Tengku Rayyan Aiman dan rakan-rakannya berjalan masuk ke dalam dewan.Baru je beberapa langkah mereka masuk,terdengar sorakan dari sekumpulan pelajar,opcos la group gegirl you..
"Oh my hunny bunny!!"jerit Haziq kepada perempuan-perempuan yang bersorak tadi.
"Kalau ye pun nak menyapa,duduk la dulu.."tegur Fakhrul lalu berjalan mengambil tempat di sebelah Ariff yang telah duduk sebentar tadi.
Haziq pula mengambil tempat di sebelah perempuan yang bernama Riana.Ben pulak tidak ada kelas hari ni,tu yang batang hidung dia tak nampak.
Rayyan tidak mengendahkan sorakan daripada peminat-peminatnya itu,matanya melilau ke seluruh pelosok dewan.
Pap!!
Akhirnya dia nampak apa yang dia cari.op!!bukan apa,tapi siapa.
"Now,let the missions begin."ujarnya perlahan sambil tersenyum sinis,lalu berjalan menuju ke arah Ariff dan Fakhrul yang berada di belakang orang yang dicarinya.
"Aduh..geng-geng dia ni pun..gatal nak duk sini."marah Ika perlahan.
Kena la perlahan,kang geng-geng Mr.Tengku tu dengar..ha,berterabur gigi japgi.Sofia hanya mengangkat bahu.Tidak mengendahkan Tengku Rayyan Aiman dan rakan-rakannya yang berada di belakang mereka berdua.
Rayyan mengambil tempat di sebelah kanan Fakhrul,Ariff pula berada di sebelah kiri Fakhrul.
Rayyan tersenyum sinis memandang perempuan yang berada di hadapannya.
"Yeah!!akhirnya selama berkurun-kurun kita dalam kelas Prof.Zubair tu,kita terlepas jugak!!"ujar Ika.
Pfft Ika,berjam-jam je kot,mana sampai berkurun-kurun.Hiperbola betul budak ni.
Setelah Prof.Zubair keluar dari dewan,Sofia dan Ika segera mengemaskan buku-bukunya.Selepas ini mereka masih ada kelas,sebab itulah kena 'rushing'.
Baru je Sofia dan Ika berdiri,tiba-tiba kedengaran suara dari arah belakang.
"Hai My Wife."ujar seseorang sambil tersenyum manis,op!!bukan manis,tapi sinis.
"W..wife??"tanya Ika tersekat,mana tahu kot-kot dia yang dimaksudkan.hahaha,perasan betul Ika ni.
"Hah??apa wife-wife ni wei??"tanya Haziq sambil berlari dari arah hadapan.Tu la,tadi duduk depan sangat.
"Rasanya aku silap dengar kot.."ucap Fakhrul sambil berdiri,Ariff pula hanya berdiam diri,malas mahu masuk campur,tetapi sebenarnya,ada alasan lain dia berdiam diri.
"Ha'ah,kan..you wife I,anak kita yang mengaku.."ujar Rayyan sinis sambil memandang ke arah Sofia.
Rayqal pula yang menjadi mangsa,dari adik,terus ditukar menjadi anak.Ish ish ish.Nasib baik hampir semua orang dah keluar dari dewan ni,kalau tak..memang naya la si Sofia ni kena dengan fans-fans Mr.Tengku ni."Apa awak mengarut ni??"tanya Sofia menahan marah.Siapa tak marah,tiba-tiba dipanggil wife.
"Huh!kau ingat aku nak ke kat kau!!?aku tipu kau je la."ujar Rayyan dengan nada perli.
"Eh Mr.Tengku,kalau awak ingat a.."
"Dahla Ika,tak guna kita layan orang macam ni."Sofia memotong percakapan Ika,kemudian lantas tangan Ika ditarik keluar dari dewan tersebut.Malas mahu bergaduh atau bertikam lidah.Bukannya dia kisah kalau Rayyan tu suka dia ke tak,tujuannya hanya nak menuntut ilmu.
"Eh Rayyan,kenapa kau buat macam tu tadi?"tanya Fakhrul sebaik sahaja mereka sampai ke cafe U tersebut.
"Hm..."Rayyan hanya mengangkat bahu,malas menjawab.
"Tapi wo,dia tak layan kau doh...ada jugak yang tak layan kau akhirnya."kata Haziq sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Suka hati kau la Ziq"ujar Fakhrul.
