Rutin harian insan bernama arra humairah untuk ke ke rumah sahabat baiknya, hana batrisya sebelum ke sekolah. Memang sepanjang kebelakangan ini, arra kerap mengalami sakit kepala. Oleh kerana arra ini degil oranganya, dia tidak peduli langsung dengan kesihatan dirinya. Lagipun, lagi beberapa bulan mereka akan menduduki peperiksaan yang penting. Peperiksaan yang akan menentukan masa depan mereka iaitu SPM.
Di sekolah, seperti biaslah. Sepasang kembar berborak sakan sementara menunggu kehadiran cikgu. Keadaan kelas itu memang terasa sangat bising mengalahkan tempat membeli belah.
Sedang hana dan arra berborak-borak, melliesa tiba-tiba datang mencelah.
"Hai hana.. hai arra" sapa melliesa dengan sopan. Sapaan melliesa itu dijawab sopan oleh arra. "Hai..". Tapi tidak dilayan oleh hana. Malah, hana rasa meluat dengan sapaan itu tadi. "Maaflah kalau aku menyibuk, tapi aku ada benda nak cakap dengan arra." Kata melliesa. "Nak cakap apa ? Kenapa tak cakap dekat sini je ?" Tanya arra. "Adalah. Kita bercakap kat luar, boleh ? Kita je.." kata melliesa. Hana rasa ada yang tidak kena dengan melliesa. "Ok.. awak pergi dulu. Nanti saya datang" kata arra. Melliesa hanya mengangguk dan berlalu pergi.
"Aku keluar dulu ye.." kata arra kepada hana. Belum sempat arra membuka langkah, hana tiba-tiba mencapai tangan arra. Perbuatannya itu telah menyebabkan langkah arra terhenti. Arra memusingkan kepalanya dan memandang hana.
"Kalau mell ada cakap apa-apa yang buruk tentang aku, jangan percaya ye.." pesan hana kepada arra.
"Jangan risau. Aku lebih percayakan persahabatan kita.." kata arra sebelum berlalu pergi. Dengan berat hati, hana melepaskan gengaman tangannya dan menyaksikan arra berlalu pergi.sampai sahaja diluar kelas, melliesa memandang arra sambil memeluk tubuh.
"Kenapa awak nak jumpa saya ?" Tanya arra. "Aku rasa.. kau dah tahu kan" kata melliesa. Tiba-tiba sahaja nada suaranya berubah. Baru sebentar tadi suaranya sopan seperti gadis melayu terakhir. Kini telah berubah menjadi nada seorang diva yang berlagak popular. Menyampah !
"Tahu.. apa ye ?" Tanya arra.
"Haih.. kau ni.. kata BFF. Best friend forever. Takkan la tak tahu." Kata melliesa.
"Awak tak cakap lagi. Macam mana saya nak tau" kata arra dengan nada yang sangat sopan bak gadis melayu terakhir.
"Birthday hana la.. lupa lah tu" kata melliesa membuat andaian sendiri.
"Mana ada saya lupa pasal birthday hana. Saya ingat. Lagi sebulan, tiga minggu." Kata arra.
"Tau pun. Kau kene ingat. Masa birthday kau dulu, dia bagi rantai mahal kat kau. Kalau kau bagi barang murah yang setakat jual kat tepi pasar je, kau ingat dia kan terima ke hadiah kau ?" Kata melliesa.Arra terdiam seketika. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh melliesa. Tapi, apa yang perlu dia lakukan ? Nak beli hadiah mahal pun, dia bukannya seorang yang berada. Makin bertambahlah masalah arra.
"Aku harap kau faham maksud aku tadi." Kata melliesa dengan lagaknya seperti memerintah orang suruhan sahaja. Mengedikkan ! Mujur sahajalah arra seorang yang penyabar. Arra hanya membiarkan melliesa berlalu pergi semantara dia masih lagi di kedudukannya tidak berubah. Masih lagi memikirkan apa yang barus dilakukan untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk membeli hadiah yang mahal untuk hana.
Oleh kerana terlalu banyak berfikir, kepalanya bertambah sakit. Arra memegang kepalanya dengan harapan kesakitan itu dapat dikurangkan. Kemudian dia menuju ke arah hana yang hanya memerhatikan arra dan melliesa tanpa mengetahui butir bicara mereka.
"Kau kenapa ni ? Muka monyok je. Apa yang mell buat kat kau ?" Tanya hana dengan risau.
"Tak ada apa-apa.. aku cuma pening sikit" kata arra.
"Kalau macam tu, jomlah kita ke bilik rawatan. Macam mana kau nak belajar kalau diri kau tu sakit. Susah kau nk fokus nanti." Kata hana yang risau melihat sahabatnya kesakitan walaupun hanyalah sakit kepala yang biasa.
"Tak apalah hana. Sikit je. Kalau aku makan panadol, hilanglah sakitnya nanti. Lagipun, kita nk spm. Aku tak nak kita ketinggalan dalam pelajaran. Kau sendiri pun tahukan yang aku nak jadi seorang doktor pakar." Kata arra.
"Iye aku tahu tu. Tapi macam mana kau nak jadi doktor sedangkan kesihatan diri kau sendiri terabai ?" Kata hana.
"Aku boleh tahan lagi. Kau jangan risaulah hana.." kata arra.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...