TBAP!! 17

9.9K 298 12
                                        

"Semalam kenapa kau tak datang? dahla si Ariff pun tak datang jugak." tanya Haziq.

Bukan apa, kalau Rayyan ni ikut sekali pergi club, ramai la awek yang melekat.

"Aku ada hal semalam. Busy." jawab Rayyan.

Bukan busy sebenarnya, Rayyan cuma malas nak pergi.

"Korang takde kelas ke?" Fakhrul menyampuk.

Di antara mereka, Fakhrul lah yang paling baik, Fakhrul pun bukannye selalu pergi club. Kalau pergi pun, setakat duduk-duduk je.

"Aku dengan Ben ada kelas jap lagi. Korang?" jawab Haziq.

Rayyan hanya mengangkat bahu. Malas nak jawab.

"Wei sorry aku lambat." ujar seseorang.

"Ko ni selalu lambat. Nasib kau tahu kitorang katne." jawab Ben.

Ariff tersenyum sumbing. Hailah diorang ni, memang sahla ada kat cafe U ni, nak harap pergi library? memang tak ah..














"Sofia! Ika! kejap." jerit Rafieq dari belakang.

Sofia dan Ika yang tengah berjalan segera berhenti dan menoleh ke belakang.

"Eh, pengarang jantung hati dah sampai." Ika menyakat, Happy Virus betul la kau ni Ika.

"Erk..Hai. Korang nakgi mana?" tanya Rafieq, malu sebenarnya Ika menyakat dia tadi.

"Kitorang kena jumpa Prof.Zubair sekarang ni, ada benda kena urus." terang Sofia.

"Em, maklumla dah hujung-hujung sem ni." tambah Ika.

"O..ok, saya pun sebenarnya nak kena jumpa si Faiz jugak ni. Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum."

             **************

Hari berganti hari, akhirnya sem telah tamat. Saat happy bagi sesetengah students, namun saat yang sedih bagi students yang dah last sem tahun ni.

"Ha Fieq, kamu nak bertolak bila pergi Perth?" tanya Tan Sri Rahman, sedih jugak sebenarnya terpaksa berjauh dengan anak sulungnya itu, bukannya dia tak pernah jauh dengan Rafieq, cuma dia tahu yang Rafieq berat hendak meninggalkan negara ini.

"In Shaa Allah, kalau takde apa-apa halangan, bulan depan."

"Sebelum kamu pergi tu, kamu selesaikan la dulu hal kamu kat sini."

"Baik pa."

Kelihatan Puan Sri Alisa menuju ke arah ruang tamu. Tempat mereka berada.

"Pa, Fieq, dah nak masuk waktu Maghrib ni, jom la siap."

Tan Sri Rahman dan Rafieq mengangguk.

Kadang-kadang Rafieq pelik juga, Puan Sri Alisa baik, bahkan sangat baik, tapi kenapa Rayyan susah nak terima Puan Sri Alisa sebagai mama mereka.







Usai menunaikan solat dan mengaminkan doa, Rafieq segera menghulurkan tangannya ke arah papa dan mamanya.

"Rafieq ni memang lengkap la." ujar Puan Sri Alisa sambil memandang Rafieq.

"Apa pulak yang lengkapnya?" tanya Tan Sri Rahman pelik.

"Takde la, cuma mama rasa Fieq ni dah boleh jadi imam orang dah ni." sakat Puan Sri Alisa.

Memang jika solat bersama, Rafieq lah yang akan menjadi imamnya. Cuma kadang-kadang ada juga Tan Sri Rahman menawarkan diri.

Rayqal hanya memerhati gelagat keluarganya itu.

"Pa, Ma, Fieq nak masuk bilik dulu."

"Hm.."






Rafieq memandang telefonnya.

"Nak telefon ke tak eh, tapi..kalau tak telefon..dah tak dapat jumpa." Rafieq bercakap seorang diri.

"Em..lepas solat kejap lagi la."

Rafieq meletakkan telefonnya kembali ke atas meja, dan turun ke bawah semula untuk menunaikan solat bersama keluarganya.











"Adik, telefon" ujar Sharil sambil menghulurkan telefonnya kepada Sofia.

"Telefon? sape?"

"Rafieq la, sape lagi."

Kenapa Rafieq telefon dia? pelik..


"Em...awak, boleh tak kalau saya nak jemput awak datang rumah esok? lagipun family saya nak jumpa awak, Rayqal pun dah rindu sangat dekat awak."

"Tapi.."

"Last, lagipun saya dah nak pergi. Boleh la.." rayu Rafieq.

Sebenarnya banyak yang Rafieq nak bagitau Sofia sebenarnya.

"Ok la, saya pergi esok. Awak text alamat awak, saya pergi dengan abang Sharil."

"Terima kasih awak."





"Abah, umi, esok keluarga Rafieq ajak pergi rumah diorang, umi dengan abah izin tak?" tanya Sofia meminta izin.

"Umi ok je, kena tanya abah kamu la."

"Boleh, tapi jangan balik lambat." Jawab abahnya tegas.

"Abang hantar eh.."

Selepas mendapat keizinan umi dan abahnya, sekarang masa untuk memujuk abang tercinta.

"Mana?" tanya Sharil pura-pura tegas.

"Nanti adik bagitau alamat, please..lagipun nanti Rafieq dah takde, tak dapat jumpa dia dah." pujuk Sofia.

"Dia sambung belajar ke? kat mana?" tanya Puan Humairah.

"Perth."

"Jauh tu, hantar la adik kamu tu Ril."

Yes! abah dah masuk campur.

"Haih...ye la adikku sayang."

"Yeay...terima kasih abang."

"Balik?" tanya Sharil.

"Abang jemput la, abang kan tak kerja esok."

"Ye la..."

               *************

"Ariff, betulke kau taknak join kitorang pergi club ni?" tanya Rayyan pelik, tetibe je Ariff ni taknak pergi club.

"Entah, jangan menyesal wei.." Haziq cuba membuat Ariff mengubah keputusannya.

"Betul."

"Kenapa kau taknak pergi?" tanya Fakhrul pula, tahu sangat, mesti ada something dengan Ariff ni.

"Aku taknak layan perempuan-perempuan kat sana." jawab Ariff.

"Wo...kau dah fall in love ke apa.." ucap Fakhrul.

Ariff hanya mengangkat bahu.

"Lantak kau la, kitorang gerak dulu. Bye.."

Ariff memandang rakan-rakannya yang berlalu keluar dari restoran tersebut.

"Aku nak dia je..."

-TBC-

Tengku BUAYA Aku Punya!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang