Sinaran pagi mengejutkan firash yang sedang tidur. Bagaikan anak kecil, firash mengeliat dengan comel disertakan dengan mulut yang menguap. Pelik baginya. Bukankah semalam dia tidur tanpa selimut. Bagaimanakan boleh ada selimut yang menutupi badannya.
Firash bangun dari sofa dan menuju ke dapur untuk minum air. Sampai sahaja di dapur, dia ternampak arra sedang memotong sayur.
"Arra, apa kau buat ni ?" Tanya firash.
"Em ? Memasaklah.. takkan menjahit pulak" kata arra dengan loya buruknya itu.
"Tapi kau kan tak sihat lagi. Pergilah berehat." Marah firash.
"Taklah.. aku dah sihat.." kata arra.
"Sofie ? Mana sofie ?" Kata firash sambil memandang ke sekeliling dapur dan nampak kelibat sofie sedang duduk di meja makan yg kecil itu.Firash melangkah ke arah sofie dengan perasaan tak puas hati.
"Sofie ? Kenapa kau biarkan je arra masak sedangkan dia tak sihat ?" Marah firash.
"Haih.. aku dah halang dia tadi. Tapi kau tau jelah, arra ni kan degil. Dia kata dia nak masak untuk kau" kata sofie.Terus arra mencelah perbualan sofie dan firash.
"Eh, bukan firash jelah.. aku nak masak untuk kita semua-- aah !" Disebabkan arra terlepas pandang sayur yang dipotongnya, tnpa disengajakan, dia terpotong jari sendiri.
Firashlah orang pertama yang risau. Dengan pantas firash berlari ke arah arra dan merampas jari arra yang terluka. Sofie pula berlari mendapatkan peti kecemasannya. Muka firash kini benar-benar marah sambil memandang arra.
"Aku dah suruh rehat. Kenapa degil ?" kata firash. Arra membisu dengan riaksi muka yang serba salah. Firash mengeluh dengan nada tak puas hati.
"Luka sikit je.." sayu benar suara arra. Mungkin takut dimarahi oleh firash.Kemudian sofie kembali dengan membawa peti kecemasan mininya.
"Firash, janganlah marah dia. Dia cuma nak kita rasa air tangan dia je.." kata sofie cuba untuk menenagkan hati firash. Firash tidak bersuara, sebaliknya membasuh jari arra dan membalutnya dengan pembalut luka. Arra dan sofie hanya menyaksikan setiap perbuatan firash.
Selepas membalut tangan arra yang terluka, firash meninggalkn arra dan sofie di dapur dan dia menuju ke balkoni rumah arra di ruang tamu. Arra jadi serba salah. Dia hanya ingin menyediakan hidangan hasil air tangannya sendiri untuk orang yang dia sayangi.
Firash memandang ke arah pemandangan kawasan perumahan arra. Tanpa disedari, secara perlahan-lahan, arra mendekatinya dari belakang.
"Firash.."
Arra memanggil firash dengan nada yang sayu. Firash menyedari kehadian arra tapi firash memilih untuk diam membisu.
"Kau marah aku ke ?" Tanya arra dengan nada sayu.
"Aku.. aku cuma risaukan kau je. Aku.. aku tak dapat kawal perasaan aku tadi.." kata firash dengan tidak memandang arra.
"Aku cuma nak.. orang yang aku sayan- tak.. maksud aku.. aku nak kau rasa masakan aku. Aku masuk dulu.." kata arra. Semasa arra memusingkan badannya untuk masuk ke dalam, firash memegang bahu arra dan memandang tepat ke arah matanya. Arra terkejut dengan tindakan firash sehinggakan mata mereka tidak berkelip. Muka arra semakin merah."Kita.. kita masak sama-sama.."
Kata firash. Pada saat itulah arra mula menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan firash.
Suasana dapur itu sangat meriah dengan gelagat firash dan arra. Mereka bagaikan pasangan bercinta. Bukan, mereka bagaikan pasangan suami isteri. Sofie hanya memandangan dengan senyuman tanda dia juga turut gembira melihat arra gembira.
Sementara itu di rumah hana..
Melliesa dan hana sedang sibuk memikirkan apa yang perlu mereka lakukan untuk majlis ulang tahun hana ke-17 tahun nanti. Segala persediaan dicatat oleh melliesa supaya tiada kekurangan dalam majlis itu. Entah kenapa, hati hana terasa kosong. Sepatutnya dia gembira kerana dia bakal menyambut ulang tahunnya tak lama lagi. Kemudian hana membuka 'screen lock' telefon bimbitnya. Wallpaper 'home screen' nya ialah gambarnya bersama arra. Gambar itu ditenung lama.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
RomanceHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...