Selepas mengetahui keadaan sebenar arra, hana kini banyak meluangkan masa untuk melawat arra. Kadang-kadang hana akan membawa album mereka berdua untuk bercerita semua kenangan mereka. Apabila hana menceritakan kenangan mereka, hana dapat melihat senyuman di bibir arra. Walaupun tak jelas, tapi hana yakin. Arra sedang tersenyum. Kata doktor, ianya respon daripada arra kerana arra sedang mendengar.
Kini genaplah 5 bulan arra koma. Sejak 4 bulan yang lalu, memang hana lebih banyak meluangkan masa dengan arra.
"Arra.. aku datang ni.." kata hana. Walaupun tiada jawapan daripada arra, hana tetap terus berbual dengan arra.
"Arra, aku bawak album lagi ni. Kau nak dengar aku bercerita tak ?" Kata hana. Masih lagi tiada jawapan daripada arra. Namun, hana tak berputus asa. Hana duduk di sebelah arra dan membuka album itu.
"Tengok ni.. ni gambar kita masa kita bercuti dengan keluarga aku. Kita main pasir, selfie banyak-banyak, sekarang baru aku sedar.. kenapa kau asyik cakap jangan lupakan kau.. Ingat tak, dulu kita ada berjanji.. nak berkawan sampai bila-bila ? Aku ni.. memang bukan kawan yang baik kan.. ma-maafkan aku arra.. maafkan aku.. " kata hana dengan mata yang berair.
Tiba-tiba firash masuk ke bilik dan menyampuk berbualan hana seorang diri.
"Sudah la tu.. arra mesti akan bangun. Sabarlah.." kata firash. Apabila menyedari kehadiran firash, hana mengelap air matanya.
Kemudian doktor masuk dalam wad bersama kak zahra.
"Saya ada sesuatu nak cakap pasal arra." Kata doktor.
"Ada apa ?" tanya firash.
"Sepanjang arra koma, dia hanya bergantung pada mesin life support. Dan seperti yang awak semua sedia maklum, penggunaan mesin life support mungkin akan menyebabkan pesakit terseksa. Jadi, saya nak buat cadangan.. untuk.. menghentikan penggunaan mesin life support ke atas arra.. demi kebaikannya.." kata doktor.Keadaan menjadi sepi. Tiada yang ingin bersuara. Hana hanya memandang arra.
"Kalau kita hentikan penggunaan mesin life support.. apa yang akan terjadi kepada arra ?" Tanya hana.
"Bergantung kepada pesakit. Kalau dia kuat semangat, dia mungkin akan sedar. Jika tak.. maafkan saya.." kata doktor.
"Boleh bagi kami masa untuk buat keputusan ?" Tanya kak zahra.
"Baiklah. Saya minta diri dulu." Kata doktor lalu meninggalkan mereka bertiga bersama arra."Hana.. akak serahkan semua keputusan ni kepada hana. Buatlah keputusan dengan sebaik-baiknya.. demi arra.." kata kak zahra.
Hana masih diam membisu. Apa patut dia buat ? Dia tak nak Arra terseksa dengan penggunaan mesin tu tapi dalam masa yang sama, dia tak nak arra pergi meninggalkan dirinya. hana benar-benar keliru.
"Hana.. boleh ikut akak ?" Tanya kak zahra.
"Kita nak kemana.. ?" Tanya hana.
"Membongkarkan semua rahsia arra.." kata firash- - - - - - - - - - -
Hana bersetuju untuk mengikut kak zahra dan firash bagi membongkar rahsia arra. Kini mereka bertiga berdiri di hadapan rumah arra.
"Rumah siapa ni ?" Tanya hana.
"Rumah arra.." kata kak zahra.Sepanjang mereka berkawan, inilah kali pertama hana menjejakkan kaki di rumah arra. Selepas membuka kunci, kak zahra membawa hana menuju ke bilik yang pintunya bertutup rapat. Firash pula hanya menunggu di balkoni di ruang tamu.
"Masuklah.. " kata kak zahra.
Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka. Sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka, hana ternampak gambarnya dan arra digantung di dinding. Hampir separuh dinding di bilik itu mempunyai gambar mereka berdua.
YOU ARE READING
Arigatou For Everything.. [COMPLETE]
Любовные романыHana dan Arra bersahabat baik sejak kali pertama berjumpa. Persahabatan ini terjalin dengan erat dan mesra sehinggallah meliesa iaitu bekas kawan baik hana sejak tadika muncul bagi meleraikan persahabatan di antara hana dan arra. Adakah usaha meli...