TBAP!! 30

11.5K 321 14
                                    

"Adik..betul ke ni??"tanya Puan Humairah kepada Sofia yang berada di sebelahnya.

"Adik,hal ni bukannya main-main."tambah Encik Shakir.

Sekarang hanya ada Encik Shakir,Puan Humairah,Sofia dan Rayyan sahaja di ruang tamu tersebut.Sharil pula masih di tempat kerja.

"Saya tak main-main dengan hal ni pakcik,makcik.Saya betul-betul nak kahwin dengan Sofia,saya janji akan bahagiakan dia."jawab Rayyan bersungguh-sungguh,tidak mahu melepaskan peluang membalas dendam terhadap abangnya.

Sofia memandang Rayyan.

"Habis,macam mana dengan pelajaran korang?"tanya Encik Shakir.

"Kami masih akan study macam biasa,lagipun kami dah 20 tahun,tinggal satu sem je lagi."jawab Rayyan.

Encik Shakir menarik nafas panjang sebelum menjawab.

"Kami sebagai ibu bapa tak kisah dengan siapa Sofia nak kahwin,dan bila dia nak kahwin,asal dia bahagia.Apapun,keputusan terletak pada dia,kami taknak ada paksaan."jelas encik Shakir.

"Adik,macam mana?setuju ke?"tanya Puan Humairah kepada Sofia yang berada di sebelahnya.

"Adik.."Sofia berjeda sebentar.

"Saya buat macam yang awak nak Rayyan,demi keluarga saya.."

Sofia memejamkan matanya beberapa saat sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.




"Aku rasa aku patut ucap terima kasih pada kau sebab kau ikut rancangan aku."ujar Rayyan kepada Sofia yang berdiri di hadapannya.

Saat ini hanya ada mereka berdua sahaja kerana Sofia disuruh umi dan abahnya untuk menghantar Rayyan ke kereta.

"Saya buat semua ni sebab keluarga saya."

"Aku tak kisah,asal kau setuju."

"Kenapa awak nak sangat eh kahwin dengan saya?"tanya Sofia.

Pelik juga dia,punya la ramai perempuan yang lagi cantik daripada dia kat luar sana,dia jugak yang dipilih.

"Aku dah kata,aku cuma tak nak keluarga kita da.."belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya,Sofia telah memotong.

"Ok-ok,jawapan sama again."

Rayyan hanya mengangkat bahu lalu berpusing dan membuka keretanya,belum sempat dia melangkah masuk ke dalam keretanya,kedengaran Sofia memanggilnya.

"Rayyan.."

Rayyan berpaling ke arah Sofia.

"Saya tak nak tunang,kalau boleh saya nak buat yang wajib je."ujar Sofia.

Sofia memang tak nak bertunang apabila dia hendak berkahwin,kenapa?sebab ramai yang baru je bertunang,dah bersentuh-sentuhan,buat tu,buat ni,bla bla bla..apa?depa ingat tunang ni dah halal ke..

"Ok,aku setuju,macam kau cakap,aku pun lagi suka kalau buat yang wajib je."

"Terima kasih Rayyan."jawab Sofia sambil tersenyum.Yeay!!Rayyan setuju.

"Aku pergi dulu."




Rayyan tersenyum memandang bandar Selangor yang masih tidak kelihatan gelap pada waktu malam.

"Betulke apa yang aku buat ni?tak,bukan tu soalan yang utama,soalan yang utama ialah..betulke aku kahwin dengan dia sebab dendam pada Rafieq??ah..mesti la."ujar Rayyan seorang diri.

"Abang Yyan!!"jerit Rayqal lalu berlari ke arah beranda tempat Rayyan berada sekarang.

Haih,bestnya,bilik ada beranda.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now