"O...sebab tu la awak tak datang semalam?"
Ika yang ternampak Rafieq terus mengajak Rafieq untuk join diorang makan di cafe sambil bertanya sebab ketidakhadiran Rafieq semalam. Ok la tu, Rafieq dapat makan, dia dapat tahu sebab. Dua-dua dapat untung. Ahaks.
"Em."
Ika hanya mengangguk mendengar penjelasan dari Tengku Rafieq.
"Nanti awak takde, mesti kitorang rindu. Nak nak lagi si Sofia ni." Ika menyakat Rafieq dan Sofia.
Macamla Ika tak perasan yang Rafieq ada hati kat Sofia.
"Eh? kenapa saya pula?" tanya Sofia pelik.
"Nothing. Saje je, awak kan orang yang paling rapat dengan Rafieq." ujar Ika selamba.
Rafieq pula hanya diam, tak tahu nak cakap apa.
"Japgi awak ada kelas tak Rafieq?" Sofia cuba menukar topik perbualan.
"Tukar topik la tu..." Ika menyakat Sofia lagi.
"Takde. Jap lagi saya balik rumah terus." balas Rafieq sambil tersenyum.
"O..."
"Rayyan, malam ni kelab jom. Aku ada usha awek baru doh. Boleh tahan la rupa dia tu." ajak Ben.
"Tu la, kau dah la semalam tak ikut kitorang. Bosan tahu tak." tambah Haziq.
"Tengok ah camne. Si Ariff tu mana?" Rayyan menjawab plus bertanya.
"Entah, ngorat awek kot." jawab Fakhrul, orang yang paling rapat dengan Ariff.
Tengah rancak mereka berborak, tiba-tiba kedengaran telefon Rayyan berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Aku balik dulu la. Lagipun kita dah takde kelas kan."
"A'ha, kelas memang takde, tapi malam ni jangan lupa." pesan Ben.
"Hmm..."
"Sofia, awak masuk dewan dulu la, saya nak ke tandas jap." ujar Ika.
"Takpe la, saya teman awak la. Nanti saya tunggu kat luar." saran Sofia.
Ika mengangguk tanda bersetuju. Mereka segera melangkah ke tandas.
Ika berada di dalam tandas sementara Sofia menunggu Ika di luar tandas.
"Aku nak kau!"
Tanpa disedari, seorang lelaki tengah memerhati Sofia dari jauh.
Dia cuba menghampiri Sofia, namun langkahnya berhenti apabila mendengar suara Ika.
"Sorry lambat. Jom, kelas dah nak mula ni." ajak Ika.
"Em, jom."
"Kau milik aku, jangan harap kau boleh lari dari aku." ujar lelaki tersebut dan terus berlalu dari situ.
"Kenapa kau call aku ajak jumpa?"
Ketika Rayyan tengah melepak dengan rakan-rakannya, dia telah mendapat satu panggilan, dan ternyata panggilan tersebut daripada Aeril. Kawan dia merangkap spy upahannya.
"Aku dah tahu sebab dia pergi club tu."
Rayyan mengangkat sebelah keningnya, menandakan bahawa dia mahu Aeril meneruskan percakapannya.
"Dia pergi sebab dia teman kawan dia, Ika. Diorang cari kakak Ika tu."
Aeril yang tahu maksud Rayyan terus memberitahu tanpa diminta.
"So, kenapa dengan kakak dia?"
"Kakak dia tak balik rumah. Entah, biasa la budak zaman sekarang."
"Eh Aeril ni, nak perli aku ke apa ni."
"Ok,thanks for the info."
"Welcome bro, ok la, aku kena balik."
Rayyan hanya memandang Aeril yang sedang berjalan keluar dari restoran tersebut.
"Apa la yang jadi dekat kau kalau aku takde malam tu.." ucap Rayyan tanpa sedar.
**************
Keluarga Tan Sri Rahman berkumpul di ruang tamu selepas makan malam.
"Abang, bila nak bawak akak Sofia jumpa Rayqal lagi..Rayqal rindu.." rayu Rayqal kepada Rafieq. Rindu sangat dekat si Sofia tu. Maklumla, dia takde kakak.
"Akak sibuk sekarang ni Rayqal, abang pun, kitorang kan dah nak habis sem." terang Rafieq.
"Sem? apa tu bang?" tanya Rayqal tidak tahu.
Apa la Rafieq ni, dah tahu Rayqal ni budak lagi nak cakap pasal U, macam la Rayqal faham.
"Nanti Rayqal dah besar Rayqal faham la. Buat masa sekarang, jangan kuat tengok kartun sangat." sampuk Tan Sri Rahman, bukan apa, Rayqal ni suka sangat tengok kartun.
"Ha Fieq, apa kata kamu bawak je Sofia datang rumah, boleh berbual-bual sikit." saran Puan Sri Alisa.
Mana taknya, sejak beberapa kali berjumpa, dia dah jatuh suka dengan si Sofia tu.
"Tengok la ma macam mana." ucap Rafieq.
Muka Rafieq jangan cakapla, merah dah. Malu.
"Fieq betul ke nak pergi belajar dekat Perth?Papa takna la sebab papa, Fieq pergi." ujar Tan Sri Rahman memahami.
"Ok pa, Fieq pun memang dah ready nakgi sana."
"Bagusla macam tu. Papa cuma taknak kamu sedih je."
"Tak la pa."
"Nampaknya tak lama je lagi Rafieq. Kau tahu la macam mana sakitnye kehilangan orang yang kita sayang." ucap Rayyan sambil terbaring di atas katilnya memandang siling.
Rayyan yang tadinya berada di dalam biliknya tiba-tiba terasa haus dan ingin ke dapur, namun belum sempat hendak turun dari tangga dia terdengar perbualan papanya dan Rafieq. Dek kerana itu dia membatalkan niatnya untuk ke dapur, dan terus masuk ke bilik. Baginya, ini ialah satu berita yang bahagia.
-TBC-
YES!!!Akhirnya watak psyscho dah keluar...sape la agak-agaknya psyscho tu...thanks sape yg sudi vote....thanks jugak sape yg sudi bce...and of course yg sudi kmen men men....
Sbenarnya sy dah update tadi,tp ygtu tsilap..hehe...
ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...