Rayyan pula hanya senyap.
Sebaik sahaja kelas tamat,Ika terus mengajak Sofia ke sebuah Shopping Mall.Katanya hendak mencari baju untuk kakaknya.Maklumla,birthday kakaknya sudah hampir tiba.
"Ika,saya nak pergi kedai buku jap tau."Sofia memberitahu Ika.
"Ok,saya pun nak cari baju untuk hadiah tu nanti."
Sofia mengangguk,lantas kakinya bergerak menuju ke sebuah kedai buku.
"The Best Side of Islam.Hm...macam menarik je buku ni."ujar Sofia sambil membaca tajuk buku yang berada di atas rak di hadapannya.
Sofia cuba mengambil buku tersebut,namun belum sempat tangannya menyentuh kulit buku itu,kelihatan tangan seseorang telah mendahuluinya.
"Haih,mungkin dia tak nampak kot aku nak ambik.Takpe la."
Sofia bergerak menuju ke arah rak yang menyediakan buku-buku tentang masakan.Niat di hati mahu tambah resepi masakannya.Mana la tahu kot-kot nanti boleh buat makanan barat pulak.
"Hm...yang ni kalau bagi umi pun bagus."Sofia berucap seorang diri sambil matanya sibuk meneliti buku masakan tersebut.
"The Best Side Of Islam,hm..interesting..like you."suara seorang lelaki membuatkan Sofia menoleh ke arah empunya suara.
Kelihatan seorang lelaki sedang melihatnya sambil memegang buku yang dilihat Sofia sebentar tadi.
"Mengarut apa kebenda nya mamat ni.."
Sofia memandang lelaki tersebut dengan pandangan yang pelik.
"Why??It's weird to see me here right??or..it's weird to hear that you're interesting??hm.."lelaki tersebut bermain kata-kata.
"Erk..mamat mana la ni,cakap orang putih pulak tu,muka Melayu,macam orang Cina pun ada jugak.Aku kenal ke.."
Sofia masih diam,cuba untuk ingat,kot kot sedara jauh.
"Hey...kenapa diam je ni dear?"ujar lelaki itu.
Tangannya dihulurkan untuk memegang lengan Sofia yang tertutup dengan baju kurung,namun dengan cepat Sofia menjauhkan dirinya."Eh encik ni siapa ye,sesuka je nak pegang orang,encik kena ingat,ni tempat umum,saya jerit nanti."marah Sofia perlahan.Taknak la menarik perhatian orang ramai.
"Huh,boleh cakap Melayu rupanya,ingat dah tak tahu bahasa ibunda.eh jap!!macam..pernah nampak muka dia ni,tapi dekat mana eh.."
"Dear,takkan la you lupa I kot??"
"Eh,encik ni siapa eh??nak berdear-dear pulak,ingat saya ni isteri encik ke hah??"bentak Sofia sedikit keras sehingga menarik perhatian beberapa pengunjung.
"Yes,you're not my wife,but you will be the one.Just wait one day dear."ucap lelaki tersebut sambil tersenyum yakin.
"Suka hati encik la."usai berkata,Sofia segera membuka langkah keluar dari kedai buku tersebut,niat hendak membeli buku terpaksa dibatalkan.
Lelaki tersebut memandang Sofia yang keluar dari kedai tersebut.
Perjumpaan di kedai buku ini bukanlah kebetulan,sebaliknya dia telah mengikut Sofia dan Ika dari kolej lagi.Namun sasarannya hanyalah Sofia."You're mine,forever mine dear."
"Ha Sofia,lama cari buku,mana bukunya??"tanya Ika sebaik sahaja Sofia muncul.
"Tak jadi,dah siap kan?jom la balik."ajak Sofia.
"Hm..ok,jom."
-TBC-
HOHO...SORRY GUYS..SIS LAMBAT...BNYAK ASBAB-ASBAB SIS TLAMBAT UPDATE.ANTARANYA..
1-IDEA MEMANG KERING!!
2-SIS X ON INTERNET..SO..XLEH BUKA.SIS MINTAK MAAF SANGAT2 YE..MOHON MAAFKAN SIS,THANKS SAPE YANG SUDI VOTE AND KOMEN UNTUK BAB SBELUMNYA..
#XOXO
YOU ARE READING
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...