TBAP!! 32

10.8K 345 24
                                        

"Aduh...macam mana ni.."Sofia mengeluh sambil memandang wajah suaminya di sebelah.

Bukannya apa,dia cuma tak tahu macam mana nak bangunkan
Rayyan.Perasaan kekok dan janggal masih lagi wujud dalam dirinya.Siapa yang tak kekok kalau baru hari kedua selepas kahwin.

Rayyan cuba untuk menahan senyum.Sebenarnya dia dah lama bangun,cuma dia sengaja mahu menunggu isterinya membangunkannya.

"Em..Awak...bangun,solat subuh."Sofia mengejutkan Rayyan.

"Em.."Rayyan pura-pura bangun.Dia tersenyum memandang isterinya yang sedang menunduk itu.

"Dah subuh eh?"Rayyan sengaja bertanya walhal dia dah tahu.

Sofia hanya mengangguk.

"Kau dah ambik wudhuk?"tanya Rayyan.

"Dah.Saya tunggu awak je."

"Terima kasih tunggu aku."

"Saya isteri awak,saya akan tunggu awak sampai bila-bila."balas Sofia sambil memandang Rayyan.



Usai solat,masing-masing saling berdiam diri.

"Apa kata kalau kita buat sesi perkenalan??"

"Eh??"

"Aduh!!apa aku cakap ni."sebenarnya Rayyan pun tak tahu nak cakap apa.

"Ye la,aku bukannya kenal kau sangat,kau pun bukannya kenal aku sangat."

Rayyan bergerak ke katil dan bersila di atasnya.
Ditepuk-tepuk cadar katil di hadapannya supaya isterinya ikut duduk di situ.

"Ok,sekarang kita adakan sesi soalan.Kita bergilir-gilir tanya soalan."

Sofia hanya menurut.

"Ok,aku dulu.Em..kau pernah bercinta tak dulu?maksud aku ..couple,pernah tak?"Rayyan cuba untuk mencari tahu.

Sofia hanya menggeleng.

Lega hati Rayyan.Sekurang-kurangnya dia masih boleh mencuba untuk menjadi 'First Love' Sofia.

"Turn kau pulak."

"Boleh awak share masalah keluarga awak?maksud saya kenapa awak benci dengan Rafieq?"

Rayyan agak teragak-agak untuk menjawab.

"Takpe,kalau susah awak nak cerita,tak payah cerita."

"Sebenarnya.."

Rayyan menceritakan semua yang berlaku,dari dia kecil yang mulanya rapat dengan Rafieq,sehinggalah dia benci kepada Rafieq.

"Sebab tu la Aku benci dia,dia penyebab mama aku mati."

"Tapi kan..tu semua dah takdir.Awak tak sepatutnya marah Rafieq."nasihat Sofia.

DEngar Sofia membela Rafieq membuatkan hati Rayyan sedikit cemburu.

"Kau sayang Rafieq?"tanya Rayyan sambil memandang tepat anak mata Sofia.

Sofia tersenyum,kedua-dua belah tangannya bergerak memegang tangan suaminya.

"Saya bela Rafieq bukan sebab saya sayang dia,saya cuma cakap pendapat saya je,tapi..kalau awak tak suka,saya tak bela dia dah.Saya minta maaf eh?"takut jugak si Sofia ni,takut Rayyan marah dengan dia,kan tak pasal-pasal derhaka pulak.

Giliran Rayyan pula yang memegang tangan Sofia.

"Aku bukannya marah,aku cuma..em.."

"Cuma??"

"Takde pape la."








"Ma,boleh Rif tanya mama something?"tanya Ariff.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang