"Assalamualaikum umi... abah..." jerit Sofia apabila tiba di rumah.
"Umi ngan abah takde rumah la dik. Diorang pergi kedai." ucap Sharil.
"Ala... ni yang tak best ni..."
"Dah-dah, pi naik atas. Bersihkan diri nuh."
"Eleh, dia pun baru balik kerja, busuk!" balas Sofia lalu berlari masuk ke biliknya.
Sharil hanya melihat telatah adiknya sambil menggelengkan kepala.
...............
Rayyan berjalan masuk ke rumahnya. Belum sempat dia melangkah ke biliknya tiba-tiba ada satu suara yang menyapanya.
"Rayyan, jom makan sekali. Makcik ada buat makanan kesukaan Rayyan." ucap Puan Sri Alisa.
Rayyan hanya membiarkan ucapan Puan Sri Alisa dibawa angin.
"Tengku Rayyan Aiman. She's talking to you." bentak Tan Sri Rahman apabila anaknya tidak memberikan respon.
"Pa... she's not my mom."
Usai berkata, Tengku Rayyan terus menuju ke biliknya dengan perasaan marah.
"Ma, sabar tau dengan perangai Rayyan tu, dia perlukan masa lagi tu." Tengku Rafieq cuba menyenangkan hati mama tirinya.
Walaupun dah lama berlalu, namun Tengku Rayyan masih tidak dapat menerima Puan Sri Alisa sebagai mamanya. Berbeza dengan Rafieq yang hanya memerlukan masa yang sedikit.
Walaupun Puan Sri Alisa bukan mama kandung mereka, tetapi Puan Sri Alisa sangat menyayangi mereka berdua.
..............
"Assalamualaikum umi, abah and my beloved brother... He... morning!"
"Hm... cepat sikit dik, hari ni abang ada meeting."
"Abang, kalau abang nak pergi dulu pun boleh, adik boleh pergi dengan bas la."
"Dan biarkan tangan adik luka lagi macam masa tu?" ha tu dia... abah dah masuk campur, memang kalah la Sofia kalau dengan abah dia.
"Entah, biar abang je yang hantar."
"Hm... ye la."
"Dah, makan cepat." arah Puan Humairah, umi kepada Sofia dan Sharil.
"Best la awak Sofia, ada abang handsome. Tak macam saya, takde abang."
"La... takmo sedih-sedih ni, saya baru je turun dari kereta, dah kena feeling dah."
Mana taknya, baru je Sofia turun kereta terus diterjah oleh Ika.
"Abang awak tak marah ke saya buat camtu tadi eh?"
"Takde la, dia tu tak suka busybody hal remeh camni."
"O... ok la Sofia, saya pergi dulu la, saya lupa kelas saya start awal hari ni. Papai."
"Em..."
Bayangan Ika mula hilang dari pandangan.
"Lagi 20 minit ni, hm... nak buat apa eh,"
"Sofia!" jerit seorang perempuan.
Ira berjalan ke arah Sofia.
"Eh Ira, ada apa?"
"Awak buat apa hari ni kat sini? bukanke kelas awak hari ni dah kena tangguh sebab Prof.Liza busy?"
"Eh, ha'ah la, saya lupa... thanks ingatkan."
Entah macam mana pulak si Sofia ni boleh lupa yang kelas dia dah kena tangguh, padahal dah bagitau smalam.
"Ok la, saya dah lewat nakgi kelas ni."
"Eh jap Ira, awak ada kelas sekali ngan Ika kan? bagi tau dia yang saya dah balik ok."
"Ok-ok. Saya pergi dulu."
Sofia mengangguk.
"Aduh! camne boleh lupa ni... nak kata makan semut, tak... haduh! terpaksa balik dengan bas."
Sofia Amirah berjalan menuju ke bus stop, baginya buat apa nak lepak sana sini, padahal kat rumah boleh buat macam-macam, ha... contoh, tolong umi tercinta... hehe...
