TBAP!! 46

10.9K 280 15
                                        

"Dia..Ariff Arman bin Dato Amran."ujar Ben.

Masih ingatkah kepada Ariff?lelaki yang mengganggu Sofia ketika berada di Universiti dahulu.

"Boleh korang terangkan hubungan dia dengan korang."pinta inspektor Hakim.

Rayyan mengambil nafas sebelum menceritakan segalanya kepada inspektor.Haziq,Ben dan Fakhrul juga mencelah ketika diperlukan.

Usai menceritakan segalanya.
Kelihatan keluarga mereka sangat terkejut.Rafieq lah yang paling terkejut.Tak sangka yang selama ini Sofia diganggu sebegitu rupa.

"Saya tak sangka awak mengalami masa yang sukar ketika saya tiada."
Andai dia ada pasti akan dilindungi Sofia.Jujur,dia risau,tapi hanya sekadar sahabat dan keluarga.Dia sudah dapat menerima hakikat.








Hari ini dah masuk hari kedua Sofia diculik.Selama itu jugalah dia tidak makan dan minum.

"Sayang..makanla,penat I beli tau.Kalau tak nak makan,macam mana baby nak sihat?"Ariff cuba memujuk Sofia untuk makan.

Sofia yang tadinya mengelak untuk memandang wajah Ariff segera menoleh ke arah Ariff yang berada di atas kerusi di sebelah katil.

"Ariff,bila awak nak lepaskan saya?"tanya Sofia perlahan.Takut juga kalau Ariff ni tiba-tiba mengamuk.Cukuplah sekali dia kena dengan Ariff ni,sampai terseliuh kakinya.

"Boleh tak kau jangan pasal tu.!"tengking Ariff.

Sofia segera menunduk.Airmata mula bertakung.

"Sayang,don't cry.."Ariff cuba menyentuh pipi Sofia,namun cepat-cepat Sofia menjauh.

"Don't you dare to touch me!"

"Ok-ok sayang,but now,makan dulu.Think about your baby please."

Dengan lambat Sofia mengambil pinggan yang berada di tangan Ariff.

Ya,setidaknya dia harus makan,demi bayi dalam kandungannya.





Malam kedua,Rayyan semakin gelisah,Ariff langsung tidak menghantar pesanan kepadanya,bahkan telefon pun tidak.

"Arg!!"

"Rayyan!kamu ok ke?jangan buat benda yang bukan-bukan Rayyan.!"Tan Sri Rahman mengetuk pintu bilik anaknya itu apabila mendengar jeritan dari dalam bilik Rayyan.

Rayyan memandang ke arah cermin lalu memejamkan matanya.

"Sayang..I need you..Aku rindu kau sangat-sangat."tubir matanya perlahan mula dipenuhi air mata.

"Awak,kalau awak rindu someone,awak luahkan dekat Allah,awak hantar pesanan rindu tu kepada Allah.Jangan lupa,perasaan rindu tu pun Allah yang hadirkan."

Rayyan meraupkan mukanya.Teringat kembali kata-kata isterinya sewaktu dia meluahkan kepada isterinya yang dia merindui arwah mamanya.

"Rayyan ok pa."jerit Rayyan.

Segera Rayyan bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Isyak dan Hajat.

"Ya Allah,bantulah hamba-Mu yang lemah ini,sesungguhnya aku sangat merindukan isteriku.Kau lindungilah dia dan anak kami Ya Allah,satukanlah kami kembali.Dia sangat bererti buatku Ya Allah,aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang lagi.Bantu aku Ya Allah.Allahuakbar Allahuakbar,Amin Ya Rabbal Alamin."

Usai mengaminkan doa,kedengaran pintu biliknya diketuk.

"Rayyan,kitorang dah jumpa cara nak cari Sofia."ujar Rafieq setelah Rayyan membuka pintu biliknya.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang