Sofia bersalam dengan abangnya kemudian turun dari kereta tersebut.
"Adik, jangan ingat dah hal semalam." pesan Sharil, faham sangat dengan perangai adiknya tu.
Sepanjang perjalanan, Sharil tengok Sofia asyik senyap je, biasanya banyak juga cakap.
"Em, adik ok je. Abang tu, cepat sikit pergi hospital, nanti lambat."
"Hm..yela, kita risau kat dia, dia halau kita."
Sofia hanya tersenyum mendengar ucapan abangnya itu.
Macam tu lah si Sharil ni, setiap kali Sofia sedih pasti dia akan cari cara untuk buat Sofia happy.
"Ok la, I got to go, bye..Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Sofia, sorry tau pasal semalam."
Ika bersungguh-sungguh meminta maaf, padahal Sofia dah kata yang dia tak apa-apa.
"It's ok la cik Ika oi."
"Sorry again."
"Ika...stop the word. I'm ok la."
"Ok-ok, jadi nak tebus saya punya salah, apa kata kalau saya belanja awak makan. Nak tak?"
"Boleh jugak, lepas kelas tau, janji."
Ika mengangguk melayan keletah si Sofia.
"So, kau boleh tolong aku kan, aku betul-betul nak tahu." ujar Tengku Rayyan kepada Aeril.
"Boleh je, tapi kenapa kau nak tahu sebab dia pergi ke kelab tu?"
"Ye la, takkan la ko tak pelik, perempuan macam dia pergi tempat macam tu."
"Logik jugak si Rayyan ni." fikir Aeril.
"Ok, aku akan cuba cari tahu, nanti aku inform kau. Dahla aku kena pergi dulu ni. Ada kelas. Assalamualaikum."
"Hm.."
Aeril terus berlalu meninggalkan Tengku Rayyan seorang diri. Maklumla, Aeril ni pun pelajar U jugak, cuma U yang berbeza dari Rayyan.
Tengku Rayyan terus bangun dan melangkah keluar dari restoran tersebut.
10 minit kemudian, Tengku Rayyan terus sampai ke Universitinya.
"Wo..lambat bangun ke apa ni. Lewat datang." perli Haziq.
"Ko ni, aku baru je turun dari kereta dah kena perli."
"Hm..nasib baikla takde kelas pagi." tambah Ben pula.
"Mana yang lain?"
"Kat mana lagi, dalam dewan la tu. Mengorat kot. Kita pun cepatla, kalau tak kena marah dengan Prof." jawab Ben.
"Korang pergi dulu la, aku nak ke tandas jap." ujar Tengku Rayyan.
"Ok."
Sofia tergesa-gesa berjalan menuju ke arah library. Mana taknya, dah 10 minit dia lambat untuk berjumpa dengan Ika.
Ketika dia berjalan, matanya tertancap kepada seseorang yang juga sedang memandangnya.
"Macam mana ni, dia ingat lagi tak pasal semalam eh, maybe tak kot.." ujar Sofia dalam hati.
Tengku Rayyan yang juga sedang menuju ke tandas tiba-tiba berhenti apabila ternampak kelibat Sofia. Mustahil la dia lupa pasal semalam.
"Ya Allah Sofia, mata tu..jaga sikit, dia tu ajnabi awak!" suara hati mula menyedarkan Sofia.
Dari tadi dok berbalas pandangan, haram wei..
Sofia terus berjalan melintasi Tengku Rayyan.
Tengku Rayyan hanya memandang Sofia dengan geli hati. Tahu sangat yang Sofia ni nak mengelak dari dia. Malu la tu pasal semalam.
"Wake up Rayyan, apa kena dengan kau ni.." ujar Tengku Rayyan sambil menepuk-nepuk pipinya.
"Lambatla awak ni Sofia, naik jenuh saya tunggu awak. Perut ni ha, dah berbunyi dah ni. Dari dalam dewan tadi lagi."
Ika membebel.
"Ye la, sorry..tak sengaja. Kalau macam tu, jom ke cafe. Saya belanja." Sofia cuba memujuk Ika.
"Yang ke cafe tu saya setuju, tapi yang awak belanja tu tak setuju. Kan saya dah janji yang saya nak belanja awak pagi tadi."
Ololo Ika ni, merajuk merajuk pun still ingat janji.
"Oh...lupa, he..thanks Ika. Jomla cepat, takut cik Ika kita mengamuk lagi."
"Sofia..."
"Ok-ok jom."
Mereka mengemas buku-buku yang berada di atas meja kemudian segera melangkah keluar dari perpustakaan tersebut dan menuju ke cafe.
"Sofia, saya nak tanya awak ni."
"Apa dia?"
"Kenapa hari ni tak nampak pun boyfriend awak?" sempat lagi Ika ni menyebut perkataan 'boyfriend'.
"Boyfriend? sape? saya mana ada boyfriend la Ika.."
"La...Tengku Rafieq Aiman tu bukan boyfriend awak eh?" Ika menyakat Sofia.
"Ika.."
"Ok-ok, gurau je. Tapi kenapa tak nampak dia eh hari ni, padahal hari ni dia ada kelas sama ngan kita kan."
"Mungkin dia ada benda penting kot." jawab Sofia.
Sebenarnya Sofia juga pelik, Tengku Rafieq biasanya susah untuk tinggalkan kelas. Dalam erti kata lain 'ponteng'.
Sofia memandang sekeliling cafe.
"Sofia, hari ni saya hantar awak balik nak? saya bawak kereta hari ni."
"Oh ok. Nanti saya inform abang saya."
"Bolehla saya kenal rumah awak."
-TBC-
SETAKAT NI JE LAH IDEA YG MAMPU SAYA TUMPAHKAN..MAAF KALAU TAK SEBERAPA. Maaf jugak ye lambat..Sebanarnya dah update,tapi ada masalah sikit..terpaksa unpublish balik..haih..
![](https://img.wattpad.com/cover/77795772-288-k143029.jpg)
YOU ARE READING
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...