas semua pakaian sekolahnya dan keluar dari tandas itu lalu menuju ke wad arra.
Sampai sahaja di luar wad Arra, Firash terdengar suara seseorang sedang ketawa. Suara itu sangat dikenalinya. Ianya merupakan suara Arra. Wajah gadis itu yang sedang tersenyum diperhatikan oleh Firash melalui kaca kecik di pintu wad Arra.
Firash memberanikan diri dan membuka pintu wad arra. Semua mata tertumpu pada Firash. Namun mata firash hanya tertumpu pada Arra. Arra hanya membalas pandangan itu dengan senyuman. Bagi Firash, alangkah baiknya jika dia dapat melihat senyuman itu dengan lebih lama.
- - - - - - - - - -
Kereta merah milik kak Zahra dipandu lanju menuju ke kediaman milik Hana melalui alamat yang diberikan oleh Sofia. Keretanya berhenti di parking berdekatan dengan rumah Hana. Apa yang dapat diperhatikan, terdapat dua orang gadis sedang berborak di hadapan banglo mewah milik hana. Kak Zahra tak dapat nak pastikan siapakan Hana di antara dua orang gadis itu. Penampilan mereka sama. Kak Zahra mengambil keputusan untuk memerhatikan gerak geri mereka dari dalam kereta.
Lebih kurang selepas 15 minit, salah seorang gadis antara mereka mula meninggalkan banglo mewah itu sementara seorang lagi ingin melangkah masuk ke kediaman itu. Kak Zahra mula mengambil tindakan keluar dari kereta dan menuju ke arah gadis itu.
"Hana Batrisya.. ?"
Panggil kak Zahra. Langkah gadis itu terhenti dan gadis itu memusingkan badannya menghadap kak Zahra.
"Ye, saya Hana Batrisya. Ada apa ye ?" Tanya Hana.
"Hana kenal dengan seseorang bernama Arra Humairah ?" Tanya kak Zahra.
"Kalau cik.. akak.. whatever.. datang sebab nak cakap pasal dia, maaf sebab saya langsung tak berminat. Sila pergi dari rumah saya" kata Hana lalu memusingkan badannya menuju kerumahnya.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...