Sofia melangkah ke arah katil hospital yang menempatkan Rayyan.
"Kenapa menangis?"tanya Rayyan sambil memegang tangan isterinya.
"Kenapa awak buat apa yang Ariff suruh,tengok kaki awak tu,dah berbalut tau tak.Awak sengajakan nak tengok saya sedih.Kenapa awak tak ceraikan saya je,awak pun tahu kan kalau awak lafaz masa tu takkan jatuh talak."
Rayyan tersenyum,ditariknya Sofia agar duduk di atas katil bersamanya.
"Manjanya kau ni,memang la takkan jatuh talak,tapi aku nak lafaz perkataan tu pun aku tak sanggup."Rayyan menyapu air mata Sofia menggunakan ibu jarinya.
Sofia menolak kerusi roda Rayyan ke arah wad Ariff.Tiba di hadapan wad tersebut,kelihatan Haziq,Fakhrul dan Ben yang sedang menunggu.
"Kenapa korang semua tak masuk?"tanya Sofia pelik.Ye la,dah beberapa hari Ariff dekat hospital,takkan masih tidak dibenarkan melawat.
"Mama Ariff ada dekat dalam.Tengah jaga Ariff."jawab Fakhrul.
Sofia mengangguk perlahan.
"Awak dengan Rayyan macam mana?dah ok?"tanya Ben.
"Alhamdulillah,kitorang dah ok."balas Rayyan.
"Terima kasih sebab bantu kami."
"Rayyan kawan kitorang la Sofia,memang kitorang tolong habis-habisla."
Sedang asyik mereka berbual,kedengaran pintu wad Ariff dibuka.
Kelihatan seorang wanita yang agak berusia namun masih kelihatan anggun.
"Rayyan."panggil wanita tersebut.
Rayyan memandang ke arah wanita itu.
"Rayyan,Aunty minta maaf,Aunty tak tahu yang Ariff akan buat macam ni."bersungguh-sungguh wanita itu meminta maaf.
"Takpe Aunty,bukan salah Aunty."
Kelihatan wanita itu tersenyum,kemudian menoleh ke arah Sofia.
"Sofia?isteri Rayyan?"
Sofia mengangguk lalu tersenyum.
"Aunty ada benda nak cakap dengan kamu semua,terutama Sofia."
Datin Azwina mengambil tempat di atas kerusi sebelum menarik nafas.
"Sebenarnya sebelum kamu semua kenal Ariff,Ariff ada mengalami trauma.Ariff ada seorang abang.Anak sulung Aunty,malangnya,Aunty dengan suami Aunty salah didik dia hingga dia jadi terlampau sosial.Ariff pun ada seorang adik,Airin.Ariff rapat sangat dengan Airin.Satu malam tu,Aunty dengan suami Aunty keluar,jumpa kawan.Tinggalkan Ariff dengan anak bongsu Aunty,Airin.Waktu tu umur anak sulung Aunty 19 tahun.Malangnya..dia..di.a"
Sofia mengusap bahu Datin Azwina yang sudah lencun dengan air mata.
"Dia apa Aunty?"tanya Haziq.
"Dia.."
"Dia rogol adik dia sendiri,Airin,depan mata Ariff,kebetulan time tu dia balik dalam keadaan mabuk tanpa Dato' dan Datin ada dekat rumah."jelas Sofia kerana melihat Datin Azwina susah untuk menjawab.
Semua yang berada di situ tercengang.
"Sofia tahu.?"
"Em,Ariff bagitau saya Aunty,saya tahu Ariff terseksa."
"Em,sejak tu Ariff trauma,tak lama lepas tu dia mula menunjukkan tanda-tanda pelik."
"Maksud Aunty?"tanya Ben.
"Mula-mula Aunty tak perasan,tapi lepas 5 tahun suami Aunty meninggal Ariff tunjukkan tanda dia overprotective.Masa tu Aunty ada rapat dengan seorang lelaki,siap rancang nak kahwin,tapi Aunty dapat tahu yang Ariff pukul lelaki tu sebab dia rapat dengan Aunty.Ariff kata dia taknak orang yang dia sayang sakit.Sejak tu,Aunty tahu ada yang tak kena dengan Ariff."
ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...
