bab 17

59 8 3
                                    

Arra, puan sarah, dan firash duduk di meja berehat di kedai itu. Masing-masing membisu. Firash memandang arra, arra memandang kakinya, dan mereka berdua diperhatikan oleh puan sarah. Tangan arra tak henti-henti bermain kain apronnya dan matanya langsung tak memandang mata firash.

"Jadi.. korang dah lama kenal ?" Tanya puan sarah.

"Tak" arra

"Ye" firash

Mereka berkata serentak.

"Hm ? Ye ke tak ni ?" Tanya puan sarah lagi sekali.

"Ye" arra

"Tak" firash

Kali ni, jawapan mereka pula berbeza.

"Mama anggap sebagai ye, okay ?" Kata puan sarah.

Dalam hati arra, dia cuma menyesal, 'kenapalah aku minta kerja kat kedai ni. Habis la aku. Firash mesti buli aku nanti.. tawakal jelah arra..' kata arra di dalam hati.

"Korang berdua berborak la dulu, mama.. nak kemas dapur kejap" kata puan sarah. "Puan, biar saya tolong" arra menawarkan khidmatnya. "Tak apa. Awak kena layan 'pelangan', mane tau dia jodoh kamu" kata puan sarah sambil memandang firash.

Firash dan arra hanya menyaksikan puan sarah berlalu pergi.

'Macam mana ni.. takkan la kitaorang berdua je.. ni tak boleh jadi. Aku kena mengelak dari dia' kata arra di dalam hati.

"Okaylah, saya nak sambung buat kerja. Bye" cepat-cepat arra bangun. Tapi dia dihalang apabila tangannya ditangkap oleh firash.

"Duduk la dulu.." kata firash

Arra terpaksa akur dengan arahan firash. Kini, mereka duduk secara berhadapan.

"Kenapa kau lari tadi ?" Tanya firash.
"Ha ? Bi-bila masa aku lari, aku... aku dah lambat nak pergi kerja je.." kata arra dengan tergagap-gagap. "Alasan.." kata firash. "Ma-mana adaa !" marah arra.

Firash merapatkan kedudukanya dengan arra. Dan mata mereka saling berpandangan.

"Habis tu.. kenapa kenapa hari tu, kau tinggalkan aku sorang-sorang ?" Tanya firash..

Muka arra semakin merah. Sukar untuk bernafas. Badan terasa panas. Jantungnya berdegup laju. Apakah perasaan ini ?

Arra menolak firash dan dia terus bangun.

"Aku.. aku ada kerja.." kata arra dan terus meninggalkan firash. Firash hanya tersenyum kecil dengan tindakan arra yang comel tadi.

Tak lama kemudian, puan sarah kembali di sisi anaknya.

"Dia ke orangnye ?" Tanya puan sarah.
"Ye ma.. dialah orangnye.." kata firash
"Keciknye dunia ni.. habiskan spm dulu, baru mama tolong ash..." kata puan sarah dan berlalu pergi..

Manja betul firash dengan puan sarah. Sampaikan masalah cinta pon, puan sarah yang tolong.

- - - - - - - -

Hana kelihatan lebih seronok bersama dengan melliesa berbanding arra. Hana dan melliesa berada di kedai aiskrim yang pernah mereka pergi semasa di sekolah rendah. Ianya merupakan kedai aiskrim kegemaran mereka sejak dulu lagi dan aiskrim kegemaran mereka ialah aiskrim coklat. Walaupun harga aiskrim itu agak mahal, tapi semuanya dibayar oleh melliesa semata-mata ingin memenangi hati hana.

Keenakkan aiskrim itu membuatkan hana lupa tentang persahabatannya dengan arra dan teringat semula persahabatannya dengan melliesa.

"Dah lama kita tak datang sini kan ?" Tanya melliesa.
"Hm ? Tulah kan.. " kata hana.
"Aku rindu kita jadi macam dulu. Susah senang bersama.. kan ?" Kata melliesa.

Arigatou For Everything.. [COMPLETE]Where stories live. Discover now