"Assalamualaikum auntie, maaf ganggu." ujar Sofia sambil tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan Puan Sri Alisa.
Seperti yang dijanji, tengah hari itu Sofia datang ke rumah keluarga Rafieq.
"Waalaikumussalam, apa pulak ganggu nya, lagipun kitorang yang jemput Sofia datang." balas Puan Sri Alisa sambil menyambut huluran tangan Sofia.
"Dah, jom masuk. Kita borak kat dalam."
"Sebenarnya dah lama untie suruh Rafieq ni bawak kamu datang rumah, dapat borak-borak lama sikit. Rayqal pun mesti dapat lepas rindu." ujar Puan Sri Alisa.
"Oh ya untie, bercakap pasal Rayqal ni, Rayqal mana eh?" tanya Sofia, dia pun rindu Rayqal jugak.
"A'ha, mana budak kecik comel tu ma?" sampuk Rafieq.
"Ada tu, dalam bilik, dia tak tahu la tu Akak Sofia dia ni datang. Kalau tak, memang dah kecoh."
Sofia tersenyum apabila terdengar kata-kata Puan Sri Alisa.
Doh...sporting giler Puan Sri Alisa ni, beruntung sape yang jadi menantu dia.
"Awak datang ni dengan apa?" tanya Rafieq risau.
"Aip, risau nampak." sakat Puan Sri Alisa.
"Datang dengan abang Sharil, balik pun abang jemput kejap lagi." jawab Sofia, pipi dah merah jugak sebenarnya kena sakat dengan Puan Sri Alisa ni.
"La...Sofia ada abang?"
"Em."
"Akak!" jerit Rayqal sambil berlari menuruni tangga.
Setelah tiba di ruang tamu, Rayqal segera naik ke atas pangkuan Sofia.
"Eh anak mama ni, tak malu.." ujar Puan Sri Alisa.
"Entah, apa la Rayqal ni." tambah Rafieq.
"Takpe, biasa la.."
Tiba-tiba kedengaran bunyi dari telefon Rafieq.
"Ma, Fieq nak angkat phone jap."
"Ok, lepas tu pergi ruang makan. Kitorang nak siapkan makanan."
Rafieq mengangguk dan terus berlalu dari situ.
"Ha Sofia, duduk la dulu, auntie nak suruh Mak Nab hidangkan makanan kejap kat dapur."
"Eh auntie, kalau boleh biar saya tolong." pelawa Sofia.
"Eh tak payah susah-susah. Kamu tu tetamu."
"Takpe auntie, Sofia memang suka buat kerja dapur ni."
Yup, Sofia memang selalu tolong uminya buat kerja dapur.
"Kalau macam tu ok lah, kamu pergi la ke dapur, auntie nak naik atas kejap."
Puan Sri Alisa berlalu dari situ.
"Alamak! lupa nak tanya dapur kat mana, dahla rumah ni besar."
"Akak, dapur kat sana." ujar Rayqal sambil menunjukkan jari ke arah dapur.
"Eh tahu-tahu je Rayqal ni.."
"He...biasa la.."
"Rayqal taknak ikut akak ke?"
Rayqal menggeleng, mana naknya bila ada kartun kat depan.
Rayyan keluar dari keretanya dan terus meluru masuk ke dalam rumahnya tanpa memberi salam.(memang kebiasaan.)
Setelah masuk, Rayyan tercium bau yang sangat lazat, apa lagi, terus menuju ke dapur la jawabnya.
"Mesti Mak Nab yang masak ni, rindu masakan Mak Nab."
Dulu Mak Nab memang bekerja seharian di sini, namun setelah mendapat khabar yang anaknya sakit, terus dia minta untuk bekerja pada waktu siang sahaja, sebab itu lah Rayyan jarang untuk berjumpa dengan Mak Nab.
Rayyan melangkah masuk ke dapur. Kelihatan seorang perempuan sedang mengangkat sebuah jag yang berisi air oren.
"Sape pulak ni? takkan Mak Nab kot, kurus je, Mak Nab bukannye kurus macam ni."
"Ehem!" Rayyan berdehem cuba untuk menarik perhatian perempuan tersebut bagi mengetahui identitinya.
Sofia yang terdengar suara seseorang berdehem segera berpaling.
"Eh?"
Kelihatan muka Sofia sedikit berkerut.
"Macam mana dia ada kat sini?" Rayyan juga menunjukkan wajah terkejut.
"Macam mana kau boleh ada kat sini?" tanya Rayyan sedikit tegas.
"Erk..."
"Ha Sofia, dah siap ke air?"
Untung ada Mak Nab, tak payah mengadap muka Rayyan plus menjawab soalan.
"Mak Nab, apa perempuan ni buat kat sini?"
"Eh kamu ni, hormat la sikit, tetamu Rafieq ni." balas Mak Nab.
Sofia hanya mampu diam.
"Ha dah Sofia, pergi letak air tu kat ruang makan."
Sofia mengangguk lalu berjalan menuju ke ruang makan.
"Macam mana la aku boleh lupa yang Rayyan pun duduk kat sini?" tanya Sofia kepada dirinya sendiri.
"Menung apa tu kak? jom la makan." Rayqal menegur Sofia yang sedang mengelamun.
"Mana mama dengan abang Rafieq? tanya Sofia kepada Rayqal, orang pertama yang sampai ke meja makan."
"Tu.."
"Makan dengan akak Sofia!" jerit Rayqal selepas Rafieq mengaminkan doa.
"Sofia ada lagi satu sem kan?" tanya Puan Sri Alisa.
"Em."
"Tu la,sedih jugak ..eh!??" kata-kata Rafieq tiba-tiba berhenti apabila melihat kerusi yang berada di sebelahnya diduduki seseorang.
Tan Sri Rahman? mesti la bukan, Tan Sri Rahman tengah bekerja dekat pejabat.
"Kenape? tak pernah tengok orang makan?" tanya Rayyan apabila semua mata berarah kepadanya.
Bukan apa, diorang cuma pelik, selama ni Rayyan tak pernah turun makan sekali, kecuali kalau dipaksa oleh Tan Sri Rahman.
Sepanjang makan, Sofia asyik rasa macam diperhati je, naik takut pun ada.
************
"Adik, tadi macam mana?" tanya Sharil.
"Ok je."
"Ok je?"
"Umi, umi nak tahu tak, Puan Sri Alisa tu kan, mama tiri Rafieq, tapi dia baik sangat..dia anggap Rafieq macam anak sendiri."
"Tu la, kita jangan hukum orang dengan sekali pandang je.." pesan Encik Shakir.
"Baik abah."
Sofia memandang surat yang berada di atas katilnya.
"Nanti awak bukak tau. Bila saya dah pergi Perth."
Kata-kata Rafieq siang tadi terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Surat apa ni eh..hm..haih.."
Sofia terus masuk ke bilik air dan bersiap untuk tidur.
-TBC-
YOU ARE READING
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomansaDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...