Sofia berjalan menuju ke arah abangnya yang berada di atas pangkin halaman rumah datuknya itu.
"Ha! menung apa tu!" sergah Sofia sengaja mengejutkan abangnya.
"Hm...terkejutnya kitew..."
"Ala..abang ni..buat-buatla terkejut."
"Nak buat macam mana..hehe...oh ya, dik boleh tak abang nak mintak tolong?"
"Apa?"
"Nah, tolong bagi kepada akak Isya." ujar Sharil sambil menghulurkan kotak bewarna emas.
"Apa dia ni bang?" tanya Sofia pelik.
"Bagi je la.."
"Ok.."
Isya, atau nama penuhnya Nurul Farisya merupakan kawan satu sekolah dengan Sharil dahulu. Farisya sama seperti Sharil, bekerja sebagai doktor di Selangor, mungkin sebab tu tempat belajar diorang sama dulu, dari sekolah rendah hingga ke Universiti.
"Assalamualaikum Mak Cik, akak Isya ada tak?" tanya Sofia sebaik sahaja Puan Rahimah membuka pintu.
"Hish kamu ni Sofia, dari kecik sampai ke besar tak menyempat je kerja kamu ni." bebel Puan Rahimah.
"Excited mak cik, nak jumpa dengan kak Isya. Lama tak jumpa dengan dia." jawab Sofia.
Puan Rahimah mempersilakan Sofia masuk ke dalam rumahnya.
"Tu la, Isya tu asyik kerja...je, ni pun nasib baik dapat cuti."
"Eh mesti la dapat cuti, kak Ifa nak kahwin kan." ujar Sofia.
Ifa merupakan kakak sulung kepada Isya.
"Isya sampai petang ni, dia dapat cuti lewat sikit."
"O..kak Ifa mana pulak mak cik?" tanya Sofia.
"Ada tu, semua ada dekat belakang, Ifa tu tengah pakai inai la tu."
"O..jom, Sofia pun nak tengok jugak macam mana seri pengantin ni."
"Eh kamu ni, ha..jom lah."
Rayyan memerhati wajah Rayqal yang sedang asyik melihat televisyen.
"Kalau la kau bukan dari perempuan yang aku benci, mesti aku boleh sayang kau." ujar Rayyan dalam hati.
"Abang Fieq, tengok tu!" Rayqal tiba-tiba menjerit apabila iklan kartun yang diminatinya disiarkan.
"Fieq?"
"Abang Yyan, maaf..Rayqal tak.."
"Huh! Rafieq je kan yang ada dalam fikiran korang!" bentak Rayyan kepada Rayqal lalu mengambil langkah Keluar dari rumah tersebut.
Sofia memerhati gelagat Ifa sambil tersenyum, mana taknya, geli hati tengok pipi Kak Ifanya itu bertukar warna, asyik kena sakat dengan ahli keluarga yang ada di situ.
"Kenapa tengok dari jauh je? tak join diorang kenakan kak Ifa ke?" tegur seseorang dari arah belakang Sofia.
"Eh, abang Am pun ada?"
Ilham merupakan anak kedua Puan Rahimah. Dia bekerja sebagai pilot,umurnya muda setahun dari umur Ifa iaitu 25 tahun.
"Haih lah kak Ifa ni, dah nak kahwin dah dia kan. Abang pulak yang letih sebab rushing flight." terang Ilham tanpa disuruh.
"Erk..Sofia tolong makcik kat dapur la, Assalamualaikum."
Sofia sebenarnya kekok, maklumla, dia bukannya rapat sangat dengan Ilham ni, lagipun Ilham ni bukan mahramnya.
Ilham hanya memerhati Sofia yang berjalan menuju ke dapur.
Tengku Rayyan Aiman memerhati sekeliling bilik itu.
Dia berjalan menuju ke bahagian rak yang menempatkan gambar-gambar pemilik bilik tersebut.
Diambilnya sebuah gambar.
"Kau dah pergi pun orang still ingat kau. Hebatkan kau Rafieq, tapi..tak lama Rafieq.." ujarnya.
Bilik yang dimasuki oleh Rayyan ialah bilik Rafieq.
Rayyan meletakkan gambar Rafieq yang diambilnya tadi kemudian matanya tertancap pula kepada frame yang berada di sebelah kiri.
Gambar Rafieq dan Rayqal.
Melihat gambar tersebut membuatkan dia teringat kembali saat Rayqal menyebut dia sebagai Rafieq tengah hari tadi.
"Huh!"
"Akak, nah abang bagi." Sofia menghulurkan sebuah kotak berbentuk segi empat tepat kepada Isya.
"Apa ni?" tanya Isya sedikit pelik.
"Entah. Sofia pun tak tahu. Ok la kak, Sofia nak keluar dulu ni, nak tolong buat apa yang patut kat dapur tu, esok senang, tak payah kalut dah."
"Ok, kejap lagi akak turun, nasib baik Sofia tidur kat sini malam ni. Ada jugak yang tolong."
Setelah dipujuk oleh Puan Rahimah dan Farisya, barulah Sofia setuju untuk menginap di rumah ini pada malam itu. Kata Puan Rahimah, senang sikit nak tolong siapkan apa yang patut.
**************
Rayqal memulas tombol pintu bilik Rayyan. Setelah membuka pintu, dia masuk ke dalam dan berjalan ke arah katil Rayyan.
Rayyan yang memejam mata sambil memakai headphone tidak dapat mendengar langkah Rayqal yang menuju ke arahnya.
"Abang Yyan..." panggil Rayqal meleret.
Tidak ada balasan.
"Abang pakai tu la pulak, mesti tak dengar.."
Rayqal akhirnya memutuskan untuk mencuit tangan Rayyan.
Terasa tangannya dicuit, Rayyan segera membuka mata dan menanggalkan headphone di kepalanya.
"Apa kau nak lagi?" tanya Rayyan tegas,dia masih marah tentang siang hari tadi.
"Abang, Rayqal mintak maaf, tadi tak sengaja, Rayqal salah, maaf..." ujar Rayqal sayu.
Rayyan yang melihat Rayqal hampir mengeluarkan air mata menjadi tidak sampai hati.
"Ok, aku maafkan kau, tapi ada syarat."
"Apa dia? Rayqal buat.." bersungguh-sungguh Rayqal menjawab.
"Kau kena panggil aku macam tengah hari tadi."
"Boleh abang Yyan. Cayang abang Yyan." ujar Rayqal lalu memeluk Rayyan.
Rayyan sedikit terkejut, mana taknya, dia tak pernah memeluk Rayqal selama ni.
"Malam ni nak tidur dengan abang Yyan boleh?" tanya Rayqal excited.
"Suka hati la." jawab Rayyan, padahal dalam hati, happy.
"Bukan salah kau, buat apa aku nak marah dekat kau kan.." ujar hati Rayyan.
-TBC-
SEPERTI YANG DIJANJIKAN,DOULE UPDATE...LAGIPUN DOUBLE UPDATE SBB SIS DAH LAMA MENGHILANG..(YE KE???ENTH LA NAK!!)..hahaha..enjoy la ye dengan cerita merapu ni...huwa!!rindu Rafieq...btw...thank to 1K vote....thanks to you guys....

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...