TBAP!! 12

10.2K 313 9
                                    

Masih berbaki 3 hari lagi sebelum pertandingan presentation itu berlangsung.

Seperti semalam, Sofia dan Rafieq tekun mencari bahan di perpustakaan untuk pertandingan tersebut.

"Rafieq, saya nak jumpa Prof.Azhar japni, katanya nak bagitau pasal pertandingan ni. Awak boleh buat sorang-sorang dulu kan?" tanya Sofia rasa bersalah, mana taknya, terpaksa tinggalkan Rafieq untuk buat kerjanya.

"Ok je, lagipun bukannye lama kan."

Sofia mengangguk, kemudian berjalan keluar dari library tersebut.






"Saya cuma nak cakap yang pertandingan tu terpaksa dipercepatkan." ucap Prof.Azhar.

"Maksud Prof?" tanya Sofia pelik.

"Sepatutnya lagi 3 hari kan pertandingan tu?"

Sofia mengangguk mengiyakan kenyataan Prof.Azhar.

"Tapi disebabkan hal-hal yang tertentu, pertandingan ni terpaksa dipercepatkan, lagi 2 hari pertandingan tu berlangsung."

Sofia sedikit terkejut.

"Saya tahu benda ni menyusahkan kamu dan Rafieq, saya pun bantah jugak mula-mula, tapi..nak buat macam mana lagi.."

Sejujurnya Prof.Azhar juga tidak bersetuju dengan keputusan untuk mempercepatkan pertandingan ini, dia juga berasa kasihan terhadap Sofia dan Rafieq yang sudah bersusah payah untuk universiti ini.

"Eh, takpe..Kami okey je Prof. Lagipun bahan-bahan dah ada. Cuma sikit persiapan je lagi."

Pandangan Sofia terhadap Prof.Azhar pada kali pertama telah berubah. Kalau dulu, dia tengok Prof.Azhar ni garang semacam je..tapi sekarang, baru dia tahu yang Prof.Azhar tidaklah segarang yang disangka.

Sofia berjalan menuju ke arah library. Semasa berjalan, dia tak sengaja terserempak dengan rakan-rakan si Rayyan.

Sofia berjalan tanpa menghiraukan mereka berempat.

"Eh jap-jap, kitorang ada benda nak tanya ni." ujar Ben sambil menghalang laluan Sofia.

Sofia memandang sekilas lelaki di hadapannya itu.

"Ish..dahla takde orang ni."

Laluan yang Sofia berada sekarang memang tidak ada orang. Kebanyakan students masih lagi berada di dalam dewan.

"Lek lek, kitorang bukannye nak buat apa-apa, kitorang just nak tanya je." Ujar Fakhrul.

"Hm.." Sofia tidak membalas, malah hanya bergeming.

"Ok-ok, kitorang nak tanya, awak tak tersuka ke dekat kitorang? yela semua budak perempuan kat U ni sangkut dengan kitorang, nak-nak lagi si Rayyan tu." goda si budak Ariff ni.

Sofia terkejut, serendah tu ke diorang pandang maruah wanita..

"Woi Ariff, agak-agak ah nak menggatal tu, kita bukan nak tanya benda tu lah." ucap Haziq.

"Okey-okey.."

"Kitorang just nak tanya, awak ada something eh dengan Rafieq.?" tanya Fakhrul.

"Apa maksud korang ni? kitorang takde pape la, kitorang bekerjasama pun ada sebab, rasanya korang pun dah tahu kan pasal pertandingan tu, so jangan nak mudah judge orang, ingat, Allah tak suka orang yang bersangka buruk dengan orang."

Mereka berempat terkaku.

"Oh ya, satu lagi, Islam sangat mengangkat maruah wanita, jangan disebabkan lelaki-lelaki seperti korang, para wanita memandang hina kepada agama Islam. Maaf kalau terkasar, Assalamualaikum."

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now