TBAP!! 20

10.6K 310 4
                                    

Setelah berjam-jam berada di dalam pesawat, akhirnya Rafieq telah tiba di bumi Perth ini.

"Tengku Rafieq Aiman?" tegur seseorang.

Rafieq berpaling ke arah orang yang menegurnya memandangkan dia membelakangi orang itu.

"Rafieq, yup..it's you." ujar orang itu apabila melihat muka Rafieq.

"Yup, it's me. So...can we?" Rafieq mengajak orang tersebut untuk 'mengangkat kaki' dari lapangan terbang Perth ini.

"Makin hensem la Rafieq sekarang ni, kalah abang Az." ujar orang itu yang dikenali sebagai Azad.

"Mana ade, abang ni. Abang tu, mentang-mentangla duduk kat Perth ni, muka makin lawo, macam Justin Bieber." puji Rafieq sambil memandang Azad yang tengah memandu.

"Ikhlas ke tu?"

"Tak."

Mereka berdua melepaskan tawa.

"Takpe ke kalau Rafieq tinggal dengan abang ni? Rafieq cuma takut menyusahkan je." tanya Rafieq serba salah.

Rafieq memang merancang untuk tinggal dengan Azad di apartmentnya.

Azad sebenarnya senior di U yang Rafieq belajar dulu, diorang memang rapat. Lepas habis belajar di U tersebut, Azad memilih untuk sambung belajar di Perth.

"Takpe, lagipun abang duduk sorang-sorang je, kalau ada Rafieq bolehla jadi peneman." jawab Azad.

Ha..ni lah salah satu sebab Rafieq memilih Perth sebagai tempat belajarnya. Dia boleh tinggal dengan seniornya itu.

"Ok la macam tu.."

Tak sampai 5 minit, Rafieq telah melelapkan matanya. Mana taknya, dalam kapal terbang tadi dia tak boleh tidur langsung. Asyik terfikir tentang 'masa depan'nya.

               *************

Sofia memandang telefonnya lama, berharap akan ada balasan dari seseorang.

Pandangannya pula beralih kepada sehelai kertas yang berada di atas katil. Ya, surat daripada Rafieq.

Sofia membuka surat itu buat kali yang ke-dua, dia telah membukanya siang hari tadi, tepat saat Rafieq bertolak ke Perth seperti yang diberitahu oleh Rafieq supaya membuka surat itu saat dia berada di Perth.

Sebab itu lah dia berani untuk menghantar mesej kepada Rafieq, disebabkan isi surat daripada Rafieq itu.

Sofia memandang surat itu lama, kemudian dibacanya sekali lagi.

'Ehem...sebelumnya Assalamualaikum. Surat ni saya tulis khas untuk awak, si pencuri hati saya. Jujur saya kata, awak orang pertama yang buat saya jatuh cinta. Awak orang yang paling saya sayang selain keluarga saya. Tapi, saya masih tahu hukum-hakam, saya tahu berdosa kalau kita berhubung tanpa ikatan, sebab tu lah saya nak tulis kat sini yang saya akan lamar awak jadi isteri saya lepas je saya habis belajar, itu pun kalau awak sudi. Saya harap awak akan tunggu saya. Saya sayang awak kerana Allah.

                           Rafieq aka TRA'

Sofia melipat surat tersebut. Sedikit sebanyak hatinya terusik dengan kata-kata yang ditulis oleh Rafieq itu. Jujur dikatakan yang dia tak sangka dan dia tak tahu bahawa Rafieq sukakan dia.

Sofia memejamkan matanya dan cuba untuk tidur. Alhamdulillah, untung dia dah ambil wudhuk dan gosok gigi tadi.









Rayqal berjalan masuk ke dalam bilik Rayyan. Rayqal melihat Rayyan yang masih elok dibuai mimpi padahal dah pukul 6.35 pagi. Ragu-ragu Rayqal melangkah ke arah katil Rayyan.

Sebenarnya dia rindu akan Rafieq, kehangatan seorang abang.

Rayqal naik ke atas katil Rayyan dan digerakkannya tubuh Rayyan. Entah kenape dia tidak takut jika mendapat tengkingan Rayyan nanti.

Terasa tangannya digerakkan, Rayyan segera membuka mata dan dilihatnya wajah polos adik tirinya itu.

"Kau nak ape?" tegas Rayyan bertanya sambil mengalihkan mukanya ke arah berlawanan dengan wajah Rayqal dengan posisi yang masih baring.

"Abang, solat subuh." tutur Rayqal.

"Erk..aku dah solat tadi." balas Rayyan.

"Oh, okey. Em...abang, boleh tak kalau Rayqal nak tidur dengan abang?" tanya Rayqal ragu-ragu.

Sebenarnya Rayqal ni selalu jugak tidur dengan Rafieq, sebab tu sekarang bila Rafieq dah takde, dia rasa sunyi.

"Apa ko kata?" tanya Rayyan sekali lagi.

"Rayqal nak tidur sebelah abang boleh?"

"Lantak kau la." balas Rayyan acuh tak acuh. Lalu menyambung tidurnya.

Rayqal tersenyum girang mendengar jawapan abangnya itu, terus dia baring di sebelah Rayyan.

"Abang Fieq..Rayqal rindu abang.." gumam Rayqal.






Rafieq segera mengambil telefon bimbitnya dan menghidupkannya. Lama jugak dia offkan phone, dari naik kapal terbang sampaila sekarang, lupa nak on.

13 missed call from rumah.

Haih..ni mesti Rayqal, bukan dia tak kenal adik kesayangan dia tu. Masa dia pergi trip dengan budak-budak U dulu pun Rayqal selalu menelefonnya. Rindu katanya.

"Eh, pesanan dari sape ni?"

Tiba-tiba dia teringat yang memang dia ada dapat pesanan sebelum naik kapal terbang semalam. Rafieq tertanya-tanya, bukan sebab apa, tapi si penghantar mesej bukan dari contact list dia.

Tanpa banyak berfikir, dia segera membuka mesej tersebut.

'From: Unknown'

'Assalamualaikum, Rafieq. Ni saya, Sofia. Jangan pelik, ni no.phone saya. Taknala menyusahkan abang Sharil je asyik guna phone dia. Oh ya, saya nak mintak maaf sebab saya tak dpat nak hantar awak semalam, awak pun tahu kan saya balik kampung. Em...pasal..awak..surat tu, saya...In Shaa Allah saya tunggu awak. Awak hati-hati kat sana. Assalamualaikum.'

Rafieq tersenyum membaca isi pesanan itu. Jujur dia kata yang dia ikhlas mencintai Sofia.

"Ha, senyum sorang-sorang sambil tengok phone tu ada la tu somethingnya." sakat Azad setelah keluar dari dapur.

"Hm..."

"Jom, abang dah buat makanan dah, tinggal nak mencekik je.." ajak Azad. Azad ni memang jenis yang sporting.

"Abang pandai masak ke?"

"Giler tak pandai, bakal menantu idaman ni..Dahla, jom." Azad mengangkat bakul sendiri.

Rafieq mengangguk dan mengikut Azad ke dapur.

-TBC-

HUWA!!!RAYQAL..
SEDIHNYE...MUNCUL PULAK AZAD...SOFIA DKAT KAMPUNG,XLEH NK HANTAR RAFIEQ....TQ YANG SUDI VOTE......

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now