Belum sempat sampai di bus stop, Sofia ternampak sekumpulan remaja lelaki, mungkin seumur dengannya atau lebih tua. Lepak la tu...
"Alamak! ada lelaki la pulak... takkan la aku nak duduk situ... berdiri kat sini la nampaknya..."
Hampir 10 minit Sofia berdiri namun bayangan bas masih belum dilihatnya. Teksi? wo... mahal wey... Dia bukannya orang kaya, tu pun dah cukup makan dia dah bersyukur.
"Kereta sape pulak ni?" ujar Sofia pelik apabila melihat sebuah kereta berhenti di hadapannya.
Driver kereta tersebut keluar dari kereta.
"Nur Sofia Amirah, awak nak ke mana ni?"
"Erk... balik."
"O... mari la saya tumpangkan awak, kebetulan saya pun nak balik ni. Kelas saya habis awal hari ni."
"Takpe la Tengku..."
"Rafieq, Sofia, berape kali saya kena bagitau..."
"Ok-ok, sorry, takpe la Rafieq, saya boleh tunggu bas je."
"Bas susahla time ni, lagipun awak nak tunggu sini dgn budak-budak tu?" pandangan mata Tengku Rafieq terarah kepada sekumpulan lelaki yang berada di bus stop.
"Tapi..."
"Saya bukannya nak buat apa-apa la, saya nak hantar awak je..."
Sofia senyap.
"Ok-ok, macam ni... awak duduk belakang. Macam mana?"
Setelah berfikir akhirnya Sofia bersetuju untuk menumpang Tengku Rafieq dengan syarat, dia duduk belakang.
"Em... rumah awak dekat mana?"
"Awak bawakla, nanti saya tunjuk arah, buat masa sekarang ni, just go straight."
"Ok, em... Sofia, awak takde rapat dengan mana-mana lelaki ke?"
"Aduh! soalan private la pulak... nak jawab ke tak eh, tapi... kalau tak jawab... nanti kena cop sombong, dahla menumpang."
"Sofia."
"Erk... em, Alhamdulillah, abah dengan umi saya didik saya dengan baik."
Tengku Rafieq tersenyum. Masih ada lagi perempuan yg begini. Baginya susah untuk mencari perempuan seperti Nur Sofia Amirah ni, dahla dekat bandar yang memang ada masalah sosial.
Alhamdulillah, Tengku Rafieq masih mengetahui cara menjaga batas dalam pergaulan, mungkin kerana dia dididik dengan agama semasa umurnya 6-12 tahun semasa berada dengan nenek dan atuknya di kampung dahulu.
Tidak terasa, perjalanan selama 25 mnit berlalu dengan cepat. Banyak yg ditanya Tengku Rafieq kepada Sofia.
"Terima kasih Teng... eh, Rafieq, sebab dah hantar saya." balas Sofia sambil tersenyum singkat. Takleh senyum lebih-lebih.
"Sama-sama, kalau macam tu saya balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Selepas kereta Tengku Rafieq meluncur pergi, Sofia terus berjalan masuk ke rumahnya.
"Aik? awal kamu balik, takde kelas ke? balik dengan sape?" tanya Puan Humairah.
"Takde la umi, adik balik dengan rakan sekelas adik, nama dia Tengku Rafieq Aiman. Dia nak tumpangkan. Umi jangan risau, adik tak duduk sebelah, adik duduk tempat belakang... "
Panjang lebar Sofia menerangkan apa yang berlaku. Takut pulak nanti ada salah faham.
"Umi percaya adik. Dah, pi naik rehat lepas tu tolong umi kat dapur."
"Baik umi."
-TBC-
Semakin lama, semakin mrgarut kan citer ni... hoho... sorry guys..

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku BUAYA Aku Punya!!
RomanceDemi dendam yang telah lama dipendam,Tengku Rayyan Aiman sanggup melakukan apa sahaja termasuk merampas perempuan kesayangan abangnya. Setelah hasratnya tercapai, tiada pula niat hendak melepaskan si isteri, bahkan rintangan yang datang juga sanggup...