"Assalamualaikum PakNgah,MakNgah,nanti ada masa,kitorang datang balik ye."ujar Sharil sambil bersalam dengan PakNgah nya.
"Ala...abang Ril nak balik dahke??tak dapat nak main doktor-doktor dengan abang Ril."ucap sepupu Sharil,Haikal.
"Ala..nanti abang balik kita main lagi."
"Kitorang pergi dulu la Ngah,takut lambat sampai pulak."ujar Encik Shakir.
"Ye lah,nanti datang la lagi."balas Encik Shafieq.
Maklumla,selepas je datuk dan nenek Sofia meninggal,terus PakNgah dan MakNgahnya itu menetap di rumah arwah ini.Katanya nak jaga rumah ni.Lagipun PakNgahnya juga bekerja di Pekan tak jauh dari kampung.
Sofia segera bersalam dengan PakNgah dan MakNgahnya itu.
Setelah itu tangannya disuakan pula kepada sepupunya yang lebih kecil.Maklumla,semua sepupu-sepupunya masih kecil,yang paling besar pun anak sulung PakNgahnya yang berumur 16 tahun.
Setelah itu Sofia berjalan menuju ke arah kereta abangnya.
Sebelum masuk,Sofia sempat melambaikan tangannya kepada anak-anak PakNgahnya.Mak Su pula dah balik Pahang semalam,cuti suaminya dah habis.Terpaksa bertolak awal.
************
"Abang Yyan,lusa Rayqal dah sekolah,Rayqal nak beli barang sekolah,tapi..papa dengan mama selalu busy."luah Rayqal.
Tan Sri Rahman memang selalu sibuk dengan kerjanya,manakala Puan Sri Alisa pula sibuk dengan butik yang akan dibukanya nanti.Seperti sekarang,Tan Sri Rahman dan Puan Sri Alisa tidak berada di rumah kerana menghadiri makan malam bersama rakannya.
Perasaan marah Rayyan semakin menebal.
"Huh,aku ingatke korang dah tak kejar kerjaya,tak kejar harta.."
"Abang Yyan,dengar tak ni.."
"Abang dengar la,okey,petang esok Rayqal siap,kita pergi cari barang sekolah Rayqal.Nak??"
Rayqal sudah terangguk-angguk happy.
"Tapi macam selalu,jangan bagitau sape-sape yang kita keluar tau."arah Rayyan.
"Okk abang Yyan."
Sofia membaca buku sambil bersila di atas katil.Buku yang bertajuk 'HENSHIN MUSLIMAH' menjadi pilihannya.
Dalam keasyikan dia tengah membaca,tiba-tiba kedengaran bunyi telefonnya.
Sofia pantas meletakkan buku dan melihat nama pemanggil.Kena tengok dulu,kan tak pasal-pasal 'unknown' macam mana.ha..
"Assalamualaikum cik adik manis,lama tak bersua ya.."ujar si pemanggil.
"Eh,awak ni sape??"balas Sofia sambil tersenyum.
"Ish dia ni,dahla,saya rindu awak tau tak Sofia,kita keluar petang esok nak??sebelum masuk U balik."
"Ok,kita jumpa esok tau.Awak ambik saya ye,abang Sharil busy esok."balas Sofia.
Sofia ni bukannye tak tahu memandu,cuma dia takde lesen lagi.
"Memang nak jemput pun.Ok la,jumpa esok tau.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Setelah menamatkan panggilan,Sofia memerhati nama si pemanggil tadi.
"Ika,Ika,melawak pulak dia tadi."ujar Sofia sambil tergeleng-geleng.
![](https://img.wattpad.com/cover/77795772-288-k143029.jpg)
YOU ARE READING
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...