TBAP!! 6

12.6K 391 5
                                        

"Awak Tengku Rafieq Aiman kan?" tanya Sharil untuk memastikan.

"Ye saya, ada apa ye?"

"Boleh saya duduk?"

Rafieq mengangguk dan mempersilakan Sharil untuk duduk berhadapan dengannya.

"Maaf kalau kedatangan saya mengganggu awak, tapi bagi saya, adik saya lagi penting."

"Adik?"

"Nur Sofia Amirah, dia satu-satunye adik saya. Boleh saya tahu apa kaitan awak dengan adik saya?"

Pelik jugak si Rafieq, kenape abang Sofia datang berjumpa  dengan dia.

"Saya just kawan biasa dengan dia, kenape?"

"O... apa pulak hubungan Tengku Rayyan Aiman dengan adik saya?"

"Eh? Maksud awak apa ye?"

Mohd Sharil Amirul menceritakan hal yang terjadi kepada adiknya tadi. Saat Tengku Rayyan tiba-tiba memaki hamun adiknya.

Rafieq terkejut.

                 ..............

"Assalamualaikum Rayyan, boleh aku masuk?"

"Hm... kau nak ape?" kasar bahasa Rayyan.

"Boleh tak aku nak cakap sikit selaku abang kau?"

"Boleh tak kau tak bahasakan diri kau abang?aku tak ada abang yang bunuh mak sendiri la!" marah Rayyan.

"Rayyan!"

Tengku Rafieq menghembuskan nafasnya.

"Aku datang sini bukan nak cari gaduh, aku just nak cakap pasal Nur Sofia Amirah."

Rayyan berfikir sejenak.

"O... perempuan tu, kenape? dia mengadu ke?aku dah agak dah... kau dengan dia sama je, berlagak baik!"

Tengku Rafieq cuba untukk menahan kemarahannya.

"Cukupla Rayyan kau menfitnah orang, kau tak tahu perkara sebenar pun tapi kau terus memaki hamun dia, kau ingat semua perempuan sama ke? kau ingat dia sama dengan perempuan yang kau bawak ke hulur ke hilir tu? tak Rayyan, dia bukan macam tu..."

Tengku Rafieq hilang sdikit kesabaran.

"Astaghfirullah hal azim... apa aku buat ni..."

Tengku Rafieq sesal kerana tidak dapat menjaga api kemarahannya, dia berjaya dikawal oleh hasutan Syaitan.

"Huh? kenape? apa yang dia buat kat kau sampai macam tu sekali kau bela dia?"

"Rayyan, lelaki yang berjalan dengan dia tadi adalah abang dia, dan... dia tak mengadu pun dekat aku, abang dia yang datang jumpa aku. Kau buat la apa yang kau rasa patut, aku keluar dulu."

Tengku Rafieq terus keluar dari bilik adiknya itu.

Tengku Rayyan sedikit terkejut.

"Abang dia? jadi... aku tersalah la ni... tapi buat apa aku nak kisah... dan, kenape Rafieq bela sangat dia eh? jangan-jangan Rafieq..."

Tengku Rayyan tersenyum sinis, akhirnya dia tahu cara untuk balas dendam pada abangnya itu.

                  ...............

"Abang pergi mana tadi?" tanya Sofia apabila mereka berada di ruang tamu.

"Abang... ada hal kat hospital sikit tadi."

"Maaf dik, abang terpaksa tipu..."

"O..."

"Umi ngan abah mana eh?"

"Dah tidur kot, adik pun nak tidur dulu la, esok adik ada kelas... Assalamualaikum abang."

Usai memberi salam, Sofia terus berlalu ke biliknya.

          





"Sofia! rindu saya dengan awak tau tak,  semalam sunyi je saya dok sorang-sorang, awak takde..." ucap Ika sambil membuat muka sedih.

Sofia tersenyum.

"Apa la awak ni Ika, kita tak jumpa sehari je kot."

"Ye la ye la... jomla masuk dewan."

"Em."

Prof.Zubair masuk ke dalam dewan sambil membawa beberapa buah buku.

"Baiklah, hari ni saya akan bagi satu tugas untuk kamu semua, dan kamu perlu untuk buat semua ni dalam masa seminggu."

"Tugas apa Prof.?" tanya salah seorang student.

"Persoalan yang bagus, tugas kamu ialah membuat satu laporan tentang perkara-perkara misteri yang terdapat dalam negara kita, kamu boleh pergi negeri mana-mana je, asal berkaitan dengan misteri... dan kamu akan dibahagikan dalam satu grup."

Semua student yang berada dalam dewan mula membuat bising.

"Sabar-sabar, baiklah saya akan umumkan nama-nama dalam kumpulan pertama. Nur Nadirah Amira, Ahmad Farhan, Mohd Shahrul dan Tang Lee Lee. kump dua pula..................Baiklah, kumpulan terakhir pula Nur Sofia Amirah, Nur Ika Shahirah, Mohd Faiz Amri dan Tengku Rafieq Aiman. Semua kumpulan telah saya bahagi, jadi saya harap cuti selama seminggu ni,kamu berjaya siapkan tugasan yang saya bagi."

"Nasib baikla saya satu grup dengan awak Sofia, kalau tak..sunyi la saya..." ucap Ika kemudian menghirup air yang dipesannya tadi.

Sofia mengangguk tanda bersetuju.

"Assalamualaikum, boleh kami turut serta?kami nak bincang tentang tugasan yang Prof.Zubair bagi tadi." tanya Tengku Rafieq.

"Saya ok je, kena tanya Sofia la..."

"Bolehla Sofia, kitorang just nak bincang je..." pujuk Faiz Amri.

"Baiklah." balas Sofia.

Tengku Rafieq dan Faiz Amri mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Jadi... korang dah decide ke nak pergi mana?" tanya Ika.

"Belum, tu la sebab kitorang nak bincang ni. Menurut korang, mana yang patut kita pergi?" balas Tengku Rafieq.

"Entahlah, kitorang pun tak tahu." balas Ika.

"Tapi kan, esok dah start cuti seminggu, so kita takleh jumpa la nak bincang tentang tugas ni, jadi kita kena ada no.phone masing-masing la... " saran Faiz.

"Betul jugak tu, apa pendapat awak Sofia?" tanya Ika kerana melihat Sofia hanya diam dari tadi.

"Eh? say... saya..."

"Ala... just bincang tugasan je..."

Ika-ika, kau tak tau ke yang Sofia ni taknak orang lelaki dapat no dia. haduh Ika ni...

                    ...............

"Assalamualaikum abang Sharil, ni Rafieq Aiman, boleh tak Rafieq nak cakap dengan Sofia tentang tugasan kitorang?"

Setelah dipujuk oleh Ika tadi, akhirnya Sofia telah bersetuju untuk memberi no.phone, tetapi bukan dia punya, abang dia punya... hohoho, dia juga telah memberitahu Tengku Rafieq dan Abangnya bahawa dia akan berhubung menggunakan phone abangnya.

"Boleh, tapi tentang tugasan je."

"Sofia, boleh tak esok kita jumpa? Saya nak bincang tentang tugasan, awak jangan risau, saya dah bagitau abang Sharil, Faiz dengan Ika pun ada esok."

"Baikla, dekat mana eh?"

"Yang tu awak tak perlu fikir, saya akan pergi rumah awak dan jemput awak. Sekali gus nak mintak izin family awak."

"Eh? tapi..."

"Ok la, saya off dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Harap umi dengan abah tak marah..."

-TBC-

Tengku BUAYA Aku Punya!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang