TBAP!! 40

9.9K 283 10
                                        

Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah Tan Sri Rahman sambil mengheret bagasinya ke ruang tamu setelah dipersilakan.

"Assalamualaikum pa,sihat?"tanya lelaki tersebut sambil mencium tangan Tan Sri Rahman.

"Alhamdulillah,macam ni la."jawab Tan Sri Rahman.

Jelas kelihatan senyuman di wajah Tan Sri Rahman dan Puan Sri Alisa.

"Bila kamu bertolak?kenapa tiba-tiba je ni?balik pun tak info dekat kami."tanya Puan Sri Alisa sambil memandang ke arah lelaki tersebut yang berada di sofa bujang.

"Saje,nak buat suprise ma.Hehe..rindu Malaysia.Lagipun Rafieq dah graduate kat sana.Tu ingat nak balik sini."

Masih ingat Tengku Rafieq Aiman?Selama hampir 2 tahun berada di Perth,akhirnya Rafieq telah menamatkan pelajarannya di sana.

"Bagusla tu,dah,pergi la naik dulu,rehat,papa nampak kamu penat tu."arah Tan Sri Rahman.

Rafieq mengangguk lalu berjalan ke biliknya di tingkat dua.

.........................

"Abang,hantaran yang lain dah siap ke?"tanya Sofia sambil tangannya lincah menggubah bunga.

"Dah,tinggal akad je."jawab Sharil selamba.

"Ei abang ni,nasib baik kak Isya tu nak dekat abang tu."

"Bukan nak,tapi sayang."balas Sharil,sebenarnya saje dia nak mengenakan adiknya itu.
Tak lama lagi dia akan berkahwin,susahla nak bermanja dengan adiknya itu.

"Ha dah-dahla bergaduhnya,nanti kan tak siap pulak bunga tu."tegur Maksu.

"Hehe..baik maksu."jawab Sharil.

"Maksu tak penat ke?maksu rehatla dulu,maksu baru je sampai pagi tadi."saran Sofia.

"Yang penatnya paksu tu yang memandu,maksu duk sebelah tidur je."

Sofia hanya mengangguk.Selesai solat Isyak sebentar tadi,Sofia,Sharil dan Maksunya sambung menyiapkan hantaran bagi perkahwinan yang akan berlangsung lusa.
Rayyan,encik Shakir dan Puan Humairah pula keluar membeli bahan untuk dijadikan bahan masakan untuk hari perkahwinan nanti.

Rayqal dan sepupu-sepupu Sofia yang lain pula sedang asyik bermain Ipad yang dibawa oleh Rayqal.

"Dah siap.Yeay.."

"Tahu la dah siap dik,tak payah la happy sangat,abang yang nak kahwin,bukannya adik."ujar Sharil.

"Ye..saje,nanti mesti adik rindu dengan abang."

"You always be my cute sister la dik.Abang kahwin je,bukannya abang pindah Korea. "

"Hm.."

"Dah,adik pun dah ada tanggungjawab sendiri kan."ujar Sharil sambil tangannya mengusap kepala Sofia yang diselaputi tudung.

Mesti la kena pakai tudung,paksu dia ada.Takkan tak pakai tudung kot,paksu dia bukannya paksu kandung,maksu dia yang adik beradik dengan ayah dia.






"Ha Fieq,lupa papa nak cakap dengan kamu,kejap lagi kamu kemas la baju,esok kita nak balik kampung,ada kenduri."

"Owh,ok.Kenduri siapa pa?kawan papa ke?"tanya Rafieq pelik.

"Em.."

"Jap,daripada pagi tadi sejak Rafieq balik,takde pun Rafieq tengok Rayqal?Rayqal mana ma,pa?"

Kalau Rayyan yang tiada,mungkin Rafieq tidak pelik,kerana memang dia tahu yang Rayyan suka melepak di rumah kawan-kawannya.Dahulu pun Rafieq selalu menegur Rayyan kerana tidak pulang ke rumah.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang