"Terima kasih sebab sudi makan dengan kitorang." ucap Tengku Rafieq apabila mereka selesai makan.
"Sama-sama. Em...saya kena balik hotel dulu ni, takut abang Sharil tunggu.."
"Abang! apa kata kalau kita hantar akak?bolehla..please.."
Ha sudah, Rayqal dah buat muka cute.
"Rayqal..akak boleh balik sendiri."
"Takpe, biar kitorang yang hantar, lagipun awak datang dengan kereta saya kan.."
"Er..ok."
Suasana dalam kereta agak bising dengan suara dan celoteh Rayqal.
"Lagi berapa hari awak cuti kat sini?"
Akhirnya Tengku Rafieq bersuara setelah lama berdiam diri kerana terlalu asyik melihat teletah Rayqal dengan Sofia melalui cermin pandang belakang dan pemanduannya.
"In shaa Allah esok saya dah balik Selangor. Lagipun cuti sem kita dah nak habis."
"Betulla tu."
..................
"Mak Nab, breakfast dah siap?"
"Dah Rayyan, kamu nak keluar ke ni?"
"Em, kenapa? Mak Nab rindu eh.."
Siapa yang tak tahu kalau Rayyan dengan Mak Nab ni memang rapat. Bagi Rayyan, Mak Nab je yang masih sayang pada dia, Mak Nab lah yang jaga dia dari kecil selepas kematian mama kandungnya sehingga sekarang.
"Rayyan..Mak Nab harap kamu tak pergi dah tempat tu." pesan Mak Nab.
Bukannya dia tak tahu kalau Rayyan ni selalu pergi dekat tempat-tempat maksiat, selalu keluar dengan perempuan yang berbeza, cuma yang bagusnya, Rayyan tak pernah lagi bawa perempuan balik ke rumah.
"Erk...Rayyan keluar dulu la Mak Nab."
Mak Nab hanya menghantar Tengku Rayyan dengan pandangan matanya.
"Kau dah dapat apa-apa info ke tentang perempuan tu?"
"Dah, tapi aku pelik, kenapa kau nak tahu pasal dia? jangan kata kau nak try dia eh, dia tu tak macam perempuan yang kau bawak keluar selalu."
"Huh! sama je bagi aku."
"Yang tu kau tak perlu tahu, yang penting, apa yang aku nak, kau dah buat."
"Hm.."
Dalam diam, Tengku Rayyan ternyata menyuruh salah seorang kawannya untuk menyiasat tentang Sofia Amirah.
"So, apa yang kau dapat?"
"Aku tak dapat banyak pun, yang aku tahu, dulu dia tinggal kat Johor, tapi terpaksa pindah ke sini. Tempat asal dia Kedah. Dia ada seorang abang dan dia anak bongsu."
"Dah-dah, Kau dapat tak alamat dia?"
"Dapat. Thanks to our Prof..Aku tipu sikit je, dah dapat maklumat pasal dia."
"Ok, nanti kau text alamat dia. Thanks Aeril, aku balik dulu."
"Uish cepatnya, ada girlfriend ke kat rumah?" sakat Aeril.
"Aha, ada. Mak Nab." Rayyan membalas gurauan Aeril.
Aeril tak seperti kawan-kawan Rayyan yang lain, Aeril seorang yang baik dan tidak terlalu bersosial. Aeril merupakan kawan yang paling baik dengan Rayyan, walaubagaimanapun, Aeril tidak pernah mengikut Rayyan, Haziq dan yang lain-lain ke club. Aeril juga merupakan kawan baik Rafieq.
"Assalamualaikum abang. Adik datang bilik abang ni nak tanya, abang dah siap kemas ke?"
"Kemas? kenapa?"
Eh eh Sharil ni, makan semut ke apa.
"La...belum la ni? kita kan dah nak balik Selangor esok."
"Aduh, boleh pulak abang lupa, best sangat duk sini. Apapun, terima kasih sebab ingatkan abang."
"Hm...tu pun dah lupa, cari la isteri cepat-cepat, boleh jaga apa yang abang lupa. Hehehe.."
Usai berkata, Sofia terus melangkah keluar dari bilik abangnya.
"Adik! abang muda lagi la.." jerit Sharil dari dalam biliknya.
Nasib baik tak kuat sangat, kang tak pasal-pasal kena marah dengan orang sebelah......................
"Rindunye umi..." ucap Sofia girang sambil memeluk Puan Humairah.
"La..baru pergi berapa hari dah rindu? macam mana la kalau adik dah kahwin nanti.."
Puan Humairah sengaja mengenakan anak perempuannya itu.
"Ala umi ni...sape yang nak kahwin..adik taknak la..patutnye abang yang kahwin."
Sofia mengenakan abangnya pula.
"Eh? abang pulak yang kena? hai nasibla.."
"Ha dah dah, angkat beg tu masuk bilik, pastu bersihkan diri, solat asar dan turun makan."
"Ok umi."
Sharil dan Sofia segera mengangkat beg mereka ke bilik masing-masing sementara Puan Humairah menunggu suaminya pulang dari kerja.
"Ha Mak Nab, dudukla, kita makan sekali.." pelawa Tan Sri Rahman.
"Eh takpe la Tan Sri, Mak Nab cuma nak bincang benda sikit."
"O..kita bincang kejap lagi ye."
"Baikla Tan Sri."
Tengku Rayyan hanya mendengar perbualan antara papanya dengan Mak Nab. Walaupun dia dan Mak Nab rapat, tapi dia tidak menunjukkan keakrabannya dengan Mak Nab di hadapan keluarganya. Mungkin kerana ego?
"Apa yang Mak Nab nak cakap?"
"Mak Nab cuma nakk mintak izin dengan Tan Sri sekeluarga, nak balik kampung dalam seminggu. Lagipun dah lama Mak Nab tak balik, nak jugak tengok rumah kat sana macam mana,kubur keluarga Mak Nab pun lama tak jenguk."
Tengku Rayyan diam, jelas di mukanya menunjukkan dia tidak mengizinkan Mak Nab pergi.
"Kami ok je Mak Nab, janji Mak Nab kena balik sini semula." Tengku Rafieq cuba bergurau.
"Eh mestila balik."
"Takpe la Mak Nab, budak-budak ni pun dah besar, tak banyak yang kena urus, cuma Rayqal je."tambah Puan Sri Alisa.
"Rayyan, buat apa kat luar sorang-sorang ni? tak sejuk ke?"
Tengku Rayyan tak menjawab.
"Mak Nab paham Rayyan tak suka Mak Nab kan.."
Ha...ni takleh ni, Mak Nab merajuk..
"Bukanla Mak Nab, Rayyan cuma marah, sanggup Mak Nab nak tinggal Rayyan kat sini sorang-sorang." adu Tengku Rayyan.
"Haih kamu ni, Mak Nab pergi seminggu je, lagipun Rayyan bukan sorang-sorang, ada papa, mama, Rafieq dengan Rayqal kan."
"Diorang bukan kisah pasal Rayyan pun.."
"Diorang tu.."
Belum sempat Mak Nab membalas, Rayyan telah memotong.
"Ok dah-dah, macam ni, Mak Nab boleh pergi tapi Mak Nab kena datang balik tepat waktu, tak boleh lewat sehari pun."
"La..boleh je.."
"Bila la aku boleh jadi rapat macam tu dengan Rayyan?"
Puan Sri Alisa ternyata mendengar setiap perbualan antara Mak Nab dengan Tengku Rayyan.
-TBC-
YOU ARE READING
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...